"Kami bersedia membawa seorang pemain bintang antarabangsa.
Pemain tersebut pastinya seorang pemain yang akan menjadikan saingan A-League
lebih istimewa”
Pemain bintang tersebut akan diletakkan dalam kategori ‘marquee
player’ iaitu pemain yang bebas daripada kekangan ‘peraturan perbelanjaan kelab’. Kenyataan tersebut bermaksud West Melbourne bebas memenuhi tuntutan gaji yang dikehendaki oleh pemain tersebut tanpa terikat dengan peraturan had gaji A-League.
Antara nama besar yang hangat dikatakan menjadi percaturan
pengurusan West Melbourne ialah dua pemain kebangsaan Sepanyol iaitu Fernando
Torres dan Cesc Fabregas.
Fernando Torres menjadi sasaran utama West Melbourne pada musim depan.
Setelah mengumumkan projek pembinaan sebuah stadium berkapasiti
20,000 orang di Tarneit, pihak pengurusan juga mengumumkan mereka akan bekerjasama dengan
ejen bola sepak terkenal iaitu Lou Sticca untuk membantu West Melbourne mendapatkan
bintang terkemuka dunia ke kelab Melbourne tersebut.
Lou Sticca merupakan seorang ejen terkenal yang telah berjaya
membawa beberapa nama besar ke A-League. Antara pemain terkemuka yang pernah dibawanya ke A-League ialah Alessandro Del Piero, Dwight Yorke,
Kazu Miura dan Shinji Ono.
Selain menjadi ejen, Sticca juga memainkan peranan
membawa kelab-kelab Eropah seperti Juventus, Liverpool, Arsenal dan Chelsea
mengadakan perlawanan persahabatan di Australia.
Sticca (duduk di antara pengurus Chelsea, Maurizio Sarri dan jurulatih Perth Glory, Tony Popovic akan berusaha membawa pemain bintang ke West Melbourne. Foto:Getty images
Selain Fernando Torres (Sagan Tosu) dan Cesc Fabregas
(Chelsea), West Melbourne juga menyasarkan untuk memancing nama-nama besar lain
yang akan tamat kontrak bersama kelab masing-masing pada tahun 2019. Pemain - pemain
tersebut ialah Zlatan Ibrahimovic (LA Galaxy), Wesley Sneijder (Al-Gharafa),
Mario Balotelli (Nice) dan Arjen Robben (Bayern Munich).
Kapten Celtic FC, Scott Brown juga dikatakan hampir pasti
menyertai West Melbourne musim depan, manakala West Melbourne juga sedang
berusaha untuk mendapatkan pemain sayap, skuad kebangsaan Australia, Mathew
Leckie yang kini beraksi buat Hertha Berlin di Jerman.
Alessandro del Piero merupakan salah seorang 'marque player' yang berjaya dibawa oleh Sticca ke A-League
Selain pemain bintang dunia dan Mathew Leckie, West
Melbourne juga akan memancing beberapa pemain dari Liga Premier Nasional (NPL) untuk diserap ke
kelab tersebut. Kelab yang memilih warna merah dan putih sebagai warna utama pasukan tersebut, masih belum memiliki nama rasmi kelab dan logo kelab.
“Perkara tersebut akan kami serahkan kepada peminat, kami
yakin kelab ini akan menjadi pujaan penduduk di sini dan kami akan mencapai
kejayaan”
BINTANG BOLA SEPAK YANG MENJADI SASARAN WEST MELBOURNE
Scott Brown (Celtic, 33 tahun)
Pemain bepengalaman ini mampu meninggalkan impak besar di A-League melalui semangat kepimpinan dan sifat agresifnya.
Fernando Torres (Sagan Tosu, 34 tahun)
Beliau hampir-hampir menyertai Sydney FC sebelum beralih arah ke Jepun.
Mario Balotelli (Nice, 28 tahun)
Mario banyak menjaringkan gol di Perancis dan kehadirannya pasti menjadi 'box office' di A-League.
Arjen Robben (Bayern Munich, 34 tahun)
Bintang Belanda ini sedang mempertimbangkan masa depannya, namun beliau hampir pasti meninggalkan Bayern Munich.
Wesley Sneijder (Al-Gharafa, 34 tahun)
Bekas pemain Inter Milan, Real Madrid dan Belanda ini menguasai liga Qatar dan boleh menjadi pilihan paling realistik.
Zlatan Ibrahimovic (LA Galaxy, 37 tahun)
Zlatan telah menandatangi kontrak lanjutan dengan LA Galaxy, namun beliau boleh memilih untuk berhijrah pada musim hadapan.
Cesc Fabregas (Chelsea, 31 tahun)
Bekas pemain Sepanyol, Arsenal, Barcelona dan Chelsea ini sedang berkira-kira untuk meninggalkan Stamford Bridge.
Baca juga: Western Melbourne Group dan Macarthur South West Sydney Komited Terhadap Saingan A-League
Baca juga: Western Melbourne Group dan Macarthur South West Sydney Komited Terhadap Saingan A-League
0 Comments