FASA-FASA PERTANDINGAN LIGA JUARA-JUARA ASIA (AFC) 2019


Liga Juara-Juara Asia (AFC) 2019 yang merupakan kejohanan peringkat kelab terbesar di benua Asia akan membuka tirai saingan bermula pada 5 Februari 2019 hingga 24 November 2019.  Sebanyak 55 buah pasukan seluruh Asia akan mengambil bahagian dalam kejohanan yang melibatkan beberapa fasa pertandingan iaitu kelayakan peringkat awal pusingan pertama (preliminary round 1), peringkat awal pusingan ke-2 (preliminary round 2)kalah mati (Playoff) dan saingan peringkat kumpulan (group stage).
Foto: goal.com
SAINGAN PERINGKAT KUMPULAN (GROUP STAGE)
Sejak 2009 hingga kini, Federasi Bolasepak Asia (AFC) telah menetapkan bahawa hanya 32 buah kelab yang akan layak bersaing dalam saingan peringkat kumpulan (group stage) dan kelab-kelab tersebut akan dibahagikan kepada dua zon besar iaitu zon Barat dan Zon Timur.
*Zon Barat = WEST       Timur = EAST
Daripada 32 buah kelab tersebut, 24 buah kelab akan layak ke pusingan peringkat kumpulan secara kelayakan automatik manakala 8 buah pasukan akan layak melalui saingan kelayakan.

Foto: ifpnews.com

KELAYAKAN AUTOMATIK
24 buah kelab yang layak secara automatik merupakan 12 buah pasukan dari Zon Barat (WEST) dan 12 buah pasukan dari Zon Timur (EAST). Kelab-kelab tersebut mendapat kelayakan automatik berdasarkan ENAM ranking MA tertinggi negara bagi setiap zon Barat dan Timur (WEST dan EAST)


Kedudukan Rangking MA (Enam tertinggi)
WEST: Qatar, UAE, Iran, Saudi Arabia, Uzbekistan, Iraq
EAST: China, South Korea, Japan, Thailand, Australia, Malaysia

Pecahan pasukan-pasukan yang layak ke Liga Juara-Juara Asia (AFC) secara automatik:
WEST: 3 UAE, 3 Saudi Arabia, 2 Qatar, 2 Iran, 1 Uzbekistan, 1 Iraq
EAST: 3 South Korea, 3 China, 2 Japan, 2 Australia, 1 Thailand, 1 Malaysia

WEST


Group A
Al- Wasl (3rd UAE)
Al-Zawraa SC (1st Iraq)
Winner Play-Off (W3.4)
Winner Play-Off (W3.2)


Group B
Al-Ittihad (Saudi Arabia-Kings Cup champion)
Al-Wahda (2nd UAE)
1st Uzbekistan
Winner Play-Off (W3.3)
Group C
Al-Duhail (1st Qatar)
Al-Hilal (1st Saudi Arabia)
Al-Ain (1st UAE)
Esteghlal Tehran (Iran-Hazfi Cup champion)
Group D
Persepolis (1st Iran)
Al-Sadd (2nd Qatar)
Al-Ahli SC (2nd Saudi Arabia)
Winner Play-Off (W3.1)

EAST


Group E
3rd South Korea
Johor Darul Ta'zim (Malaysia)
Winner Play-Off (E3.4)
Winner Play-Off (E3.2)


Group F
Guangzhou Evergrande (2nd CSL China)
2nd South Korea
Melbourne Victory (Australia-Championship champion)
Winner Play-Off (E3.3)

Group G
2nd Japan
3rd China
Jeonbuk Hyundai (1st South Korea)
Buriram United (1st Thailand)
Group H
Sydney FC (Australia-Premiers champion)
Kawasaki Frontale (1st Japan)
Shanghai SIPG (1st China)
Winner Play-Off (E3.1)

SAINGAN KELAYAKAN
Bagi memilih baki 8 buah kelab yang akan layak ke peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Asia (AFC) pula, saingan akan dibahagikan kepada 3 peringkat saingan kelayakan iaitu:

