GLORY! GLORY! GLORY! THIS IS OUR GLORY!


Oleh: Hairi Mohd

Congratulations Perth Glory!
Musim yang hangat buat para penyokong Perth terutamanya penyokong utama mereka iaitu Glory Shed Supporters Club (GSSC) yang pasti akan menghuni sudut di Perth Oval iaitu 'The Shed' setiap kali skuad 'The Glory' beraksi di halaman mereka. Akhirnya penantian panjang buat pasukan dari Barat Australia ini tiba di penghujungnya. Perth Glory akhirnya dinobatkan selaku juara Premiers A League 2018/2019.
Perth Glory meraih kejuaraan sulung A League mereka apabila menewaskan Newcastle Jets 1-0 petang tadi (14 April 2019) sekaligus mendahului Sydney FC di tangga kedua dengan lapan mata tatkala perlawanan liga masih lagi berbaki 2 perlawanan iaitu pada 21 dan 26 April nanti. Kejayaan kelab yang ditubuhkan pada tahun 1995 ini adalah yang pertama sejak menyertai A League pada 2015 iaitu pada musim inaugural A League iaitu pada musim 2005/2016.

Perth Glory menikmati 'Glory' pertama mereka.

DARI SINGAPURA KEMBALI KE AUSTRALIA DEMI GLORY
Perth Glory wujud buat pertama kali pada 1994 dengan nama Perth Kangaroos IFC pernah menyertai Singapore Premier League sebelum dibawa kembali ke Australia oleh usahawan Nick Tana untuk menyertai National Soccer League dengan nama yang baharu iaitu Perth Glory. Perth Glory merupakan satu daripada tiga kelab yang berjaya bertahan dalam bola sepak Australia daripada saingan National Soccer League (NSL) yang dikuburkan aksinya oleh Federasi Bolasepak Australia (FFA) beberapa tahun sebelum pembentukan A League.

Para pemain meraikan kejayaan memiliki perisai kejuaraan Premiers mereka.

THE GLORY MENYERTAI BARISAN SENARAI JUARA PREMIERS A LEAGUE 
Skuad yang diketuai oleh bekas pemain kebangsaan Australia iaitu jurulatih Tony Popovic, kini menyertai Adelaide Utd, Central Coast Mariners, Brisbane Roar, Sydney FC dan Melbourne Victory sebagai juara Premiers. Kini 'The Glory' perlu bersedia untuk perjuangan paling penting iaitu dalam saingan Grand Final series untuk dinobatkan sebagai Championship sekaligus bergelar JUARA A LEAGUE 2019.
Untuk rekod, Melbourne Victory memegang rekod sebagai pemenang terbanyak gelaran Premiers dan Championship iaitu dengan 3 gelaran Premiership dan 4 kali juara Championsjip sekaligus merupakan kelab paling berjaya dalam sejarah A League.

Kapten pasukan, Diego Castro meraikan penghormatan menerima perisai kejuaraan.

PERTH GLORY MENERJAH ASIA
Perth Glory bakal menjadi wakil pertama Australia dalam saingan AFC Champions League musim hadapan manakala wakil-wakil lain bakal ditentukan dalam saingan Grand Final nanti. Pencapaian terbaik kelab Australia dalam saingan tersebut adalah melalui Western Sydney Wanderes yang muncul juara pada musim 2014

Jurulatih pasukan, Tony Popovic meraikan kejayaan bersama-sama dengan para pemainnya.



p/s: Perth Glory pernah melakukan perlawanan persahabatan dengan kelab Malaysia iaitu Johor DT pada musim 2013, iaitu semasa The Glory di bawah bimbingan Alistair Edwards, yang kini bertugas sebagai Pengarah Sukan kelab JDT.

Poster Promo perlawanan persahabatan antara JDT menentang Perth Glory di Stadium Larkin pada tahun 2013

Post a Comment

0 Comments