IN LAMPARD WE TRUST

Oleh: Encik Cen

Sepanjang saya meninjau posting rakan-rakan Chelsea, rasanya tak ada penyokong Chelsea yang meleleh air liur, apatah lagi menangis menengok Man United mahu membeli Dybala, Maguire dan Bruno Fernandes. 

Penyokong Chelsea rata-rata sudah sangat rasa dirahmati oleh kehadiran Frank Lampard, yang tampak berusaha memperkuat pasukan dengan tenaga muda Chelsea sendiri; malah rasa bersyukur dengan penggantungan yang mengakibatkan Chelsea tidak boleh membeli pemain, menyebabkan Maurizio Sarri tidak sanggup meneruskan tugas, membuka laluan kepada Lagenda Chelsea Super Frankie.

Tak tahulah kalau Nouman sendiri yang takut dan risau Chelsea tak dapat membeli pemain, apatah lagi kehilangan Eden Hazard. Padahal, penyokong Chelsea  rata-rata teruja dengan kehadiran Frank Lampard, dan sanggup memberi masa kepada Lagenda tersohor tersebut untuk membangunkan squad selama yang Frank sendiri mahu.

Lagipun, beberapa musim ini memperlihat, Chelsea lebih padu bila bermain tanpa pemain ternama seperti Hazard dan Willian, dan lebih tajam dengan pemain muda seperti Ruben Loftus Cheek dan Callum Hudson Odoi, maka musim tanpa membeli belah ini tidak langsung merisaukan apatah lagi mengenangkan Chelsea kini dipenuhi oleh ramai pemain yang 'step up' seperti para pemain muda termasuk Kepa Arizabalaga, Mason Mount; dan para pemain lama termasuk Jorginho, Ross Barkley dan Kenedy.

We pray for the youth for the long long time, and this is the first time we get the opportunity to stand with it, so lets chill. Beli la Cristiano Ronaldo ka, even Lionel Messi sekalipun, we just want to see our Mason Mount, Ruben Loftus Cheek, Callum Hudson Odoi, Kepa Arrizabalaga, Ross Barkley, Jorginho, N'Golo Kante and all of our remaining squad to create something special, slow and steady.

In Lampard we trust!

#Footballlads

Post a Comment

0 Comments