Preliminary round 1 (6 pasukan) à Preliminary 2 (16 pasukan) à Playoff (8 pasukan)

PRELIMINARY ROUND 1
Kelayakan peringkat awal pusingan pertama (Preliminary round 1) melibatkan enam buah pasukan dari negara yang memiliki ranking MA lebih rendah di Zon Barat dan Timur. Preliminary round 1 akan membuka tirai pada 5 Februari 2019. Jadual perlawanan pusingan ini ialah:
WEST: 6 February 2019
W1.4: Al-Wehdat (1st Jordan) vs Kuwait SC (1st Kuwait)

EAST: 5 February 2019
E1.3: Ceres Negros (1st Philipines) vs Yangon United (1st Myanmar)
E1.4: Home United (2nd Singapore) vs 1st Indonesia

*Tiga pemenang akan layak ke peringkat awal pusingan ke-2 (preliminary round 2).

PRELIMINARY ROUND 2
Tiga buah kelab yang berjaya lolos dari kelayakan peringkat awal pusingan pertama (preliminary round 1) akan berhadapan dengan 13 buah kelab lain dari negara yang menduduki ranking MA peringkat pertengahan.

WEST: 12th February 2019
W2.12nd Uzbekistan vs Air Force Club (Al-Quwa Al-Jawiya) (2nd Iraq)
W2.2: FC AGMK (Uzbekistan Cup Champions) vs FC Istiklol (1st Tajikistan)
W2.3: Saipa FC (4th Iran) vs Minerva Punjab (1st India)
W2.4: Zob Ahan Esfahan FC (2nd Iran) vs Winner W1.4

EAST: 12th February 2019
E2.1: Perak TBG FC (2nd Malaysia) vs Kitchee SC (1st Hong Kong)
E2.2: Bangkok United (2nd Thailand) vs Hanoi FC (1st Vietnam)
E2.3: Chiangrai United (Thailand FA Cup champions) vs Winner E1.3
E2.4: Newcastle Jets (2nd A League) vs Winner E1.4 

*Lapan buah kelab yang berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam pusingan ini akan mara ke pusingan kalah mati (Playoff).

PLAY-OFF ROUND
Pusingan playoff merupakan saingan terakhir untuk menentukan LAPAN buah pasukan terakhir untuk mara ke saingan peringkat kumpulan (group phase) Liga Juara-Juara Asia 2019. Lapan pemenang daripada saingan pusingan awal kedua (preliminary ke-2) akan berhadapan dengan lapan wakil dari enam buah negara yang mempunyai ranking MA tertinggi untuk setiap zon (WEST dan EAST)

WEST: 20th February 2019
(Pemenang dari WEST preliminary round 2 vs 3 kelab ranking MA tertinggi WEST: Saudi Arabia, UAE, Qatar)

W3.1: Al-Nasr SC (4th UAE) vs Winner W2.1
W3.2: Al-Nassr FC (3rd Saudi Arabia) vs Winner W2.2
W3.3: Al-Rayyan (3rd Qatar) vs Winner W2.3
W3.4: Al-Gharafa (4th Qatar) vs Winner W2.4

EAST: 19th February 2019
(Pemenang dari EAST preliminary round 2 vs 3 kelab ranking MA tertinggi EAST South Korea, China, Japan)

E3.14th South Korea vs Winner E2.1
E3.2: 4th China vs Winner E2.2
E3.3: 3rd Japan vs Winner E2.3
E3.4: 4th Japan vs Winner E2.4

*Pemenang saingan W3.1 sehingga E3.4 akan layak ke peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Asia (AFC) 2019.
Setelah kesemua 32 kelab telah berjaya melayakkan diri ke peringkat kumpulan (group stage), Kelab-kelab tersebut dibahagikan  mengikut zon iaitu  16 buah kelab akan diletakkan dalam 4 buah kumpulan zon Barat (WEST), manakala 16 buah kelab dalam 4 buah kumpulan zon Timur (EAST). Tujuan kelab-kelab tersebut dibahagikan kepada dua buah kumpulan Zon Barat dan Timur (WEST dan EAST) adalah untuk mengurangkan beban kos dan jarak perjalanan yang jauh dalam kalangan negara Asia.
Foto: japantimes

