LANGKAH KANAN AWAL BUAT PERAK!



Tahniah diucapkan buat skuad Perak yang telah berjaya menewaskan Kitchee SC bagi kelayakan ACL.
Jaringan Wander Luiz nyata menyuntik semangat terbaik buat skuad ini untuk terus garang dalam permainan dan memburu gol selepas itu biarpun tiada jaringan yang dihasilkan.

Lebih parah, Kitchee SC turut kehilangan salah seorang pemain mereka yang dilayangkan kad merah pada minit ke 48. Ini menjadikan Perak berkelebihan segalanya di atas padang.

Walaupun Kitchee SC berjaya menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir, skuad Perak nyata tidak mengenal erti putus asa untuk terus berjuang sehingga ke penentuan sepak penalti.


Berbekalkan sorakkan yang padu dari penyokong tuan rumah, Perak akhirnya memperoleh kemenangan dengan keputusan penalti 6-5 setelah Hafizul Hakim bertindak cemerlang menafikan salah satu sepakan penalti pemain Kitchee SC.

Selepas ini, lawan mereka bukanlah suatu lawan yang boleh diambil mudah. Skuad Korea Ulsan Hyundai pastinya lebih bersedia untuk menantikan skuad The Bos Gaurus ini.
Moga maju jaya!

Foto: IdzwanMS/CSN

Post a Comment

0 Comments