DUA KELAB BAHARU SYDNEY DAN MELBOURNE BAKAL MEWARNAI A-LEAGUE


A-League, yang wujud hasil daripada penguburan Liga Bolasepak Nasional (NSL) pada tahun 2004 bakal menerima keluarga baharu apabila dua buah kelab baharu akan diwujudkan mulai musim 2019/2020 dan 2020/2021
Sepuluh buah kelab bersaing sesama sendiri dalam saingan A-League 2018/2019
Pengumuman tersebut diumumkan oleh CEO Federasi Bolasepak Australia (FFA) David Gallop petang tadi (13 Disember 2018). FFA menjelaskan bahawa keputusan pemilihan pemenang lesen A-League itu dilakukan setelah pihaknya membuat penilaian teliti terhadap proposal para pembida.
Idea untuk menambah jumlah kelab yang bersaing dalam A-League telah bermula setahun lalu dan pelbagai spekulasi wujud berkaitan pihak yang bakal memenangi bidaan terhadap lesen A-League. 
Rancangan penambahan jumlah kelab di dalam A League dilakukan bagi mewujudkan komuniti bola sepak yang lebih besar di negara kanggaru tersebut, di samping membuka cabang perniagaan yang lebih luas.
Kumpulam komuniti penyokong bola sepak merupakan nadi utama A-Leagu3. Foto: A-league.com.au
FFA juga percaya, penambahan jumlah kelab bakal memberikan peluang yang lebih besar kepada para pemain bola sepak tempatan untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Setelah penilaian dilakukan selama berbulan-bulan, akhirnya lesen penyertaan A-League tersebut telah dimenangi oleh dua pihak pembida iaitu Western Melbourne Group dan Macarthur South West Sydney. 
Kedua-dua buah pihak berjaya menewaskan calon popular, kelab South Melbourne FC yang terletak berdekatan dengan Albert Park, Selatan Melbourne. South Melbourne merupakan antara kelab berpengaruh di Australia dan telah dinamakan kelab paling berjaya Oceania sepanjang zaman. 
South Melbourne merupakan kelab pertama Oceania yang layak bersaing dalam Piala Kelab Dunia 2000 di Brazil.
A-League bakal disertai oleh 11 buah pasukan pada musim 2019/2020 manakala 12 buah kelab akan beraksi dalam saingan A-League musim 2020/2021.
Hasil kemenangan Western Melbourne Group dan Macarthur South West Sydney akan menyaksikan kawasan penduduk di Barat Melbourne dan Barat Daya Sydney tersebut akan mempunyai wakil dalam  A-League buat kali pertama.
Kedudukan terkini A-League
Baca juga: WEST MELBOURNE GROUP DAN MACARTHUR SOUTH WEST SYDNEY KOMITED TERHADAP SAINGAN A-LEAGUE

Post a Comment

0 Comments