EPL THROWBACK: ARSENE WENGER & THE NEW DIETARY REGIME



Oleh: Hairi Mohd

Aspek penjagaan kesihatan dan pemakanan dalam kalangan pemain bola sepak merupakan suatu perkara yang  amat penting untuk dititik beratkan. Malangya. Kebanyakan tahap diet dan penjagaan pemakanan dalam kalangan pemain tempatan masih belum berada pada tahap memuaskan.

Menyebut tentang penjagaan pemakanan dalam kalangan pemain, nama Arsene Wenger pasti akan terlintas di bibir kalangan pengkaji bola sepak kerana Wenger terkenal dengan ketegasannya dalam mengawal diet para pemain.

Antara reformasi aspek penjagaan pemakanan yang dilakukan oleh Arsene Wenger di Arsenal ialah Wenger menggabungkan pengetahuannya tentang amalan pemakanan atlet dan tabiat diet harian masyarakat Jepun ke dalam pasukan baharunya iaitu Arsenal, reformasi tersebut pernah mendapat tentangan para pemain bintang Arsenal termasuklah Ian Wright dan kapten pasukan, Tony Adams.

 Salah seorang pemain Arsenal iaitu John Hartson mengatakan bahawa tindakan Wenger adalah sesuatu yang amat drastik dan penuh kejutan  hingga beliau menggelarkannya sebagai the 'NEW DIETARY REGIME'

Antara reformasi yang dibawa Wenger dalam aspek pemakanan ialah:

1. Wenger mengharamkan penggunaan sos tomato dalam makanan para pemain.
2. Wenger membawa masuk tukang masak yang baharu bagi menyediakan menu makanan berkhasiat untuk pemain.
3. Wenger mendatangkan 'nutritionist' ke padang latihan bagi mengajar para pemain tentang makanan yang boleh diambil dan tidak boleh diambil oleh mereka sebagai seorang pemain bola sepak.
4. Makanan yang disediakan untuk pasukan ialah ikan bakar, ayam rebus manakala bahan makanan berempah diketepikan.
5. Minuman alkohol diharamkan sehingga jam 6.30 petang.
6. Wenger mengawal kuantiti coklat yang diambil oleh para pemain.
7. Semasa 'away trip', Wenger akan memeriksa aktiviti pemainnya di dalam kereta api dan beliau menegaskan para pemain hanya dibenarkan minum teh tanpa gula. (Sesetengah pemain membawa masuk snek dan keropok secara 'curi-curi' namun berjaya dikesan oleh Wenger, Sol Campbell pernah bersusah-payah untuk memasukkan sesudu gula ke dalam kopinya secara 'sembunyi-sembunyi'.
8. Pemain harus makan bersama-sama dan menghabiskan makanan mereka sebelum meninggalkan meja makan.
9. Wenger mengharamkan perkhidmatan servis penghantaran makanan ke bilik para pemain semasa mereka menginap di hotel.
10. Pihak hotel diarahkan untuk melaporkan kepada beliau jika terdapat pemain yang cuba berbuat demikian.
11. Wenger mengharamkan minuman fanta di bilik hotel dan segala jenis air berkarbonat semasa di padang latihan adalah dilarang sama sekali.
12. 5 jam sebelum perlawanan, para pemain harus menjamu selera terlebih dahulu dengan mengikut menu 'diet ketat' yang ditetapkan iaitu mereka perlu makan makanan yang mengandungi sayur-sayuran, kentar putar dan ayam rebus seperti yang telah diaturkan oleh nutritionist pasukan.

Post a Comment

1 Comments

  1. para Member setia Fansbetting,
    untuk kalian para pecinta permainan casino online
    yang mungkin sedang mencari agen terpercaya dengan bonus rollingan yang besar
    kami menyarankan kepada kalian semua para member setia kami
    bahwa kami akan memberikan BONUS ROLLINGAN 0.70% untuk kalian semua
    dan langsung otomatis masuk ke dalam id kalian,
    jadi untuk kalian yang mau mencoba bonus ini dan ingin bermain di salah satu agen yang terpercaya
    kalian bisa bermain bersama kami . fansbetting.com
    * CLAIM NOW AND JOIN US *

    Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di:
    WA : +855963156245^_^

    Ayo tunggu apalagi !!

    ReplyDelete