Foto: goal.com
Semua pemain memainkan
peranan mereka. Sebagai penyokong Penang saya amat berbangga dengan pencapaian
dan peningkatan mainan Syamer Kutty. Semalam beliau memang bagus dengan memberi
bantuan kepada serangan dan pertahanan.
Walauapapun kita
sepatutnya boleh menang dengan 2-0 tetapi seperti tajuk laporan Mingguan
Malaysia, serangan kita kurang tajam.
Pada hemat saya, jangan
kita terlalu kritikal, tidak seperti Shabby Singh yang mengatakan dalam
komentarnya terhadap Sumareh, 'Kita ambil pemain naturalisasi untuk
menjaringkan gol. Kalau beliau seperti pemain tempatan, yang tidak berupaya
menjaringkan gol buat apa kita pilih dia...? "
Agak keras komen Shebby
Singh. Dalam permainan bolasepak, ini perkara biasa... penyerang akan 'miss
sitters', yang penting Sumareh dapat mengucar-kacirkan pertahanan Thai, dan
dapat beri ruang kepada penyerang lain menjaringkan gol.
Saya pasti Ah Hoe akan
cuba sedaya upaya mempertajamkan barisan serangan. Tanpa peningkatan di
bahagian ini pasti kita tidak akan berjaya melangkah ke peringkat akhir nanti.
Apa yang lebih
membimbangkan adalah barisan pertahanan kita yang rapuh. Setiap kali serangan
Thai, setiap kali jantung saya berdegup kuat. Apatah tidaknya, pertahanan kita
seperti tidak berjaya mengekang serangan pantas Thai. Barisan pertahanan kita
mesti lebih padu dan 'quick on the feet and on the toes always.' Rapatkan saf
kita. Kalau tidak, kita akan dihukum di Bangkok nanti.
Foto: The Sport Digest
Kita juga jangan
terlalu mudah dibuai dengan 'kejayaan' ini yakni kita sudah setaraf dengan
Thailand. Perlu ingat beberapa tonggak utama mereka tidak menyertai Piala
Suzuki ini: lagipun dari awal lagi, pegawai FA Thai sudah mengatakan mereka
akan tumpu perhatian kepada Piala Asia nanti. Lagipun, kalau tidak silap, Piala
Suzuki ini tidak akan memberi impak pada kedudukan FIFA.
Apapun, kita sepatutnya
meraikan prestasi terkini Harimau Malaya kerana sudah ada jelmaan bayang-bayang
'road map' F-30 di depan mata kita.
Ayuh... HARIMAU
MALAYA!!!
Pandangan ikhlas Kenneth Chew
Penyokong setia Harimau Malaya
0 Comments