RED CARD TO RACISM

Oleh K.C

Itulah kain rentang (sebelah kiri) yang dibawa masuk ke padang sebelum perlawanan bolasepak Liga M dimulakan.

Menteri Sukan British, Mims Davies pernah mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

"Those involved in abuse are not football fans. They are using football as a cloak for discriminatory, and often criminal, behaviour. And they are not welcome in our stadiums."

Beginilah tegasnya kenyataan Menteri Sukan British mengenai makian atau kelakuan yang rasis ini di dalam konteks permainan bolasepak sama ada dilakukan oleh pemain ataupun penyokong.

Isu  makian berbaur rasis dalam kancah bolasepak bukanlah satu isu baharu. Ia sudah bertapak di dalam kancah bolasepak berpuluh tahun lamanya tetapi masih gagal diselesaikan oleh FIFA. Apa yang pasti FIFA sudah mula mengorak langkah dengan memperkenalkan hukuman yang berat ke atas pesalah yang menghemburkan makian berupa rasis ini.

Di peringkat kelab pula, tindakan keras telah diambil terhadap pesalah yang melontarkan makian atau cacian berbaur rasis. Yang terbaharu apabila kelab Chelsea telah menggantung 4 penyokongnya (masih dalam kes siasatan) dari memasuki stadium Stamford Bridge apabila terdapat laporan mengenai mereka "abuse" pemain Manchester City, Raheem Sterling apabila kedua-dua pasukan bertembung pada hujung tahun 2018.
Nampaklah keseriusan kes ini...? Walaupun dalam peringkat siasatan, 4 penyokong ini sudah kena BAN dan larang masuk ke stadium. Kalau didapati bersalah, mereka akan DILARANG masuk ke stadium seumur hidup mereka.

Oleh demikian, perkara ini, yakni "racial abuse" tidak boleh dipandang enteng.

Oleh itu, apa yang dihebahkan oleh fans page mengenai isu "racial abuse" amatlah menyedihkan. Terdapat seorang dua telah mengeluarkan kata-kata berupa rasis terhadap pemain tersebut semasa berlangsungnya perlawanan semalam. Tetapi ada kedengaran bahawa kata-kata tersebut bukan dituju kepadanya. Apapun, perlakuan tersebut tetap salah, tidak kira sama ada kata-kata berbaur rasis itu tuju kepada pemain tersebut atau sebaliknya.

Salah tetap salah.

Acapkali saya membangkitkan isu yang mana kadang - kala sesetengah penyokong kita terlalu ghairah sehingga melemparkan kata-kata (cacian dan makian) yang boleh mengguris hati orang. Ini bukan mengenai sama ada pemain itu berhati tisu atau berhati papan kayu. Ini mengenai kemanusiaan. Bukan kita tidak boleh "kritik" atau "marah" tetapi berpada-padalah. Jangan sehingga melibatkan keluarga atau bentuk badannya. Ini, bagi saya, sudah "below the belt."

Saya tahu ramai penyokong yang marah "below the belt."  Contoh yang paling ketara apabila Schalke 04 kalah kepada Fortuna Dusseldolf di laman sendiri 0 - 4. Apabila para pemain Schalke pergi ke tempat penyokong selepas perlawanan,  dapat lihat betapa marahnya para penyokong mereka.

Tetapi berlainan pula penyokong Dortmund apabila mereka tewas kepada Ausburg 1-2. Apabila pasukan Dortmund menyambut para penyokong mereka, mereka diberikan tepukan gemuruh. Ini bukan perlawanan biasa untuk Dortmund kerana kalau mereka kalah, kedudukan mereka sebagai pendahulu liga akan tergugat. Namun para penyokong mereka "cool" sahaja.

Apa yang saya cuba sampaikan di sini, apa jua tindakan kita terhadap pasukan atau pemain kita yang tidak mempamerkan prestasi yang baik, kita dapat mengawalnya. Kalau kita nak mencarut, kita bisa buat demikian. Kalau kita hendak kritik secara berhemah, kita juga bisa buat demikian. Ini semua bergantung kepada diri sendiri.

Apabila kita buat kritikan berbaur rasis terhadap pemain, secara tidak langsung ia memberi gambaran keoada orang luar apa yang terkandung dalam isi hati kita serta secara amnya, didikan moral kita.

Saya berpegang kepada prinsip, "DO TO OTHERS WHAT YOU WANT OTHERS DO TO YOU."

Kalau kita berpegang kepada prinsip ini, saya pasti kita akan lebih berhati-hati apabila kita hendak mengeluarkan kata-kata berupa makian atau cacian, ya?

Apapun, lontaran kata-kata berbaur rasis ini TIDAK BOLEH DITERIMA DALAM APA JUA KEADAAN PUN!

Sebab apa?

Sebab dia ciptaan Tuhan Maha Esa!!!

HARIA PENANG HARIA

Post a Comment

0 Comments