Pada musim panas 1997, Emmanuel Petit telah mengadakan
perbincangan peribadi dengan pengerusi Spurs pada ketika itu iaitu Sir Alan
Sugar (Lord Sugar) yang dalam perbincangan memikat Petit untuk menyarung jersi Spurs.
Perbincangan peribadi tersebut dapat dikesan oleh wakil Arsenal yang juga
meminati pemain tersebut. Selain itu, gergasi Scotland iaitu Glasgow Rangers
juga sedang berusaha untuk memancing Petit ke Glasgow.
Satu mesej telah
dihantar kepada Petit agar tidak menurunkan tandantangan untuk mewakili Spurs
sebelum bertemu dan melakukan perbincangan dengan Arsene Wenger.
Sir Alan Sugar berhasrat bertemu dengan Petit di England tanpa mengetahui pesaingnya tersebut mengekori rapat usaha mereka. Foto: Rexmailpix
Setelah mendapat mesej tersebut, Petit memberitahu Sir Alan
Sugar bahawa beliau meminta sedikit masa untuk memikirkan tawaran daripada
Spurs dan ingin meminta diri untuk pulang ke hotel.
Sir Alan Sugar pada ketika
itu, yang dalam keadaan amat yakin bahawa Petit akan menyertai mereka di White
Lane, dengan baik hatinya telah memanggil sebuah teksi untuk menghantar Petit
pulang ke hotel.
IRONI-nya Spurs sendiri yang telah menghantar Petit untuk
bertemu Arsene Wenger dan Dein. Petit sebenarnya telah mengubah perjalanan
teksi tersebut dan beliau terus bertemu dengan Wenger di suatu tempat yang
lain.
Setelah pertemuan dengan Wenger dan Dein, Wenger berjaya
meyakinkan Petit bahawa Arsenal adalah kelab yang terbaik buat dirinya
berbanding Spurs dan Glasgow Rangers (Rangers).
Petit dan Overmars banyak membantu merealisasikan percaturan dan taktikal Arene Wenger semasa permulaan era Revolusi Perancis di Arsenal. Foto: EPA
Akhirnya Petit menyertai
Arsenal dan bermulalah era Revolusi Perancis di Arsenal apabila Wenger membawa
masuk Vieira, Grimandi dan Anelka ke dalam skuad British ini dan mereka berjaya
meraih kejuaraan Liga Inggeris, Piala FA dan mara ke perlawanan separuh akhir
Piala Liga pada musim tersebut iaitu musim 1997/1998.
0 Comments