WHO'LL BE CROWNED AS THE 2019 A LEAGUE CHAMPIONS?



Oleh: HAIRI MOHD

Saingan A League bagi musim 2018/2019 semakin menghampiri ke garisan penamatnya. Dengan saingan liga berbaki 2 perlawanan, Perth Glory telah pun berjaya mengatasi saingan terdekat dari Sydney FC apabila ditabalkan selaku juara Premiers 2018/2019 dan menerima Premiership Plate.

Kini saingan kelab-kelab dilihat lebih kepada cabaran untuk menduduki enam tempat teratas untuk layak ke peringkat Final series. Enam pasukan akan bersaing secara playoffs untuk mara ke Grand Final Finale. Pemenang Grand Final Finale akan meraih gelaran juara Championship 2019 sekaligus dinobatkan sebagai JUARA A LEAGUE 2018/2019.

Adakah juara bertahan A League 2018 iaitu Melbourne Victory akan mengekalkan kejuaran sebagai juara liga bola sepak Australia atau juara baharu Premiership akan mencipta kejuaraan berganda dengan memenangi juara Championship?
Beberapa kelab pernah meraih gelaran juara berganda (Premiers dan Championship) sebelum ini namun hanya dua buah pasukan yang berjaya mencatat dua kejuaraan berganda.

Pasukan tersebut ialah Melbourne Victory dan Sydney FC yang berjaya mencipta gelaran juara berganda Premiers dan Championship sebanyak dua kali berturut-turut. Melbourne Victory mencatat dua gelaran juara berganda pada musim 2006/07 dan 2008/09 manakala Sydney FC mencatat gelaran juara berganda pada musim 2009/10 dan 2016,17.

Juara Premiers dan Championship akan layak ke saingan Liga Juara-Juara AFC manakala pasukan n
aib juara Premiers perlu melalui fasa playoff untuk layak ke Liga Juara-Juara AFC.

Post a Comment

0 Comments