KISAH KEKUATAN PECAHAN EMPAYAR BOLA SEPAK YUGOSLAVIA DI PENTAS DUNIA (BAHAGIAN 2)



Oleh: Hairi Mohd

Yugoslavia merupakan sebuah kuasa bola sepak dunia yang dikatakan boleh mencabar penguasaan kuasa bola sepak Amerika Selatan dan Eropah pada suatu masa dahulu. Namun akibat perbalahan politik menyebabkan negara Balkan ini mengalami perpecahan demi perpecahan dan membentuk negara-negara kecil di rantau Balkan. 

Selain Eropah Barat yang terkenal sebagai kilang bola sepak Eropah, negara rantau Balkan juga kaya dengan banyaknya bintang-bintang bola sepak Eropah yang menyinar. Tidak keterlaluan jika menyebut bahawa, Balkan terkenal sebagai kilang bola sepak Eropah.

Setelah menyelusuri sejarah bola sepak negara-negara pecahan Empayar Yugoslavia sekitar tahun 1990 hingga 1998, mari kita lanjutkan tinta sejarah ini dengan Kejohanan Euro 2000:

KEJOHANAN EURO 2000
Kejohanan EURO 2000 merupakan bermulanya detik sedih bola sepak dunia apabila kejohanan tersebut merupakan penampilan terakhir Yugoslavia di pentas dunia bola sepak. Kejohanan Euro 2000 juga menyaksikan sebuah lagi negara serpihan Yugoslavia, iaitu Slovenia berjaya membuat kemunculan di pentas Kejohanan EURO selepas Croatia.



Dalam kejohanan tersebut, Yugoslavia atau dikenali dengan nama Republik Persekutuan Yugoslavia telah diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan Slovenia iaitu dalam kumpulan C. Selain Yugoslavia dan Slovenia, kumpulan C juga diwakili oleh pilihan utama kumpulan iaitu Sepanyol dan Norway. Pertemuan kedua-dua buah negara Balkan iaitu Yugoslavia dan Slovenia berakhir dengan keputusan 3-3. Selepas berakhirnya saingan peringkat kumpulan, Yugoslavia layak ke pusingan seterusnya setelah menduduki tangga kedua di belakang Sepanyol dengan 4 mata, manakala Slovenia gagal mara setelah menduduki tangga tercorot kumpulan.

Akhirnya langkah Yugoslavia terhenti apabila tewas kepada pasukan tuan rumah, iaitu pasukan Belanda dengan keputusan yang memalukan iaitu jaringan besar 1-6. Pentas Euro2000 merupakan penampilan terakhir Yugoslavia di pentas kejohanan Eropah.





Perlwanan tumpuan wilayah Balkan di Euro2000, Yugoslavia menentang Slovenia. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 3-3

PIALA DUNIA 2002
Pada kejohanan ini, Croatia dan Slovenia layak ke Piala Dunia 2002, manakala Yugoslavia gagal ke Jepun dan Korea. Skrip sejarah bola sepak Slovenia hampir menyerupai sejarah Croatia. Jika Croatia berjaya layak ke kejohanan EURO96 dan seterusnya Piala Dunia 1998, Slovenia pula terus bersinar di pentas bola sepak dunia apabila berhasil layak ke Piala Dunia 2002 selepas lolos ke kejohanan EURO2000.



Pada masa ini skuad Slovenia dilatih oleh bekas legenda Yugoslavia iaitu Srečko Katanec dan bintang utamanya sudah semestinya Zlatko Zahović yang cemerlang di kejohanan EURO2000 sehingga akhinya ditandatangani oleh gergasi Sepanyol iaitu Valencia CF dari kelab Greece iaitu Olympiacos.



PIALA DUNIA 2006
Selepas menyepi seketika dari peta kejohanan utama bola sepak, Yugoslavia muncul kembali di pentas Piala Dunia 2006, namun dengan nama baharu iaitu Serbia & Montenegro. Namun impak yang ditinggalkan oleh Serbia & Montenegro tidaklah sehebat zaman kegemilangan mereka pada tahun-tahun sebelumnya.



PIALA DUNIA 2010
Akhirnya, kekuatan empayar bola sepak Yugoslavia semakin pudar apabila Serbia & Montenegro mengumumkan perpecahan mereka. Serbia & Montenegro kini dikenali dengan dua buah negara berbeza iaitu negara Serbia dan negara Montenegro. Serbia membuat kemunculan sulung mereka pada Piala Dunia 2010, namun tersingkir awal apabila menduduki tangga terakhir peringkat kumpulan di belakang Jerman, Ghana dan Australia.


