LAHIRNYA A LEAGUE DARIPADA PENGUBURAN NATIONAL SOCCER LEAGUE (NSL)




Bola sepak Australia suatu masa dahulu mengalami masalah yg sama dengan situasi Liga Malaysia sekarang iaitu kelab kekurangan dana dan beberapa kelan telah mengisytiharkan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Liga M. Suatu masa dahulu,  Bola sepak di sana hampir mati, jumlah kelab berkurangan.

Hutang kelab meningkat, minat masyarakat terhadap bola sepak mula menurun terutama selepas Socceroos gagal layak ke Piala Dunia 1998 dan 2002. Kebanyakan kelab sosial yang bertukar menjadi kelab NSL adalah terdiri daripada kelab etnik daripada golongan migran Croatia, Itali, Greece, Yahudi dan lain-lain. Kelab-kelab ini sedikit sebanyak mencipta perbezaan dalam kalangan rakyat.

Perlawanan penentuan tempat ke Piala Dunia 1998 antara Australia menentang Iran di Melbourne Cricket Ground (MCG)

Pemain Australia (Socceroos) menangisi kegagalan meereka untuk mendapat tempat ke Piala Dunia 1998 apabila disingkirkan Iran.



Kebimbangan Perdana Menteri

Perdana Menteri John Howard meminta bantuan usahawan terkenal Frank Lowy untuk memikirkan cara untuk menyelamatkan liga bola sepak Australia dan menggunakan kepakarannya dalam perniagaan untuk meningkatkan nilai bola sepak. 
Frank Lowly memberikan ilham untuk membina sebuah  liga profesional yang kelab-kelabnya adalah milik swasta dan mempunyai pengurusan profesional seperti kelab EPL dari aspek pengurusan, pemasaran dan lain-lain.

Usahawan terkenal Australia, Frank Lowly mendapat panggilan telefon daripada Perdana Menteri Australia, John Howard yang mahukan beliau membantu kerajaan membaik pulih bola sepak Australia. 


"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan"

Liga NSL yang merupakan liga utama negara telah dihentikan lalu sistem liga bola sepak Australia telah dimulakan semula dari angka '0'.
Kelab-kelab etnik diberikan kata dua iaitu sama ada menjenamakan semula pasukan mereka dengan membuang identiti etnik dan diberikan nafas baharu ATAU mereka boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Liga bola sepak nasional Australia. 


Selamat Tinggal Kelab Etnik

Kelab etnik Croatia iaitu Sydney United telah dijenamakan semula menjadi Sydney FC dan sebahagian pemain dikekalkan. Manakala kelab paling berpengaruh di Oceania dan Australia, South Melbourne tidak menyertai A League dan beraksi di liga negeri Victoria iaitu National Premier League -Victoria (NPL).



Prinsip Lowly adalah mudah, pihak pentadbir liga yang baharu hanya akan memberi ruang kepada kelab yang bermutu sahaja untuk beraksi di liga baharu (A League) walaupun jumlah penyertaannya kecil.

South Melbourne merupakan kelab pertama dari Australia yang membuat penampilan sulung di kejohanan Piala Dunia Kelab FiFA pada tahun 2000. Photo by Bob Thomas/Getty Images



Kepakaran Pengurusan liga Ragbi dibawa masuk

Maka, keputusan telah dicapai oleh pihak pengurusan baharu yang diketuai oleh Frank Lowly dan dibantu oleh John O'Neill yang mempunyai kepakaran dalam menguruskan sukan ragbi di Australia. John O'Neill merupakan pengerusi Australian Rugby Union dan bekas pengerusi Bank negeri New South Wales. 

Akhirnya hanya 8 buah kelab sahaja dipilih untuk bermain dalam liga baharu Australia yang dinamakan sebagai Australia Premier League (ditukar kepada A League) berbanding dengan perancangan asal iaitu 10 buah kelab.


Formula asasnya ialah setiap negeri di Australia akan diwakili oleh hanya sebuah kelab bola sepak. Tujuannya adalah untuk hanya membenarkan kelab yang benar-benar komited untuk beraksi dalam A League dan memastikan setiap kelab akan mempunyai jumlah 'penyokong' yang besar.


Pembidaan Lesen A League


Bidaan penganugerahan lesen A league telah dibuka kepada mana-mana syarikat yang komited untuk menubuhkan kelab bola sepak dengan syarat mereka perlu mematuhi syarat-syarat ketat yang diberikan. Bayaran yuran sebanyak AUD 1 juta dikenakan kepada syarikat yang berjaya dalam  bidaan untuk mendapatkan lesen A League.

