foto: the afc.com
Antara langkah premier yang diambil oleh PFF untuk ‘membaiki’ bola sepak
Filipina yang rosak teruk adalah dengan membawa pulang para pemain luar yang
berdarah kacukan Filipina untuk menyertai pasukan kebangsaan. Antara pemain
berdarah kacukan paling popular yang melalui proses naturalisasi tersebut ialah
Phil dan James Younghusband. Phil dan James yang lebih dikenali sebagai
Younghusband bersaudara menjadi lambang kebangkitan bola sepak Filipina. Namun
begitu, siapakah individu yang bertanggungjawab merintis sejarah karier bola
sepak adik beradik Younghusband (Phil Younghusband dan
JamesYounghusband) bersama dengan skuad kebangsaan Filipina?
Pihak manakah yang bertanggungjawab mengesan bahawa di Eropah terdapat kewujudan para pemain berdarah campuran Filipina ini yang dapat memberikan sinar harapan kepada bola sepak Filipina?
Adakah para pencari bakat bola sepak yang telah berjaya mengesan bahawa Filipina mempunyai pemain bola sepak berdarah campuran di United Kingdom yang boleh dibawa pulang bagi memberikan ‘nyawa, kepada bola sepak Filipina kian terpadam hayatnya? Adakah Federasi Bolasepak Filipina (PFF) merupakan pihak pertama yang melakukan usaha menjejak Phil Younghusband dan JamesYounghusband untuk direkrut bagi menyertai skuad ‘The Azkals’ atau adakah para jurulatih kelab bola sepak Filipina seperti Ceres Negros, Kaya FC dan Global FC yang melakukan usaha melamar pasangan adik- beradik ini?
FOOTBALL MANAGER

Sebenarnya
individu yang bertanggungjawab membawa pasangan adik beradik ini ke bumi Filipina ialah seorang pemain permainan komputer ‘FOOTBALL MANAGER’ yang tidak dikenali telah berjaya mengesan susur galur Yonghusband bersaudara. FOOTBALL MANAGER merupakan sebuah permainan komputer yang berasaskan pengurusan bola sepak. Pemain permainan komputer ini akan memainkan peranan sebagai pengurus sebuah pasukan bola sepak yang berperanan mengurus para pemain dan melakar taktikal bola sepak pasukannya. Pengurus pasukan juga akan dibantu oleh pembantu pengurus, para jurulatih dan pencari bakat yang berperanan mencari bakat baharu bola sepak di seluruh pelosok negara, benua mahupun segenap ceruk dunia.
Maka, sewaktu pemain tersebut ‘bertugas’ sebagai pengurus kelab bola sepak dalam permainan Football Manager 2005 (FM2005), beliau telah berjaya mengesan kewujudan Younghusband bersaudara melalui tugasan 'scouting' yang dilakukan oleh para ‘pencari bakat kelab kendaliannya. Pada waktu itu, Phil baru berusia 18 tahun manakala James berusia 19 tahun dan kedua-duanya bermain di Akademi Bolasepak Chelsea.
Berita penemuan tersebut yang dilakukan oleh pemain Football Manager ini tersebar pantas sehingga berita tersebut sampai ke telinga Federasi Bola Sepak Filipina (PFF). PFF telah mengambil inisiatif untuk melakukan tindakan susulan dengan menghubungi kedua-dua orang pemain ini lantas mendaftarkan mereka sebagai pemain pasukan kebangsaan Filipina. Younghusband bersaudara pernah mendedahkan bahawa wakil Federasi Bolasepak Filipina telah hadir ke Chelsea untuk melamar mereka bermain buat Azkals. Setelah memikirkan peluang dan faedah yang bakal diterima oleh mereka untuk mewakili pasukan kebangsaan, James dan Phil akhirnya bersetuju untuk terbang ke Manila.
Apabila mereka tiba di Filipina, mereka diberitahu tentang suatu perkara yang memeranjatkan. Pihak PFF memberitahu bahawa seorang pemain permainan 'FOOTBALL MANAGER' telah berjaya mengesan susur galur Younghusband bersaudara apabila menemukan maklumat mengenai diri adik beradik tersebut di dalam permainan FM2005. Mereka berdua amat bersyukur kerana permainan tersebut telah membawa mereka kembali ke Filipina.
Foto: wikipedia.org
YOUNGHUSBAND BERSAUDARA MENJADI FENOMENA DI FILIPINA
Nama kedua-dua orang pemain separa England-Filipina dari Surrey,
sebuah kota kecil di dekat London, England itu melonjak naik apabila Younghusband bersaudara dan seorang lagi pemain kacukan
England-Filipina iaitu Phil Greatwich terpilih untuk mewakili skuad Filipina bawah 23 tahun dalam Sukan Sea 2005
di Manila. Walaupun James Younghusband berjaya mencetak dua gol buat Filipina,
namun Filipina tersingkir daripada saingan Sukan Sea apabila hanya berjaya meraih
satu kemenangan ke atas Kemboja manakala tewas kepada Thailand dan Malaysia.
Sejak daripada tarikh itu nama Younghusband bersaudara menjadi cukup popular di
Filipina dan setahun kemudian mereka dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan
Filipina.
Foto: Fritz Dalida
Setelah berhijrah dari England ke Filipina, kedua-dua Younghusband telah
beraksi buat beberapa kelab di England dan Filipina, kini mereka beraksi buat kelab
liga tempatan Filipina iaitu Davao Aguilas sejak 2017. Setelah 13 tahun bersama
skuad kebangsaan Filipina, James Younghusband yang James Younghusband telah mencatat 97 caps
bersama skuad senior Filipina manakala Phil Younghusband merekodkan 102 kemunculan
bersama The Azkals dan merupakan penjaring gol terbanyak dalam sejarah skuad
kebangsaan Filipina iaitu dengan 52 gol.
Kehadiran kedua-dua orang pemain kacukan ini ibarat perintis kepada kemasukan beramai-ramai pemain kacukan naturalisasi ke skuad Filipina hingga berjaya merubah wajah landskap bola sepak Filipina daripada sebuah pasukan belasahan kepada pasukan yang dihormati di rantau Asia Tenggara.

Foto: foxsports.ph
0 Comments