SON HEUNG MIN, AIS KRIM DAN K-POP

Oleh: Hairi Mohd

Son Heung Min baru sahaja menikmati minggu-minggu cemerlang sepanjang kariernya musim ini. Son yang telah mencetak sebanyak 12 gol dan 5 bantuan gol dalam 26 perlawanan Liga Perdana Inggeris, menambah kegemilangan kariernya dengan dua gol ke atas Manchester City, sekaligus membantu Tottenham Hotspurs menyingkirkan pasukan pilihan tersebut daripada kejohanan paling berprestij di Eropah iaitu Liga Juara-Juara Eropah.

Kini, bekas pemain sayap Bayern Leverkusen tersebut meneruskan keceriaan tersebut dengan berlakon dalam iklan ais krim maracas untuk pasaran Korea. Video ais krim berperisa Vanilla dan berlabel SuperSon itu kian viral dan menjadi tontonan seluruh dunia. Sesetengah nyata gembira dengan video tersebut dan menyifatkan video tersebut menyerlah sisi lain Son yang merupakan pemain yang komited kepada kerjaya sebagai seorang pemain bola sepak.

Dalam video tersebut, Son yang memakai sehelai jeans dan baju bersaiz besar, dilihat menari dan membuat gerakan tangan yang 'catchy'. Banyak pihak mengaitkan gerakan tarian dan stailnya dalam video tersebut dengan identiti muzik K-Pop yang merajai industri muzik Korea Selatan dan Asia.

Namun terdapat juga sesetengah pihak yang menyifatkan video tersebut memburukkan kelas seorang pemain bola sepak profesional dan menganggap video tersebut adalah antara video iklan terburuk pada tahun ini.

Walaubagaimanapun, video tersebut mendapat pelbagai reaksi positif dari kalangan penyokong bola sepak terutamanya penyokong Spurs sendiri. Sebelum ini juga telah banyak pemain bola sepak terlibat dalam lakonan iklan produk yang tidak berkaitan dengan bola sepak dan sukan.

Diharap penyokong Manchester City dapat menerima hakikat bahawa lelaki yang membintangi iklan ini ialah lelaki yang sama yang telah membocorkan gawang pasukan kesayangan mereka tempoh hari seterusnya menewaskan Manchester City dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah 2018/2019.

* Teringat lakonan Safiq Rahim dalam iklan makanan kucing Power cat

Post a Comment

1 Comments

  1. para Member setia Fansbetting,
    untuk kalian para pecinta permainan casino online
    yang mungkin sedang mencari agen terpercaya dengan bonus rollingan yang besar
    kami menyarankan kepada kalian semua para member setia kami
    bahwa kami akan memberikan BONUS ROLLINGAN 0.70% untuk kalian semua
    dan langsung otomatis masuk ke dalam id kalian,
    jadi untuk kalian yang mau mencoba bonus ini dan ingin bermain di salah satu agen yang terpercaya
    kalian bisa bermain bersama kami . fansbetting.com
    * CLAIM NOW AND JOIN US *

    Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di:
    WA : +855963156245^_^

    Ayo tunggu apalagi !!

    ReplyDelete