SUMAREH: ANTARA UNDANG-UNDANG LIGA DAN BELAS EHSAN


Oleh: JPY

Aku mengikuti rapat Liga M kita ini. Aku pasti korang pun sama. Maksud aku, ikuti rapat luar dan dalam padang, bukan semata pasukan kesayangan kau sahaja, bahkan sehingga ke peringkat pengurusan Liga yang dikelola oleh MFL serta badan induk FAM. Haaa... Kalau kau jenis macam aku, yes, kita pasti akan berpandangan sama.


Pemegang Taruh dalam Organisasi MFL

MFL ialah sebuah organisasi yang baru ditukar nama dari FMLLP. Sejak penubuhan, semestinya sudah ada manual undang-undang yang telah dipersetujui bersama ahli gabungan yang lain.


Tahukah anda? 

Semua negeri / kelab ialah pemegang taruh dalam organisasi ini? Ye, sama seperti di liga luar negara. Mana-mana pegangan swasta pasti akan melibatkan ahli gabungan untuk bersama membangunkan liga kebangsaan mereka.

Baiklah. Untuk memendekkan cerita. Sewaktu TMJ mengepalai FAM, beliau telah menyatakan 'tidak kepada naturalisasi'. Kacukan sahaja yang diterima. Tiada yang membantah. Bahkan netizen pun ada yang terima dan ada yang bernada berbeza. Biasalah tu berbeza pendapat.


Tempoh 5 Tahun Meneutralkan Pemain Naturalisasi 

TMJ meletakkan jawatan dan membawa diri ke FMLLP. Beliau membawa sekali pendapat dan falsafah beliau untuk tidak menerima naturalisasi. Apabila dibentangkan kepada semua ahli gabungan, Kevin mendakwa semuanya bersetuju. Dan sebab itulah, ada artikel menyebut tempoh tertentu para naturalisasi ini layak bergelar pemain tempatan. Lama sehingga 5 tahun selepas dapat IC kalau tak silap. Dan undang-undang ini telah ada sejak 2 tahun yang lalu.

Saat Dato Haji Hamidin mengetuai badan induk FAM, beliau berbeza pandangan tentang naturalisasi ini. Nama Sumareh dikaitkan. Hangat di pasaran masa itu. Maka ya, tercatat dalam sejarah bolasepak Malaysia, kita ada seorang pemain naturalisasi yang pertama.

FAM di bawah kepimpinan Dato Jahi Hamidin memberi lampu hijau kepada Sumarh untuk dinaturalisasikan. Foto: FAM

Kevin buat tak tahu jer. Sepanjang yang aku perhatikanlah. Sepatutnya, semasa pengumuman ini dibuat, beliau terus aktif dan mengkaji semula undang-undang bermain para naturalisasi ini sebagai pemain tempatan. 


Pahang Aktif Melobi 

Di dalam waktu inilah, Pahang agresif untuk melobi ahli gabungan yang lain untuk menyokong agar peraturan naturalisasi diringankan atau dipinda dengan sebutan yang lebih jelas. Senada dengan komitmen badan induk.

Sumareh memberikan impak yang besar terhadap persembahan Pahang dalam kempen Liga-M. Foto: Asiana

Kesannya, hari inilah. Netizen rata-rata sudah mual dengan keputusan demi keputusan yang kadang-kadang pelik dan agak berat sebelah. Namun begitu, agak tidak adil memukul MFL sahaja sedangkan yang membentuk MFL adalah badan gabungan setiap negeri dan kelab.

Asaklah team anda untuk terus memaksa MFL bersidang. Ya, Kevin dah keluarkan kenyataan akan berjumpa dengan semua ahli lembaga sebelum buat keputusan dalam bulan ini juga.
Sebagai pendapat peribadi, undang-undang ini dibuat adalah bersebab. Dan sebab itu pada satu sudut agak kukuh juga. 

Sekiranya kita membuka jalan mudah kepada naturalisasi, ianya membawa kepada gejala pemain asing boleh mengambil kesempatan untuk dapatkan kelebihan bermain di liga asia tenggara ini. Nak main untuk negara? Separuh hati mungkin. Tapi Sumareh telah membuktikan sebaliknya. Dia berjuang untuk negara tercinta.

Sumareh bermain sepenuh jiwa raga untuk Malaysia. Foto: Mohd Rasfn/AFP

Aku harap, dengan belas ehsan, MFL lebih cergas untuk update dengan apa-apa isu yang melibatkan bola sepak tempatan.
Speed up Kevin. Buat keputusan dengan cermat. Dari Kedah dengan isu Akhyar tak habis lagi, takkan nak hadap penyokong Pahang pulak kan?


Nota Kaki: Oh ya. Sebenarnya, kalau ikutkan undang-undang yang termeterai pun tak bercanggah dengan FIFA. Kalau negara, Sumareh boleh je main, tapi di dalam Liga M, kena tunggu sampai 5 tahun. Bahkan ada rayuan yang diterima, so boleh singkatkan. Hidup kalau tak nak undang-undang kena keluar dari bumi lah. Sebab dalam hutan pun ada undang-undang. Undang-undang Rimba namanya.

Post a Comment

0 Comments