SKUAD NEGARA b23 EDISI 2019-20 PENYAMBUNG LEGASI SKUAD 2017-18



Oleh: Omar Khayyam

Ketika Malaysia b23 melakukan kejutan dengan mara ke pusingan suku akhir Piala Asia 2018 rata-rata peminat bola sepak di Malaysi yakin dengan skuad itu.

Para peminat yakin pemain-pemain ini adalah prospek besar bagi membawa negara ke peringkat yang lebih baik pada masa depan.

Malaysia melakukan kejutan besar apabila menewaskan nama besar bola sepak di Asia, Arab Saudi pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.Seterusnya membawa pasukan itu bertemu satu lagi jaguh asia Korea Selatan.

Malaysia tewas 1-2.

6 bulan sebelum itu Malaysia tewas kepada kuasa bola sepak Asean Thailand 0-3 pada pusingan kelayakan tetapi berjaya menewaskan negara yang sentiasa mahu menunjukkan siapa lebih hebat, Indonesia.

Syafiq Ahmad, Jafri Firdaus Chew dan N.Thanabalan berjaya membuktikan Malaysia lebih jaguh pada ketika itu. Malaysia menundukkan Monggolia dan menjuarai kumpulan H pusingan kelayakan berada dihadapan Thailand dan Indonesia.

Peminat yakin pasukan ini berpotensi besar untuk masa hadapan, siapakah kumpulan pemain ini dan apa yang berlaku ke atas mereka selepas kejohanan 2018 itu.

...
PENJAGA GOL

Sebelum kejohanan Ifwat Akhmal Kassim sudah mempunyai nama di saingan domestik sementara itu Haziq Nazdli kekal berada dalam perancangan penjaga gol masa depan bersama pasukan masing-masing.

Kedua-dua pemain masih lagi mengekal status tersebut sepanjang 2018-2019. Ifwat kekal sebagai penjaga utama Kedah dan Haziq masih dibangunkan bersama Samuel Sommerville dan Earnest Wong di JDT II.

Ifwat bakal berada di skuad senior bagi menghadapi saingan Piala Airmarine sementara itu Haziq kekal bersama Ong Kim Swee bagi menghadapi cabaran pada kelayakan Piala Asia bersama Damien Lim. Penjaga gol b19 yang bersama Felda dinaikan ke skuad b23.

PERTAHANAN

Malaysia tidak terlalu merasai ketiadaan Matthew Davies kerana faktor kelayakan umur, Syahmi Safari juga sudah mempunyai reputasi baik di Liga M bakal meneruskan legasi pertahanan kanan.

Tempat yang ditinggalkan Syazwan Andik bakal direbut oleh pemain b19 negara Tasnim Fitri Nasir dan cabaran oleh 2 pemain Shahrul Nizam Hasni (Kelantan) dan Nazirul Afif Ibrahim (Perak).

Tasnim mempunyai pengalaman luas bersama skuad negara b19 sementara itu Shahrul sudah mempunyai banyak minit permainan di saingan domestik.

Trio 'emas' di pertahanan tengah pada edisi 2018 bakal menjadi cabaran besar kepada skuad 2019/20.

Dominic Tan menjadi pemain tunggal kekal bagi membina kombinasi baru bersama rakan sepasukan Hariz Kamaruddin (JDT), R.Dinesh (Pahang), Evan Wensley (Sabah), Amirul Asyraf Ariffin (UiTM) dan Ariff Rashid Ariffin (PKNS)

Kombinasi 2018 Adam Azlin-Irfan Zakaria-Dominic terlalu unggul untuk disaingi.

TENGAH

Pada musim 2017, Azam Azih adalah salah seorang pemain muda di Malaysia yang sedang mencapai klimaks prestasi. Azam membawa momentum tersebut bagi menggalas cabaran skuad negara.

Pasangan tetap beliau adalah Danial Amier Norhisham (Felda Utd), sementara itu Syamer Kutty Abba menjadi pelengkap gantian kepada 2 jeneral tersebut.

Dato Ong Kim Swee (OKS) masih lagi boleh membawa 2 dari 3 pemain tersebut.

Azam akan beralih ke skuad senior sementara itu Danial dan Syamer perlu menggalas cabaran skuad b23.

2 pemain b19 Danial Haqim (Kelantan) dan K.Thivandaran (PJC) bakal menjadi pilihan baik kepada OKS bagi mengemudi jentera tengah.

PENYERANG

Apa yang terbaik dimiliki dan pemain yang boleh dibawa oleh Malaysia pada edisi kali ini adalah trio serangan.3 pemain utama 2018 masih kekal berada dalam skuad 2019-20.

1. Safawi Rashid (JDT)
2. Akhyar Rashid (JDT)
3. Jafri Firdaus Chew (PKNS)

Pemain ini bertindak sebagai pemain pilihan utama OKS pada ketika itu sementara M.Kogileswaran (Pahang), Nik Akif Syahiran (Kelantan) dan N.Thanabalan (Kedah) menjadi pilihan ke-2.

Hanya N.Thanabalan tidak kekal pada edisi 2019-20, kekosongan itu bakal diisi oleh pemain yang berpengkalan di Jepun Hadi Fayadh dan seorang lagi dari Kelantan Nik Azli Alias.

Secara ringkas unit yang pertahanan tengah negara kali merupakan bahagian yang paling banyak berubah dan ingin dilihat bagaimana trio baru berfungsi. Sementara itu pertahanan sayap kiri bakal diuji dengan pemain baharu.

5 pertahanan baharu ini pasti akan dibandingan dengan kombinasi lama Dominic-Irfan-Dominic dan Davies-Andik.

Di seksyen tengah transisi pemain lama-baharu agak baik Azam-Norhisyam (Syamer) diganti dengan Norhisyam-Syamer (Thivandaran).

Dan sudah semestinya trio serangan OKS merupakan unit terbaik bakal dipertaruhkan pada pusingan kelayakan itu nanti.
...

Malaysia bakal menjadi tuan rumah -kumpulan J- pada sesi kelayakan ini, Shah Alam bakal menjadi saksi adakah skuad ini mampu menyamai pencapaian 2018.

Malaysia akan bertemu Filipina dan Laos sebelum menamatkan peringkat kumpulan menentang pasukan kuat, China. Perlawnana akan berlangsung selama 5 hari sebelum juara kumpulan disahkan terbang ke Bangkok bagi menyertai pusingan akhir pada Januari 2020.

4 + 1 atau separuh pasukan berada di tempat kedua dari 10 kumpulan akan melengkapkan 16 negara ke pusingan akhir Piala Asia b23.

Nota tambah: Statistik dibawah merupakan catatan yang dilakukan oleh 3 penyerang utama Malaysia b23 pada musim 2018, selepas pusingan akhir Piala Asia yang berlangsung pada Januari 2018.

Post a Comment

0 Comments