Musim pertama yang bergaya!

Lupakan sebentar mengenai isu corak permainan, apa yang kita mahu tekankan ialah kejayaan yang berjaya dibawa jurulatih Kedah ini untuk setakat ini!

-Juara Unity Shield 2019

-Tempat ke-4 Liga Super 2019

-Juara Piala FA 2019

Pada pengamatan aku ini merupakan suatu kejayaan yang besar dengan skuad yang masih dalam fasa pembentukan semula. Adunan 5 import baharu, beberapa muka pemain tempatan baharu, dan falsafah baharu cuba diperkenalkan musim ini.

Walaupun ada isu teknikal seperti masalah kecederaan pemain, pemain yang tidak memenuhi piawaian dikehendaki dan identiti corak permainan, skuad ini masih mampu menggalas tanggungjawab dan melepasi jangkaan ramai pemerhati bolasepak dengan kejayaan setakat ini yang ditampilkan.

Muka bintang muda, Fayadh dan Fadzrul Danel dilihat semakin selesa bersama skuad utama dan menjadi saingan penting buat pemain lain. Musim hadapan dijangka akan ada beberapa lagi kemasukan pemain muda berpotensi untuk skuad seperti Zhafir.

Aidil Sharin wajar berbangga dengan kejayaan setakat ini yang dikecapi bersama pasukan dan diharap kekal fokus untuk saingan Piala Malaysia pula. 

Semoga musim ini berakhir dengan kegemilangan juga buat pemain Kedah melalui Piala Malaysia!

Apapun, tahniah buat barisan pemain, kejurulatihan, pengurusan, dan barisan penyokong yang terus konsisten bersama pasukan!

-Mohd Afiq Hafizuddin-

Kredit foto: Arena HijauKuning

Post a Comment

0 Comments