MENJELANG LIGA 1 2019, KELAB INDONESIA MENYINGKIRKAN PEMAIN ASING KURANG BERDAYA SAING


Kelab-kelab Liga1 mula menyingkirkan pemain-pemain import yang ditandatangani beberapa bulan lalu dan mula mencari pemain-pemain import baharu untuk Liga1 2019/2020 yang akan bermula pada bulan Mei.

Pemain-pemain disingkirkan selepas aksi kurang meyakinkan dalam saingan Piala Presiden 2019 lalu. Sebenarnya tindakan pemain-pemain yang menerima tawaran bermain untuk Piala Presiden dianggap tindakan 'berani mati' kerana tawaran yang diterima sebelum Piala Presiden bukanlah janji bahawa mereka akan kekal untuk semusim.. Oleh sebab Piala Presiden bukanlah kejohanan yang diiktiraf FIFA dan pemain boleh diangggap 'mati katak' jika mengalami kecederaan dalam kejohanan tersebut.

Berdasarkan maklumat bekas para pemain yang pernah beraksi di Indonesia, sesetengah kelab menandatangani pemain asing dengan janji untuk meletakkan mereka dalam skuad Liga1 2019, namun mereka akan disingkirkan jika mengalami kecederaan atau prestasi kurang memberangsangkan. Pemain yang mengalami kecederaan kurang mendapat pembelaan dan yang disingkirkan pula sukar untuk mendapatkan kelab baharu kerana Piala Presiden tamat pada April manakala saingan liga di negara-negara lain telah bermula.

Sesetengah pemain yang mempuyai nilai pasaran akan menolak untuk menerima tawaran kelab Indonesia sebelum kejohanan Piala Presiden atau meletakkan syarat untik menyertai pasukan selepas saingan Piala Presiden.

Post a Comment

0 Comments