Episod perpindahan JDT bermula sebaik sahaja tragedi kehilangan Diaz berlaku. Foto: Johor Southern Tigers.
Perpindahan pemain
import JDT 2018 merupakan perpindahan paling kompleks dalam sejarah penubuhan
JDT.
JENDELA PERPINDAHAN PEMAIN KALI PERTAMA
1. Luciano Figueroa
(Conmebol)
2.Jorge Pereyra Diaz
(Conmebol)
3.Marcos Antonio
(Conmebol)
4. Gonzalo Cabrera
(Conmebol -->AFC)
5. Harris Harun (AFF)
# 3Conmebol + 1AFC +
1AFF
MAC 2018 (di luar
jendela perpindahan)
a)Jorge Pereyra Diaz
disingkirkan daripada kelab, Nico Fernandez dari JDTII dinaikkan pangkat ke
JDT, selaras dengan sistem skuad simpanan yang membolehkan pemain bermain untuk
kedua-dua pasukan pada satu-satu masa (JDT dan JDTII)
b) Luciano Figueroa
digugurkan.
1.Nico Fernandez
(Conmebol)
2.Marcos Antonio
(Conmebol)
3. Gonzalo Cabrera
(Asia)
4. Harris Harun (AFF)
# 2Conmebol + 1AFC
+1AFF
JENDELA PERPINDAHAN PEMAIN KALI KE-2
1. Jorge Silva
(Conmebol) --> Fernando Marquez (Conmebol)
2. Nico Fernandez
(Conmebol) --> Harry Novillo (Concacaf) --> Fernando Elizari (Conmebol)
*Nico Fernandez
kembali ke JDTII
3. Marcos Antonio
(Conmebol)
4. Gonzalo Cabrera
(Asia)
5. Harris Harun (AFF)
a) Jorge Silva yang
masuk menggantikan Luciano Figueroa berpindah ke Al Fujairah Club dan tempatnya
digantikan oleh Fernando Marquez sebelum tarikh akhir jendela perpindahan
ditutup.
b)Nico Fernando yang
menggantikan Jorge Pereyra Diaz, kembali ke JDTII selepas pusingan pertama Liga
Super Malaysia tamat.
C)Harry Nivollo yang
menggantikan Nico Fernandez pada awal jendela perpindahan ke-2 diserap ke JDTII
dan tempatnya digantikan oleh Fernando Elizari sebelum jendela perpindahan ke-2
ditutup.
# 3 Conmebol + 1AFC
+1AFF
AKHIR MUSIM 2018 (Menjelang sepak mula musim 2019)
JDT mencatat sejarah
sebagai pasukan kelab pertama Malaysia beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara
Asia pada musim 2019. JDT menyingkirkan Fernando Marquez dan Fernando Elizari
lalu menggantikan dua orang pemain tersebut dengan pemain tengah dari Sepanyol iaitu
Aaron Niguel dan seorang pemain import yang masih 'misteri'.
JDT menggantikan pertahanan Brazil iaitu Marcos Antonio yang bersara dengan pertahanan
dari Brazil iaitu Mauricio. Dua pemain import Asia dan Asean dikekalkan manakal
seorang pemain import iaitu pemain import terakhir akan diberitahu kemudian.
# 1 UEFA +1 Conmebol + 1AFC
+1AFF +1?
0 Comments