ALAMAK... ULAT TIKET SUDAH JADI ULAR!!


ULAT TIKET MASIH BERMAHARAJALELA...

'Ulat-ulat tiket kini benar-benar seperti ular, mereka membelit dan cuba terus membelit pembeli yang tersepit antara keinginan dan kekangan kewangan'

Setelah beberapa jam kaunter tiket Stadium Bukit Jalil ditutup, maka pada hening malam ini, keluarlah ulat - ulat tiket berkeliaran di laman sosial Facebook. Modus operandi mereka adalah dengan memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan tiket mereka seperti ‘mereka ada 'last minute' mesyuarat ataupun kenduri kahwin yang mesti dihadiri oleh mereka’. Namun, apa yang peliknya ialah tiket yang hendak dilepaskan ialah 5 keping tiket. Takkanlah kesemua pemegang tiket mahu melepaskan tiket dek salah seorang daripada mereka terpaksa membatalkan hasrat untuk pergi menonton perlawanan akhir nanti?)

Sudah-sudahlah tu Arif

Pihak FAM telah menasihatkan semua peminat agar tidak membeli tiket daripada ulat-ulat ini, agar mereka tidak mengalami kerugian. Nasihat tersebut adalah nasihat yang baik. Masalahnya mampukah kita untuk menahan godaan ini?



Pada pengamatan saya, tidak ramai dalam kalangan penyokong bola sepak tegar yang mampu berbuat begitu, ya? (walaupun perlawanan ini disiarkan secara langsung di televisyen)

Sebagai peminat bola sepak yang sejati, kita sedia maklum bahawa, perasaan dan suasana menyaksikan perlawanan bola di stadium amat berbeza sekali berbanding dengan menonton perlawanan bola sepak di televisyen. Oleh itu, kalau boleh, kita pasti akan pergi ke stadium juga dengan apa juga caranya... dalam bahasa orang putih, 'by hook or by crook.'

 Penyokong beratur untuk membeli tiket perlawanan AFF Suzuki 2018

Bagi pendapat saya, ulat-ulat ini memang tidak takut pada Tuhan.

Mereka ini oportunis!

Mereka tamak haloba!

Mereka tidak berperikemanusiaan!

Mereka hanya mementingkan diri sendiri sahaja!!! Tempoh hari saya bilang kepada kawan saya bahawa saya TIDAK akan membenarkan anak perempuan saya (jika ada) menjadi isteri kepada ulat-ulat ini. Dengan sifat-sifat sedemikian rupa, sebagai seorang bapa yang berfikiran waras, bapa tersebut sudah tentu tidak akan mengorbankan masa depan anak perempuannya kepada orang yang tidak berprinsip dan beretika ini. Jauh sekali, takut kepada Tuhan.

Untuk ulat-ulat ini, saya tidak berupaya menyekat kerja-kerja terkutuk mereka; tetapi untuk pihak peminat bola seperti saya, kamu dan kalian, mungkin saya boleh nasihat agar tidak beli tiket daripada mereka.  Jujur saya katakan kalau saya tidak ada tiket untuk perlawanan akhir ini, saya sanggup duduk di rumah dan menonton siaran langsung di televisyen.


Foto: BH Online

Jika perlakuan ulat-ulat ini dikutuk oleh masyarakat umum disebabkan oleh ciri-ciri terkutuk yang disebutkan tadi, bagaimanakah pula dengan kita?

Apakah label yang harus kita berikan kepada diri sendiri kalau kita juga bersubahat atau bersekongkol dengan ULAT-ULAT ini dengan membeli tiket daripada mereka?

Bukankah kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan mereka?

Tiada beza antara kita dengan mereka kan? Secara langsung kita juga menggalakkan mereka untuk bergiat aktif dalam kerja-kerja terkutuk ini lagi pada masa hadapan. Memanglah ada 'market' untuk kerja ini. Kalau ada permintaan maka adalah penawarannya.

Saya tertanya-tanya, bagaimanakah ulat-ulat ini boleh tidur nyenyak sedangkan mereka menghisap darah para peminat bola sePak tanah air tanpa belas kasihan.

Alangkah kasihannya kepada para peminat bola sepak lebih-lebih lagi kepada para peminat yang terpaksa bermalam di perkarangan stadium. Takkanlah ulat-ulat ini tidak ada langsung rasa 'conscience'  terhadap sesama insan...???




Oh Ya, saya terlupa... mereka ini ulat..


ULAT!

ULAT!!

ULAT!!!


Ulat manalah ada perasan kasihan kepada persekitaran, ulat akan terus makan dan terus memakan apa sahaja.
Maka, menjadi tugas kita untk menghapuskan ulat-ulat ini. Janganlah kita bersubahat dengan ULAT-ULAT ini.

# Jangan marah saya kalau tidak setuju.. Pendapat ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja.

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi saudara Kenneth Chew yang merupakan penyokong setia bola sepak Malaysia yang berbangsa Cina.

Post a Comment

0 Comments