KIERAN TIERNEY SEMAKIN HAMPIR KE ARSENAL



Arsenal dilaporkan semakin hampir menandatangani bintang terhangat Celtic dan Scotland berusia 22 tahun iaitu pertahanan kiri bernama Kieran Tierney, apabila dikhabarkan telah berjaya mencapai persepakatan dengan Celtic berhubung dengan harga pemain muda tersebut.

Pada minggu lalu, Arsenal hampir-hampir gagal memeterai perjanjian dengan Celtic apabila kelab Scotland itu menolak tawaran £25 juta yang diberikan oleh kelab Utara London tersebut dan mengatakan pemain pertahanan kiri tersebut mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada nilai tersebut.

Perpindahan Tierney juga bersangkut-paut dengan hasrat Tierney sendiri yang mahu berhijrah untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris. Hasrat Tierney dipersetujui oleh juara Scotland itu dengan syarat Arsenal perlu membayar £5 juta lebih daripada tawaran yang diajukan oleh Arsenal.

Kieran Tierney sememangnya merupakan antara sasaran utama Unai Emery bagi memperbaiki kelemahan ketara Arsenal di bahagian pertahanan. Walaupun Unai Emery peka dan mengikuti rapat dengan laporan bahawa Tierney ada melakukan pembedahan berikutan kecederaan pada bahagian pelvik kiri beliau, namun beliau tetap optimistik bahawa kehadiran Tierney amat penting bagi membantunya melakukan penstrukturan semula pada bahagian pertahanan Arsenal.

Apakah pendapat anda wahai penyokong Arsenal bagi pengkhabaran terbaharu ini?

Minggu yang cukup sempurna buat kalian?

#Footballlads

Post a Comment

0 Comments