Pemain Serbia, Milos Ninkovic, bersaing dengan Carl Valeri dalam perlawanan kumpulan D, Piala Dunia 2010. Foto: Robert Cianflone/Getty Images Europe.
Manakala Montenegro pula gagal melayakkan negara mereka ke Piala Dunia hingga kini. Perpecahan kedua-dua buah wilayah tersebut telah memberi peluang kepada etnik Kosovo dan Albania untuk menuntut kemerdekaan dan akhirnya pada tahun 2013, Kosovo berjaya memerdekakan wilayah mereka daripada Serbia.
Walaupun proses kemerdekaan mereka belum 100% selesai sehingga kini namun pasukan Kosovo berjaya menyertai pusingan kelayakan Piala Dunia 018 Zon Eropah.

PIALA DUNIA 2014
Bosnia & Herzegovina merupakan salah sebuah negara yang paling terkenal dalam kumpulan serpihan Yugoslavia. Negara ini terkenal dengan kisah perang saudara yang berlaku di wilayah tersebut hingga menyebabkan berlakunya campur tangan pihak ke-3 untuk menghentikan peperangan di sana.

Skuad bola sepak Bosnia & Herzegovina mencatat sejarah apabila layak ke Piala Dunia 2014 buat kali pertama.

Setelah tamatnya penderitaan akibat peperangan dan ekonomi Bosnia kembali pulih, sama juga seperti sukan bola sepak di Bosnia. Setelah sekian lama hanya mampu melihat negara serpihan Yugoslavia yang lain berjaya mara ke Piala Dunia, akhirnya Bosnia Herzegovina mengikut jejak langkah mereka apabila layak ke Piala Dunia 2014 di Brazil.

Kejayaan julung kali buat Bosnia & Herzegovina ini diketuai oleh Vedad Ibisevic, Edin Dzeko, Miralem Pjanic dan beberapa lagi bintang generasi baharu bola sepak Bosnia & Herzegovina. Penyertaan sulung Bosnia & Herzegovina berakhir pada peringkat kumpulan apabila mereka menamatkan saingan kumpulan F di belakang finalis Piala Dunia 2016 iaitu Argentina dan juga di belakang Nigeria.


Eden Dzeko merupakan pemain Bosnia yang paling menjadi tumpuan sepanjang pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 dan juga di sepanjang kempen Piala Dunia Brazil. Foto: Matthias Hangst/Getty Image South America. 

Selain Bosnia & Herzegovina, sebuah lagi negara Balkan, iaitu Croatia layak ke Piala Dunia 2014, namun mereka sama seperti Bosnia & Herzegovina. Croatia mengakhiri saingan di tangga ke-3 kumpulan A di belakang Brazil dan Mexico, mereka gagal layak ke pusingan seterusnya

KEJOHANAN PIALA DUNIA 2018
Setelah lapan tahun sepi daripada sebarang kejohanan bola sepak utama dunia, akhirnya Serbia kembali ke pentas kejohanan Piala Dunia 2018. Serbia diiringi oleh Croatia untuk ke pentas Piala Dunia 2018. Negara-negara bekas pecahan Yugoslavia gagal untuk layak ke Russia. Montenegro juga sekali lagi gagal untuk mengiringi negara 'kembar' mereka iaitu Serbia ke pentas piala dunia.
Kemenangan Serbia ke atas Georgia berjaya meletakkan kembali maruah bola sepak Yugoslavia ke tempat asal mereka dan semoga skuad Orlovi yang diketuai oleh Branislav Ivanovic, Aleksandar Kolarov,Nemanja Matic, Aleksandar Mitrovic akan Berjaya mengembalikan kegemilangan bola sepak Yugoslavia yang pernah jatuh akibat peperangan.




Pada piala dunia kali ini Croatia hampir memahat kejayaan buat Empayar Yugoslavia apabila mara ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali pertama. Impian skuad Luka Modric dan rakan-rakannya berkecai apabila mereka tumpas dalam perlawanan akhir kepada Perancis. Walaubagaimanapun kejayaan skuad 2018 berjaya memadam rekod skuad 'emas' 1998 yang telah berjaya menduduki tangga ketiga Piala Dunia Perancis 1998.



#Antara bintang utama bola sepak dunia asal negara-negara Balkan serpihan Yugoslavia pada saat ini ialah:

a)Serbia: Nemanja Matić, Aleksandar Kolarov, Dušan Tadić, Aleksandar Mitrović
b)Croatia: Dejan Lovren, Luka Modrić, Ivan Rakitić, Mario Mandžukić, Ivan Perišić, Mateo Kovačić, Nikola Kalinić
c)Bosnia Herzegovina: Asmir Begović, Sead Kolašinac, Edin Džeko, Miralem Pjanić, Vedad Ibiševic
d)Slovenia: Jan Oblak, Samir Handanović, Josip Iličić
e)Macedonia: Goran Pandev
f)Montenegro: Stefan Savić, Stevan Jovetić, Mirko Vičinic
g) Kosovo: Samir Ujkani, Albert Bunjaku dan Elba Rashani

Tamat....

Kembali membaca artikel BAHAGIAN SATU


Post a Comment

0 Comments