BEBERAPA STATUS PEMAIN BOLA SEPAK YANG KERAP DISALAH ERTIKAN


Terdapat beberapa istilah yang digunakan untuk merujuk status seseorang pemain bola sepak yang kerap disalah ertikan penggunaannya sehingga menimbulkan kekeliruan.


PERNIAGAAN MELIBATKAN URUS JUAL BELI PEMAIN

Mana-mana pemain yang berpindah ke kelab baharu dengan melibatkan sejumlah wang atas persetujuan kedua-dua buah pihak tanpa melanggar sebarang syarat yang dikenakan oleh badan pentadbir bola sepak negara dan FIFA. Perpindahan pemain ke kelab baharu boleh melibatkan proses pembayaran pampasan, penebusan kontrak, atau perjanjian bersyarat (melibatkan pemain skuad pembangunan atau pemain skuad utama).

Namun, di sebalik urusan perpindahan pemain dari sebuah kelab kepada kelab lain yang mampu menjana keuntungan buat pasukan, muncul juga polemik yang melibatkan penyokong yang mempersoalkan kesetiaan pemain terhadap negeri/kelab kelahiran pemain tersebut. Terdapat juga penyokong yang terlalu takub hingga timbul rasa kebencian terhadap pemain anak homegrown mereka.





PEMAIN HOMEGROWN

Pemain muda dari negeri/kelab lain yang diserap masuk ke akademi/pasukan remaja pasukan negeri/kelab baharu dan dilatih sehingga pemain ini berjaya menembusi pasukan beliau dan pasukan utama kelab baharu tersebut. Pemain anak jati juga dikategorikan sebagai pemain homegrown.

Jika di luar negara perpindahan pemain homegrown membawa keuntungan kepada kedua-dua belah pihak iaitu pasukan asal kerana berjaya menjual pemain mereka manakala pemain pula dapat melebarkan sayap mereka ke pasukan lain.

Di Malaysia, seseorang pemain homegrown lebih gemar digelar sebagai pemain anak jati dan seperti suatu kebiasaan, pemain itu akan dicop ssbagai pemain yang perlu setia kepada pasukan negeri mereka selagi mereka mampu meninjolkan prestasi terbaik.


PEMAIN ANAK JATI (MALAYSIA SAHAJA)

Pemain yang dibentuk di dalam daerah di negeri terbabit sama ada melalui akademi kelab atau di peringkat sekolah. Selepas itu pemain tersebut dipilih untuk bermain dalam skuad beliau pasukan dan seterusnya berjaya menembusi pasukan utama negeri/kelab tersebut.


Di samping itu, terdapat juga kekeliruan dalam kalangan penyokong tentang istilah pemain naturalisasi dan pemain berdarah campuran. Kekeliruan ini juga mampu menimbulkan perdebatan yang tidak berasas.


PEMAIN BERDARAH CAMPURAN

Pemain yang lahir di negara asing namun mempunyai hubungan darah di negara asal induk mereka (keluarga). Pemain ini layak untuk diberikan taraf warganegara negara asal keluarga mereka dan  boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan selepas lulus proses naturalisasi ke atas mereka.


PEMAIN NATURALISASI

Pemain berasal dari negara lain yang diberikan kerakyatan/pasport untuk mewakili negara baharu setelah berjaya melengkapkan beberapa syarat-syarat khas seperti tinggal di negara baharu selama LIMA tahun. Pemain ini tiada sebarang ikatan darah dan susur galur keluarga dengan negara baharu tersebut. Pasukan tidak dikenakan kuota khas pemain naturalisasi. Maka kelab bebas membawa masuk seberapa banyak pemain naturalisasi yang mereka mahu. Taraf mereka adalah sama seperti pemain tempatan dan pemain berdarah campuran.


Sudah menjadi sesuatu yang wajib bagi seluruh liga di duniamenerima kemasukan tenaga asing/pemain import ke dalam liga mereka. Kehadiran mereka doanggap dapat menambahkan kualiti sesebuah liga kerana kualiti yang ada pada merkea melebihi kualiti pemain tempatan. Namun terdapat kuota khas terhadap pengambilan pemain asing demi menjaga perkembangan pemain tempatan dan membantu skuad negara menghasilkan pemain kebangsaan yang berkualiti.

Oleh itu di bawah ialah maksud pemain asing/import.

PEMAIN ASING/IMPORT


Pemain yang berwarganegara asing (bukan berpasport Malaysia) yang ditandatangani untuk mewakili sesebuah pasukan/kelab. Setiap kelab dikenakan kuota khas untuk membawa masuk sejumlah pemain asing ke dalam pasukan masing-masing.

KESIMPULAN

Sesungguhnya kesemua pemain di atas mempunyai peranan yang penting terhadap kelab masing-masing dan skuad kebangsaan (negara). Pihak pengurusan perlulah melakukan tugas dengan baik bagi membantu para pemain ini menonjolkan prestasi yang terbaik dengan menjaga kebajikan mereka. Di samping itu, pihak kelab/pasukan perlulah mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi dan melakikan urus niaga bola sepak yang sihat demi perkembangan perniagaan bola sepak di negara kita. 

Kecenderungan pasukan menandatangani pemain yang tamat kontrak tidak banyak membantu meningkatkan kemajuan industri bola sepak negara kerana pasukan asal pemain tidak dapat menerima keuntungan daripada perpindahan terbabit. Namun, hal ini berlaku disebabkan oleh pasukan/kelab sendiri yang tidak berani meletakkan jangka tempoh yang lebih panjang untuk kontrak seseorang pemain hingga menyebabkan pemain bebas berpindah ke kelab lain pada penghujung musim tanpa membawa sebarang keuntungan kepada kelab asal.

Post a Comment

0 Comments