JEPUN HANYA MEMERLUKAN 6 BULAN UNTUK MEMBENTUK SKUAD TERBAIK KE PIALA ASIA 2019


Selepas Piala Dunia beberapa pemain Jepun mengumumkan persaraan untuk skuad negaranya. Pemaintersebut ialah pemain tengah defensif berpengaruh Makoto Hasebe dan pemain tengah menyerang (sisi) Keisuke Honda. 


Shinji Kagawa tidak mendapat musim yang baik bersama dengan kelabnya iaitu Borussia Dortmund, manakala semasa di Piala Dunia, beliau tidak mencapai jangkaan yang diletakkan di atas bahunya.
Selepas kejohanan Piala Dunia 2018,negara-negara Asia tidak telibat dalam perlawanan- perlawanan kompetitif selain beberapa siri perlawanan persahabatan. Jepun telah  mengatur 5 perlawanan persahabatan berimpak tinggi.

5 SIRI PERLAWANAN PERSAHABATAN
5 perlawanan persahabatan Jepun adalah dengan menentang Costa Rica dan Panama yang merupakan dua buah pasukan besar di Amerika Tengah (CONCACAF). 

Manakala baki tiga perlawanan tersebut adalah dengan menentang dua buah pasukan dari Amerika Selatan iaitu Uruguay dan Venezuela selain 1 buah pasukan dari Asia Tengah iaitu Kygyzstan.

Bagaimanakah Jepun menggunakan 5 perlawanan ini digunakan sebelum sepak mula Piala Asia?

Melihat kepada senarai pemain dalam 5 perlawanan tersebut,  jelas kelihatan Jepun sudah mempunyai pemain sasaran untuk dibawa ke Piala Asia, (6 bulan lebih awa sebelum kejohanan bermula).


13 PEMAIN PIALA DUNIA 2018 DIGUGURKAN, 25 PEMAIN BAHARU DIPANGGIL

13 orang pemain dari skuad Piala Dunia tidak lagi dipanggil dalam tempoh 6 bulan. Tujuannya adalah untuk memberi ruang kepada 25 orang pemain yang tidak beraksi di Piala dunia untuk beraksi bersama dengan 10 pemain skuad Piala Dunia 2018.

Oleh itu Jepun telah menggunakan 35 orang pemain dalam kesemua 5 perlawanan persahabatan tersebut.

Jepun melakukan kombinasi dalam 5 perlawanan tersebut dengan 35 pemain. Tetapi daripada 35 pemain tersebut, boleh dikatakan Jepun telah memberikan gambaran bahawa sekurang-kurangnya 20 orang pemain bakal menjadi pemain utama.


PEMAIN-PEMAIN TERSEBUT

Penjaga Gol
Pemain tersebut ialah Masaki Higashighuci. Pemain ini digunakan dalam perlawanan besar semasa menentang Costa Rica dan Uruguay. Dia merupakan penjaga gol di Piala Dunia. Pemain lain seperti Eiji Kawashiwa dan Kasuke Nakamura diketepikan dan memberi laluan kepada 2 penjaga baharu iaitu Shuishi Gonda dan Danial Schmidt.

Dalam 5 perlawanan persahabatan tersebut, Jepun hanya menyenaraikan 3 penjaga gol ini. Jelaslah bahawa Jepun sudah mempunyai perancangan pemain di posisi ini. Gonda diberi peluang bermain sebanyak 2 kali manakala Schmidt melakukan sekali penampilan.

Pertahanan Kanan
Hiroki Sakai merupakan pemain dari skuad Piala Dunia 2018. Dia sentiasa dipanggil bersama Sei Muroya. Muroya merupakan pemain yang tidak beraksi di Rusia 2018 tetapi kehadirannya banyak memberi pilihan kepada Jepun di pertahanan kanan. Muroya telah dimainkan sebanyak 3 kali tetapi pemain utama seperti Sakai telah digunakan dalam kesemua perlawanan kelas A+++ termasuklah ketika Jepun menentang Uruguay.

Pertahanan Kiri
Di posisi ini,  Sho Sasaki merupakan pemain yang tidak beraksi di Piala Dunia namun diberi peluang bermain sebanyak tiga kali dalam perlawanan persahabatan Jepun. Namun, apabila menentang skuad besar seperti Uruguay, Jepun lebih memilih untuk menurunkan Yuto Nagatomo

Pertahanan Tengah
Genta  Miura dan Takejiro Tomiyasu bakal menjadi pilihan baru di belakang nama pemain favourite seperti Maya Yoshida  dan Taomoaki Makino.

Tengah
Wataru Endo dan Gaku Sibasaki bakal menjadikan skuad 13 pemain baru ini menjadi seimbang. Sibasaki agak baik pada kejohanan Piala Dunia walaupun menjadi pemain pilihan ke-2 di belakang Hasebe. Kini dia bakal menjadi pemain pilihan utama bersama Endo.

Toshiro Aoyama menjadi pemain pilihan baharu. Skil dan persembahannya ditajamkan melalui 3 perlawanan persahabatan bersama Hidemasa Morita.

Tengah Menyerang
Posisi ini menjadi percaturan yang agak menarik kerana tiada pemain dari skuad Piala Dunia dibawa untuk mengharungi siri perlawanan persahabatan. Takumi Minamino muncul beraksi sebanyak 4 kali daripada 5 perlawanan persahabatan sebagai pemain kesebelasan utama manakala Takumi Kitagawa beraksi sebanyak sekali. Maka kemungkinan besar Minamino akan dipilih sebagai pemain tengah menyerang utama.

Penyerang Sisi
Genki Haraguchi dikekalkan dalam skuad dan di samping Jepun membawa pemain baharu iaitu Shoya Nakajima. Nakajima juga dibentuk  dengan baik melalui beberapa siri perlawanan persahabatan tersebut.

Sama seperti posisi tengah menyerang, posisi sisi kanan menyerang berkemungkinan besar bakal menggunakan nama baharu sebagai pemain utama. Pemain tersebut ialah Ritsu Doan ataupun Joan Ito.

Penyerang
Bagi posisi penyerang, kemungkinan besar Yoshinori Muto mungkin dipilih atas sebab pengalaman dan kualiti yang dimilikinya. Pemain skuad Newcastle United ini sedang mengharungi minggu-minggu sibuk di Liga Perdana Inggeris. Pemain ini bakal jadi penyerang utama di Piala Asia.


Rumusan
Walaupun Jepun hanya membawa 10 pemain dari skuad Piala Dunia. 10 pemain ini masih kekal sebagai pemain pilihan utama.
13 pemain baharu yang diperkenalkan dalam perlawanan persahabatan majoritinya sudah diberi minit yang cukup dan posisi dan peranan mereka telah dikenal pasti melalui 5 perlawanan persahabatan tersebut.

Perancangan  yang dilakukan oleh Jepun merupakan sebuah pelan yang cukup terancang. Mereka menggunakan perlawanan persahabatan dengan sebaik mungkin untuk mengesan pemain-pemain baharu. Selepas Piala Dunia berlalu, mereka telah mempunyai pelan khusus yang dilaksanakan sejak 6 bulan lalu melalui 5 siri perlawanan persahabatan.

Penulis: Omar Khayyam


Post a Comment

0 Comments