MUZIUM MOHAMED SALAH AKAN DIBINA TIDAK LAMA LAGI




Satu demi satu penghargaan diterima oleh Mohamed Salah berikutan kejayaan yang dikecapinya pada musim lepas. Kini, kerajaan Mesir telah melahirkan hasrat untuk membina sebuah muzium khas untuk mengenang kejayaan Mohamed Salah sebagai pemain bola sepak Mesir paling berjaya. 

Semasa bertemu dengan bapa kepada Mohamed Salah iaitu Salah Ghaly, Menteri Belia dan Sukan Mesir, Ashraf Sobhy  menjelaskan bahawa muzium khas buat hero Mesir tersebut akan dibina di Gharibya.



MUZIUM MENEMPATKAN BARANGAN PERIBADI SALAH
Muzium tersebut akan menempatkan barang-barang peribadi  milik Mohamed Salah. Antara barang yang akan dipamerkan di muzium tersebut ialah bola sepak yang pernah ditendang oleh Mohamed Salah semasa beliau menjaringkan gol kedua Mesir ke atas Congo dalam perlawanan penentuan tempat ke Piala Dunia FIFA 2018. 

Gol kedua Mohamed yang dihasilkan melalui tendangan penalti pada minit ke-94 cukup membuatkan seluruh Mesir bergembira apabila Salah dan seluruh pasukannya berjaya membawa Mesir kembali ke pentas piala dunia setelah melakukannya kali terakhir pada tahun 1990.

Gol Mohamed Salah, membawa Mesir ke pentas Piala Dunia 2018

Selain itu, muzium Mohamed Salah juga akan menempatkan jersi-jersi kelab bola sepak yang pernah diwakili beliau sepanjang karier bola sepaknya di Mesir dan benua Eropah. Di dalam muzium tersebut, pelbagai foto yang merakamkan kejayaan-kejayaan dan anugerah yang diraih oleh Salah bersama Liverpool FC sepanjang musim lalu akan dipaparkan untuk menjadi santapan mata para pengunjung muzium tersebut.


KEJAYAAN SALAH MENDAPAT PENGHARGAAN KERAJAAN MESIR
Semasa sesi perbincangan dengan bapa kepada Mohamed Salah, Ashraf Sobhy juga sempat berbual pendek dengan Mohamed Salah melalui perbualan telefon. Ashraf Sobhy mewakili pihak kerajaan Mesir telah merakamkan jutaan tahniah kepada Salah atas kecemerlangan yang diraihnya sepanjang kariernya.

Salah menjadi pujaan di seluruh bumi Mesir. kredit:Getty

Menteri tersebut juga berjanji bahawa pihak kerajaan akan membantu Salah jika keluaranya menghadapi kesulitan di Mesir. Ashraf menegaskan bahawa seluruh Mesir berdiri di belakang pemain tersebut sambil  memuji kesungguhan dan semangat waja Salah dalam mengejar impiannya. 

Menurutnya lagi, peribadi dan kehebatan Salah  dalam bola sepak telah membantu usaha meningkatkan imej Mesir di mata dunia.

Selain Mesir, penghargaan buat Mohamed Salah di United Kingdom juga diberikan oleh Muzium British di London yang mempamerkan but hijau milik Salah sebagai sebahagian daripada bahan pameran di “Ekshibisi Mesir Baharu”. 

Keputusan untuk mempamerkan but tersebut dibuat berikutan kejayaan Mohamed Salah memenangi ‘Anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris’ dan juga ‘Anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris’ bagi musim 2017/2018.




Senarai anugerah yang dimenangi oleh Mohamed Salah:

FIFA Puskás Award,
PFA Players' Player of the Year
,
Premier League Golden Boot
,
African Player of the Year
,
Premier League Player of the Month
,
FWA Footballer of the Year
,
BBC African Footballer of the Year
,
CAF Africa’s finest XI
,
CAF Most Promising Talent of the Year
,
PFA Premier League Team of the Year


Post a Comment

0 Comments