 Setiap  syarikat yang berjaya memperoleh lesen akan diberikan mandat selama lima musim untuk bersaing dalam saingan A League dan akan mereka perlu memperbaharui lesen sebelum musim keenam bermula. 

Setiap syarikat perlu menyediakan bajet tahunan sekurang-kurangnya AUD 3.5 juta hingga 4.5 juta pada tahun pertama dan perlu mempunyai bajet minimum AUD 5.5 juta pada tahun ketiga. Kelab perlu memulakan pasukan dengan dana permulaan sebanyak AUD 2juta

Gaji yang perlu diperuntukkan perlulah mematuhi 'salary caps' yang dibenarkan iaitu purata gaji AUD60,000 hingga AUD75,000 pada musim pertama dan akan meningkat kepada AUD100,000 pada musim ketiga.

Setiap negeri menerima pelbagai bidaan daripada pelbagai syarikat besar terutamanya daripada para usahawan syarikat korporat dan pemilik kelab sukan popular seperti ragbi dan kelab.

A League mengambil Perth Glory sebagai rujukan dan model kelab A League atas prestasi menakjubkan mereka di NSL dan kejayaan pemilik mereka yang mewujudkan sebuah kelab moden ala-ala Liga Perdana Inggeris, di samping mempunyai kelompok penyokong yang banyak.

Setelah pelbagai perbincangan dan proses pembidaan tamat, akhirnya lapan kelab terpilih untuk menyertai A League 2005 iaitu tahun pertama bola sepak profesional dimulakan semula selepas setahun NSL dibubarkan. 


Lapan Buah Kelab Baharu Penentu Masa Depan Liga Bola Sepak Australia

Perth Glory milik usahawan Nick Tana dipilih untuk mewakili Perth, Queensland Roar mewakili Brisbane, Melbourne Victory mewakili Melbourne, Sydney FC, Central Coast Mariners dan Newcastle Jets mewakili New South Wales, Adelaide United mewakili South Australia dan sebuah kelab jemputan dibawa masuk iaitu New Zealand Knight yang sebelum itu dikenali sebagai Auckland Knight yang bersaing dalam NSL.

Kelab-kelab bola sepak yang terawal menyertai A League musim pertama (2005)

Antara kelab etnik yang terpaksa membuang sejarah etnik mereka daripada kelab ialah Sydney United. Kelab popular Sydney dan milik masyarakat Croatia tersebut akur kepada syarat-syarat Soccer Australia dan menukar nama pasukan mereka sebagai Sydney FC dsn merupakan juara  Premier A League  bagi musim lalu.


Format Kejuaraan Liga dibahagi kepada dua

Kejuaraan utama A League di bahagian kepada dua iaitu juara Premier (juara liga) yang menjadi milik Sydney FC  dan juara Champions (juara Grand Finals).
A League berusaha mencipta jenama bola sepak mereka dengan pantas apabila memperkenalkan kemasukan 'Marque Player' yang kebal daripada kawalan 'salary caps'  ke dalam A League. Setiap kelab dibenarkan untuk mmbawa pemain bintang dunia ke Australia. Antara 'marque player' terawal yang dibawa masuk ialah Dwight Yorke, Shinji Ono dan Alessandro Del Piero.

Alessandro del Pierro merupakan antara marque player yang berjaya meningkatkan populariti A League dalam kalangan penduduk Australia dan Asia.


Australia Memohon Penyertaan ke Keluarga AFC

Bagi meningkatkan kualiti, populariti dan daya saing liga Australia, FFA di bawah kendalian Frank Lowly telah memohon untuk menyertai Federasi Bolasepak Asia (AFC). Setelah penyertaan mereka ke dalam keluarga bola sepak Asia, Australia berjaya layak ke 3 Piala Dunia berturut-turut iaitu 2010, 2014,2018.

Mereka juga menjadi juara Piala Asia 2015 dan kelab mereka Western Sydney Wanderes berjaya menjadi juara Liga Juara-Juara Asia pada tahun 2014. Sejak itu, A League dan sukan bola sepak kian diterima dan kini menjadi sukan paling berkembang pesat di bumi kanggaru.


Melbourne Victory diisytiharkan sebagai juara Champions apabila menewaskan Sydney FC di pentas akhir Grand Final A League 2017/18.

Sydney FC merangkul kejuaraan Premier selepas mengungguli Liga A League 2017/18

Post a Comment

0 Comments