KENAPA PEMAIN TERENGGANU TIDAK MAMPU KE SKUAD NEGARA





Oleh: Omar Khayyam

Salah satu perkara yang selalu bermain di fikiran penyokong Terengganu kenapa tiada pemain dari pasukan ini berjaya memecah masuk ke skuad kebangsaan.

Sedangkan ini merupakan pertengahan kuat sejak 2 musim lepas. Dan meneruskan status tersebut pada musim ke-3 selepas dipromosi kembali ke liga super.
...
Setiap jurulatih mempunyai identiti sendiri. Irfan juga.

Tidak seperti Zainal atau Dollah yang memerlukan pemain bernama besar untuk meraih keputusan baik, Irfan adalah sebaliknya.

Dia cuma memerlukan seorang penjaga gol tua. Pertahanan sisi yang tidak popular begitu juga dengan pertahanan tengah.

Cuma memerlukan pemain import dari negara yang lemah bola sepak Thiery Bin. Yang mana tidak ramai jurulatih yang mampu dan mahu import dari negara ini.

Lee Tuck cuma datang dari pasukan lemah N.Sembilan yang berjaya ditingkatkan.

Selebihnya cuma memerlukan 2 pemain sayap dari pasukan liga perdana yang tidak berapa terkenal.

Hanya Sanjar merupakan seorang pemain yang mempunyai reputasi hebat sebelum tiba di Kuala Terengganu.
...
Umum mengetahui pemilihan skuad negara mempunyai elemen nama besar dan perlu sedikit terkenal.

Terengganu agak kurang faktor ini.
...
Kamal Azizi digambarkan pemain yang mempuyai prestasi agak baik pada musim lepas. Tetapi persaingan posisi ini di skuad negara agak mencabar dengan adanya Matthew Davies dan Rizal Ghazali.

Kamal Azizi tidak akan mampu bersaing dari segi nama.

Siapa yang tinggal dalam skuad Terengganu yang mampu bersaing dari sudut nama.

Suffian? Tidak Mungkin...
Malik dan Shahrul? Sukar...
Azizi? Agak mencabar...
Adib? Siapa yang kenal...
Syamim? ya mungkin jika pemain ini mula mendapat kesebelasan utama kerana namanya sudah popular.

Inilah pemain yang kerap digunakan oleh Irfan Bakti bersama 5 import Zonjic, Bin, Tuck, Sanjar dan Kipre.
...
Tapi terdapat satu nama yang mungkin boleh dikatakan perlu berada di dalam skuad negara.

NASRULLAH HANIF JOHAN
...
Nasrullah merupakan pemain pertahanan tengah utama pasukan pada musim lepas.

Terlibat sebanyak 1,710 minit di liga super iaitu sebanyak 86% penglibatan.

Jauh melepasi keperluan minima 65% merit minit bagi seorang pemain utama.

Terlibat 100% dalam 2 perlawanan Piala FA dan 30% ketika Terengganu mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Jauh meninggalkan Amirzafran Nadris dan Latif Suhaimi untuk menjadi pasangan Igor Zonjic.
...
Pada musim ini Nasrullah muncul dalam kesemua 6 perlawanan selama 360 minit.

Semalam pemain ini menjaringkan gol ke-2 sepanjang 2 musim bersama pasukan ini.

Seorang pertahanan yang sempurna mempunyai fizikal yang baik dan mampu menjaringkan gol ketika situasi bola mati.

Nasrullah mempunyai pakej ini disamping sedang berada di umur yang baik iaitu 27-28 tahun.

Sekurang-kurangnya ini pemain terbaik yang ada dalam skuad Terengganu yang boleh diangkat ke skuad kebangsaan.

Tiada apa lagi yang tidak cukup kecuali 2 perkara.

...ya, pemain ini 'dikutip' oleh Irfan dari sebuah pasukan kecil di liga perdana. DRB Hicom.

Itu sahaja kekurangan.

Post a Comment

0 Comments