SEMAKIN PUDARNYA SOKONGAN PENYOKONG JDT TERHADAP SAINGAN PIALA MALAYSIA

Oleh: Hairi Mohd

Sebelum 2016, suasana Piala Malaysia dalam kalangan penyokong JDT amat meriah kerana pada saat itu semua tahu bahawa Piala Malaysia ialah piala paling berprestij di negara sehingga statusnya mengatasi kejuaraan liga sendiri. Siapa boleh lupa rombongan beramai-ramai penyokong JDT pada tahun 2013 ke Kota Bharu ketika kekalahan besar JDT kepada TRW, siapa boleh lupa akan kemeriahan final Piala Malaysia 2014 di Bukit Jalil? Siapa boleh lupa betapa sedihnya kita apabila tewas kepada Felda United pada 2015 pada saingan suku akhir? 

Namun mulai 2016, mentaliti penyokong mula diubah dengan penekananan daripada pengurusan bahawa keutamaan adalah kepada kejuaraan liga, Piala AFC dan piala FA, bukan pada piala Malaysia. Pada saingan Piala Malaysia pada musim-musim seterusnya, penyokong sudah mula berasa tawar apabila kelab sendiri seperti acuh tidak acuh terhadap saingan tersebut. Para penyokong mengembara dari selatan ke utara, Timur dan Barat untuk menyaksikan barisan pemain terbaikdiserapkan, namun berasa hampa apabila dihidangkan dengan persembahan JDT yang meletakkan pasukan kedua, pasukan tanpa import. 

Lebih perit lagi apabila JDT gagal mempamerkan aksi yang baik, aksi yang mampu mengubat penat lelah dan wang ringgit penyokong. Keperitan ditambah pula apabila muncul kenyataan daripada pengurusan bahawa pertandingan tersebut bukan menjadi keutamaan. Kenyataan tersebut ternyata menyentap perasaan rata-rata penyokong JDT terutama yang sanggup mengambil cuti untuk mengembara ke stadium lawan demi pasukan?

Jadi, apakah erti kehadiran penyokong yang mengembara untuk memberikan sokongan jika pengurusan sendiri menganggap perlawanan tersebut bukak keutamaan?

Hari demi hari mentaliti tersebut telah tertanam dan penyokong mula merasakan bahawa sokongan terhadap saingan Piala Malaysia tiada erti. Mentaloti bukanlah sesuuatu yang mudah untuk diubah, apatah lagi apabila ianya telah mula berakar umbi. Penyokong tetap kekal setia dan mengharap kejayaan buat pasukan, namun di dalam hati kalangan pentokong pasti ada beberapa cebisan kekecewaan terhadap sambutan dingin pasukan sendiri terhadap saingan berprestij ini.

Namun, ini bukan bermakna penyokong telah berpaling dari menyokong, mereka cuma hilang ketagihan, ketagihan dan keghairahan yang dibuang oleh pengurusan JDT sendiri. pengurusan JDT mungkin seharusnya tidak perlu mengeluarkan kenyataan tentang keutamaan pasukan terhadap mana-mana kejohanan kerana kelas keutamaan pasukan terhadap Piala Malaysia adalah tidak konsisten.

Jika pada musim 2015 dan 2016 kita melupakan Piala Malaysia kerana kita unggul di Piala AFC, namun pada musim 2017 dan 2018 kita memberikan segala-galanya buat Piala Malaysia kerana kita tiada apa-apa lagi untuk diperjuangkan, kita telah tersingkir awal dalam saingan Piala AFC manakala kejuaraan Liga Super telah dalam genggaman erat. Maka, jangan disamakan kesungguhan pasukan pada musim 2017,2018 berbanding dengan musim 2015,2016. Prestij Piala Malaysia ini bukanlah ibarat tukaran mata wang asing, yang ada pasang surut nilainya. Piala Malaysia ialah piala tertua kejohanan boola sepak negara dan kita seharusnya berbangga dengan nilainya. Prestij ada pada piala tersebut dan bukan pada tangan kita.

Umum mengetahui Penyokong JDT berdiri tegak di belakang pemilik JDT iaitu TMJ, TMJ mempunyai pengaruh besar ke atas pergerakan JDT dan juga sokongan penyokong JDT. Jadi solusi untuk menarik penyokong kembali ke stadium dan percaya bahawa saingan Piala Malaysia masih menjadi sasaran JDT adalah melalui TMJ sendiri. TMJ harus menyuntik kembali aura kemeriahan Piala Malaysia kepada para penyokong JDT. Tiada sesiapa yang mampu melakukannya, bukan Harris Harun, bukan Lucho mahupun Mora, malah Presiden JDT sendiri tidak mampu melakukannya.

Hanya TMJ yang mempunyai aura dan kuasa untuk menterbalikkan keadaan dan mengembalikan keterujaan penyokong. Keterujaan ini bukan datang dari betapa hebatnya fasiliti, betapa kuatnya pemain kita tetapi keterujaan itu hadir daripada betapa kuatnya seriusnya pengurusan pasukan terhadap saingan Piala Malaysia.

Mungkin dengan suatu status dan ajakan terbuka oleh TMJ di laman page JST atau status video pendek di laman page JST, penyokong akan hadir ke stadium, pasti secara automatiknya penyokong akan kembali berselera untuk menonton Piala Malaysia.

Yang benar,

Penyokong JDT

#Footballlads

Post a Comment

0 Comments