UJIAN SISTEM JUALAN 30 MINIT SEBELUM JUALAN TIKET RASMI: TIDAK MASUK AKAL!

Sekali lagi isu tiket atas talian yang habis dijual hangat diperkatakan oleh para penyokong Malaysia. (walaupun FAM memperuntukkan tambahan 10,000 tiket untuk jualan pada hari esok)



Isu tiket ini bukan yang baharu. Ramai penyokong tegar dari masa perlawanan pertama dahulu mengeluh nasib mereka yang seperti 'diabaikan' apabila pasukan kebangsaan berjaya ke peringkat akhir. Ramai tidak berjaya mendapatkan tiket kerana secara tiba-tiba termunculnya peminat yang selama ini entah ke mana pergi, berjaya 'curi' tempat penyokong tegar di Stadium. Bukan satu, bukan dua tetapi persis cendawan tumbuh selepas hujan.


Penyokong setia Malaysia ghairah menyokong Harimau Malaya. Foto:AP

Saya juga menjadi mangsa peminat bolasepak yang hanya muncul di peringkat akhir!

Bagaimanakah mereka boleh mendapat tiket dengan begitu mudah masih lagi menjadi tanda tanya... satu misteri setaraf dengan 'Misteri Segi tiga  Bermuda'.

Untuk kes terbaru, dikatakan pihak bertanggungjawab mengendalikan penjualan tiket menjalankan 'ujian sistemnya' setengah jam awal (8.30 pagi) sebelum masa rasmi penjualan tiket sebenar.


Saya akui saya kurang arif akan hal-hal berkaitan dengan proses penjualan tiket secara atas talian, tetapi jikalau pihak terbabit  hendak melakukan 'percubaan' terhadap sistem jualan mereka, bukankah percubaan tersebut perlu dibuat lebih awal lagi atau 'trial run' secara tertutup agar tiada transaksi boleh dilakukan oleh mana-mana pihak iaitu pembeli tiket?

Insiden yang berlaku amatlah tidak adil kepada para peminat yang menunggu 'kaunter talian' dibuka pada pukul 9.00 pagi apabila 20,000 keping tiket habis hanya dalam tempoh setengah jam. Insiden ini secara langsung dan tidak langsung ia seperti mengundang persepsi yang negatif terhadap FAM. Para peminat memang tidak akan menyalahkan mana-mana pihak kecuali FAM, sungguhpun kesilapan itu bukan kesalahan FAM.

Saya amat berharap agar kesilapan mereka pada hari ini dan kesilapan pada masa-masa lalu yang yang boleh menaikkan darah para penyokong serta boleh mencalar reputasi FAM dapat diatasi atau dihindari dengan segera. Perkara yang sama berlaku saban tahun ibarat tiada sebarang pengajaran diambil oleh mereka.

Saya berharap agar 'kaunter jualan atas talian' akan dibuka TEPAT jam 9. 00 pagi keesokan hari...

 jangan seminit awal.

Luahan Penyokong Sejati Harimau Malaya:
Kenneth Chew

Post a Comment

0 Comments