DEK KERANA RENDANG MALAYSIA, TOTTENHAM HOTSPUR DISERANG NETIZEN INDONESIA


Oleh: Hairi Mohd

Gara-gara meletakkan menu 'Malaysia Rendang' di kafe Stadium Tottenham Hotspurs kelmarin, akaun rasmi Tottenham Hotspur FC telah diserang oleh netizen dari Indonesia yang mengecam Spurs dan memberitahu dunia bahawa rendang ialah milik Indonesia. Tidak sekadar melepaskan kemarahan kepada Tottenham Hotspurs, nama Malaysia juga terpalit sama kerana didakwa cuba mencuri warisan  makanan dan budaya mereka.

Namun persoalannya, wajarkah netizen Indonesia membuat tuduhan secara membabi buta tanpa membuat kajian tentang makanan mereka sendiri? Adakah makanan Rendang Malaysia dan Rendang Indonesia itu suatu hidangan yang sama atau terdapat peebezaannya? Marilah kita kupas isu ini satu persatu.



Randang atau Merandang

Rendang atau 'randang', makanan tradisi masyarakat rumpun Melayu memang berasal dari Indonesia iaitu dari daerah Minangkabau, Sumatera Barat. Namun apabila rendang dibawa oleh para penghijrah iaitu orang-orang Minang ke Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia), rendang telah melalui beberapa revolusi baik segi rasa, warna, struktur daging, saiz potongan daging malah bahan-bahan masakan seperti rempah juga berbeza.

Rendang sebenarnya bukanlah nama makanan tersebut, tetapi merupakan cara makanan tersebut dimasak yang dikenali sebagai merandang. Proses menghasilkan rendang di Malaysia telah mengalami revolusi dan berasimilasi dengan keadaan tempatan di Tanah Melayu maka rendang diberikan nama Rendang Malaysia.

Rendang Indonesia vs Rendang Malaysia

Rendang di Indonesia biasanya dimasak dalam tempoh yang panjang iaitu kira-kira lapan jam. Rendang Indonesia di sekitar Minangkabau juga mempunyai perbezaan kerana menggunakan rempah berbeza. Rendang Indonesia pada waktu dahulu biasanya dimasak sehingga kering dan tahan dalam tempoh waktu yang lama. Warnanya menjadi kehitam-hitaman.


                                                     Rendang Indonesia

Jika rendang di Indonesia berwarna hitam-kehitaman,  rendang di Malaysia  pula lebih kepada warna merah atau coklat. Rendang Malaysia dimasak dslam tempoh lebih singkat iaitu kira-kira dua jam dan tidak selama seperti rendang Indonesia. Rendang di Malaysia dimasak dengan menggunakan kerisik manakala jarang-jarang kerisik digunakan dalam masalan rendang Indonesia.

Rendang di Malaysia juga adalah lebih basah dan tidak kering seperti rendang Indonesia. Oleh sebab itu rendang Malaysia tidak begitu tahan lama seperto rendang Indonesia.


                                                    Rendang Malaysia

Oleh sebab itu rendang diletakkan dengan dua kategori iaitu Rendang Indonesia dan Rendang Malaysia, persis batik Malaysia dan batik Indonesia.

Mungkin Tottenham Hotspur telah mencapai kesefahaman dengan pengusaha rendang Malaysia di sana maka rendang Malaysia berjaya memasuki kafe stadium. Jadi syabas untuk pengusaha rendang Malaysia kerana berjaya mengangkat nama rendang Malaysia.

Seharusnya netizen Indonesia berlapang dada dan menerimanya dengan tangan terbuka bahawa kita ialah serumpun dan berbagi budaya yang sama namun berlaku sedikit revolusi dari aspek makanan, budaya, bahasa dan cara hidup.

Netizen Indonesia tidak perlu mengecam dan menyerang laman instagram rasmi kelab kerana perkara ini hanya akan memberi kesan negatif dan persepsi buruk masyarakat antarabangsa kepada rumpun Melayu kita.

Langkah yang perlu dilakukan oleh netizen Indonesia ialah kembali kepada pemerintah negara mereka dan menggesa agar kerajaan Indonesia lebih peka kepada penjagaan budaya Indonesia dan mempromosi budaya mereka agar dikenali di serata dunia.

Makanan ialah salah satu warisam budaya milik kita yang diwarisi dari nenk moyang turun temurun, maka menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan keaslian dan kedaulatannya daripada tercemar atau hilang keasliannya. Semoga daripada kejadian ini warga Indonesia dan kerajaan Indonesia akan lebih peka terhadap kepentingan mereka menjaga warisan sendiri dan tidak mengamalkan sikap ketuanan yang berlebih-lebihan terhadap sesuatu yang berada di luar jangkauan mereka.

Rujukan:

Laman instagram Tottenham Hotspur
Kompas.com/apa bedanya rendang Malaysia dengan rendang Indonesia

Post a Comment

0 Comments