RUMUSAN
1.   Juara liga Super Malaysia (MSL) 2018, Johor DT (JDT)  akan menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang berjaya beraksi dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (AFC). Kelab dari Liga Super Malaysia (MSL) akan beraksi secara automatik dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (AFC) 2019 dan 2020. Saingan Liga Juara-Juara Asia (AFC) merupakan platform terbaik buat JDT untuk meluaskan jenama mereka sebagai salah satu kelab profesional paling berpengaruh di Asia Tenggara.


2.    Bagi zon Timur, kumpulan H boleh dianggap sebagai kumpulan maut kerana menghimpunkan TIGA kelab juara liga  iaitu Sydney FC (juara Premiers A-League)
     Kawasaki Frontale (juara J-League) dan Shanghai SIPG (juara China Super League) dalam kumpulan yang sama.

3.    Lapan kelab yang akan mara ke saingan peringkat kumpulan ialah:

WEST
W3.1: Al-Nasr SC/2nd Uzbekistan/Air Force Club (akan beraksi dalam Group D)
W3.2: Al-Nassr Fc/ FC AGMK/ FC Istiklol (akan beraksi dalam Group A)
W3.3: Al-Rayyan/ Saipa FC/Minerva Punjab (akan beraksi dalam Group B)
W3.4: Al-Gharafa/Zob Ahan/Al-Wehdat/Kuwait SC (akan beraksi dalam Group A)

EAST
E3.1: 4th South Korea/**PerakTBG/Kitchee SC (akan beraksi dalam Group H)
E3.2: *4th China/Bangkok United/Hanoi FC (akan beraksi dalam Group E)
E3.3: 3rd Japan/Chiangrai United/Ceres Negros/Yangon United (akan beraksi dalam Group F)
E3.4 *4th Japan/Newcastle Jets/Home United/1st Indonesia (akan beraksi dalam GroupE)

**Jika layak ke peringkat kumpulan, Perak TBG akan ditempatkan dalam kumpulan H yang boleh dianggap sebagai kumpulan maut kerana menempatkan juara kebangsaan negara mereka iaitu Sydney FC, Kawasaki Frontale dan Shanghai SIPG.
*Calon pasukan yang akan beraksi dalam kumpulan yang sama dengan juara liga Super Malaysia (MSL) Johor DT

Foto: Perak FA

4.    Setelah kesemua fasa kelayakan tamat, saingan peringkat kumpulan akan menyusul.

5. Kesemua kelab dibahagikan kepada dua Zon iaitu Zon Barat dan Zon Timur. Sepanjang saingan peringkat kumpulan, pusingan 16 terbaik, suku akhir hingga separuh akhir, kesemua pasukan hanya akan bertemu lawan dari zon yang sama iaitu kelab dari Zon Barat bertemu kelab dari Zon Barat SAHAJA, dan sebaliknya. Hanya pemenang perlawanan Separuh akhir Zon Barat akan menentang pemenang Zon Timur dalam perlawanan akhir.

6.  Juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke pusingan 16 terbaik. Empat pemenang untuk setiap zon akan berentap dalam saingan suku akhir (8 terbaik). Empat pasukan terbaik dari setiap Zon akan bertembung sesama sendiri untuk menempatkan kelab mereka dalam pusingan separuh akhir.

      Contoh: 4 pasukan terbaik dari Zon Barat dan 4  pasukan terbaik dari Zon Timur bertembung antara satu sama lain di peringkat 8 terbaik (Suku Akhir) Liga Juara-Juara AFC 2016.   Foto: foxsportsasia

 7. Dalam pusingan separuh akhir, dua pasukan dari setiap zon akan berentap dalam pusingan separuh akhir. Perlawanan akhir akan menemukan pemenang separuh akhir dari setiap zon (WEST dan BARAT) dan juara akan ditentukan melalui perlawanan timbal-balik.

Rujukan:

Post a Comment

0 Comments