ISU PENGADIL MENGADILI PERLAWANAN MELIBATKAN NEGERI SENDIRI, FAM PERLU PANTAS MENJAWAB SEGALA PERSOALAN


Melalui suatu kenyataan pada Sabtu lalu (5 April 2019) pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, ACP (B) Md Dali Wahid dalam satu kenyataan pada Sabtu menegaskan bahawa perlawanan melibatkan pengadil dari Johor, Fitri Moskam yang mengadili perlawanan antara JDT dengan Felda United di Larkin, Johor BUKANLAH KALI PERTAMA berlaku dalam Liga Malaysia 2019. Menurut beliau FAM melihat status pengadil berdasarkan negeri tempat pengadil didaftarkan dan bukannya megeri kelahiran pengadil.

Sebelum ini telah berlaku hal yang sama di mana seorang pengadil mengadili perlawanan melibatkan negeri asal pengadil tersebut.


Antara pengadil tersebut ialah:

1. Mohd Amirul Izwan Yaacob (asal Kedah) - Kedah vs PKNS FC
2. Razlan Joffri Ali ( asal Terengganu) - Terengganu vs Perak
3. Nazmi Nasaruddin (asal Kuala Lumpur) Kuala Lumpur vs Pahang

Maka kes ditutup dan jawapan pihak FAM menangkis segala kritikan para pemerhati dan peminat yang kurang senang dengan hal tersebut. Rumusannya terlalu banyak perkara yang kita terlepas pandang namun kita hanya menyedarimya apabila melibatkan JDT.

Walau bagaimanapun, wujud persoalan mengapakah baru kini FAM tampil dengan jawapan berserti bukti dan statistik. Mengapakah FAM tidak muncul dengan jawapan dan kenyataan rasmi untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh pemilik JDT iaitu TMJ yang mempersoalkan pemilihan pengadil ke-4 yang berasal dari Kedah untuk perlawanan Kedah vs JDT di Alor Setar tempoh hari.


Jika FAM muncul dengan kenyataan rasmi untuk menjawab persoalan dan kenyataan TMJ, pasti para peminat akan sedia maklum dan kita dapat mengelakkan kontroversi, pembalahan dan ketidakpuasan hati para peminat bola sepak Malaysia tempoh hari.

Kita sedia maklum peminat dan pihak pengurusan juga kadang kala kurang arif tentang hal-hal berkaitan dengan perkara-perkara tertentu yang termaktub dalam peraturan FAM dan jawatankuasa pengadil FAM.

FAM seharusnya tampil dengan respon pantas terhadap segala persoalan yang dilemparkan tanpa mengira status pihak yang melemparkan persoalan sama ada peminat, pegawai pasukan, pemilik kelab mahupun para pemain sendiri demi mengelakkan sebarang isu salah faham antara peminat, pengurusan terhadap kredibiliti FAM.

Untuk rekod, TMJ sendiri pernah beberapa kali muncul dengan pelbagai persoalan berkaitan dengan pemgadilan bola sepak Liga Malaysia.

Dari sisi yang lain, sebagai Presiden FAM, bukankah TMJ lebih arif tentang FAM dan bukankah llebih baik jika TMJ melontar persoalan berkaitan status pengadil tersebut dengan merujuk kepada FAM dan tidak memuat naik status melalui media sosial?



Post a Comment

1 Comments

  1. para Member setia Fansbetting,
    untuk kalian para pecinta permainan casino online
    yang mungkin sedang mencari agen terpercaya dengan bonus rollingan yang besar
    kami menyarankan kepada kalian semua para member setia kami
    bahwa kami akan memberikan BONUS ROLLINGAN 0.70% untuk kalian semua
    dan langsung otomatis masuk ke dalam id kalian,
    jadi untuk kalian yang mau mencoba bonus ini dan ingin bermain di salah satu agen yang terpercaya
    kalian bisa bermain bersama kami . fansbetting.com
    * CLAIM NOW AND JOIN US *

    Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di:
    WA : +855963156245^_^

    Ayo tunggu apalagi !!

    ReplyDelete