HALA TUJU HARIMAU MALAYA



Oleh: K.C

Tajuk besar di halaman belakang Utusan Malaysia menggambarkan segalanya.
Sedia maklum sudah banyak komen diluahkan sejurus selepas tamatnya perlawanan malam tadi. Ada yang sinis, ada yang membina. Rata-rata luahan kehampaan para penyokong Harimau Malaya.
Di sini saya hendak membicarakan apa yang perlu buat oleh Team Harimau Malaya dalam menghadapi masa depan...

Banyak komen yang saya baca menyalahkan Tan Cheng Hoe dalam pemilihan para pemain malam tadi. Salah satu daripadanya adalah saya. Tetapi setelah diteliti dengan logik, saya tidak menyalahkan Tan Cheng Hoe membuat demikian, yakni menurunkan tonggak lama seperti Zaquan dan Mat Yo. Sebabnya mereka bermain dengan baik di kejohanan AFF tahun lepas. Oleh itu, secara logiknya, bak pepatah Inggeris, "If it ain't broke, don't fix it."

Kalau saya jadi Tan Cheng Hoe, saya pun akan buat keputusan yang sama. Dan kredit mesti diberikan kepada Tan Cheng Hoe yakni beliau merehatkan Mat Yo selepas masa separuh pertama setelah permainan hambar Mat Yo.
Apa yang perlu dibuat oleh Tan Cheng Hoe, beliau perlu berani bawa keluar Zaquan juga di separuh masa kedua setelah Zaquan gagal mempamerkan permainan yang berkesan. Tetapi Tan Cheng Hoe gagal berbuat demikian. Sebagai penyerang utama, Zaquan tidak boleh terlalu mengharapkan tendangan penalti dengan selalu merebahkan diri di kotak penalti. Amanah utama penyerang utama ialah mencari dan menjaringkan gol dengan ketangkasannya. Contoh terbaik Aguero, Lewandowski dan lain-lain yang sehebat dengan mereka.

Bagi saya, Apek bermain dengan cemerlang dan perlu dikekalkan. Untuk penjaga gol, lumrah terbukti prestasi penjaga gol akan meningkat seiring dengan usia. Dino Zoff, Sepp Maier merupakan contoh yang baik.

Ok, biarlah apa yang terjadi semalam ditiup bersama angin yang berlalu semalam.
Kalaulah saya Tan Cheng Hoe, saya akan...

1) "phase out" pemain "senior" dan memperkenalkan para pemain baru yang berpotensi untuk perlawanan seterusnya bermula dengan perlawanan menentang Afghanistan. Gunakanlah para pemain baharu yang dipilih untuk kempen ini.
Para pemain inilah yang akan menggantikan dan menggalas tanggungjawab misi bolasepak negara F-30. Perlu di ingat, para pemain muda ini memerlukan masa untuk matang. Dalam skuad Jerman, Klinsmann memperkenalkan para pemain baharu pada 2006, dan golongan pemain muda ini berjaya menjuarai Piala Dunia pada 2014.

Saya sedar tahap kita bukan tahap Jerman tetapi kalau kita memberi kepercayaan kepada para pemain muda dan melatih mereka dengan baik, maka, saya pasti pasukan kita setidak-tidaknya dapat melangkah ke Piala Asia!
Oleh demikian, we have to start from NOW!

2) Kalau boleh, kita mesti berhati-hati memilih para pemain naturalisasi mewakili pasukan kebangsaan kita. Pilihlah yang benar-benar layak. Kita tidak boleh "tangkap muat" begitu sahaja. Dewasa ini, kita seperti terhegeh-hegeh dengan pemain berstatus naturalisasi. Bukan semua layak mewakili negara kita.

3) Scouing team kebangsaan kita perlu juga turun ke padang untuk melihat perlawanan di Liga Premier sebab ada beberapa pemain muda  yang berpotensi yang boleh diserapkan ke skuad kebangsaan bawah umur 23 atau skuad senior. Tidak semestinya hanya perlu pilih dari pasukan Liga Super. Dengan cara ini, kumpulan para pemain kita akan menjadi lebih besar dan sudah tentu mempunyai lebih banyak pilihan.

Ada suara-suara mahu Tan Cheng Hoe letak jawatan selepas kekalahan semalam.
Bagi saya, terlalu awal untuk permintaan sedemikian rupa. Lihatlah Chelsea... (maaf para penyokong Chelsea, ya? 



Post a Comment

0 Comments