DUA MANTAN JENERAL BERTANDA LAPAN



Setiap pasukan pasti mempunyai pemain-pemain yang dianggap sebagai watak utama dan menjadi ikon dalam kalangan peminat masing-masing.

LIRIDON KRASNIQI
Di Kedah, Liridon Krasniqi merupakan antara watak utama dalam revolusi moden yang dicetuskan Tan Cheng Hoe pada tahun 2015. Kehadiran beliau pada pertengahan musim nyata meninggalkan impak yang besar buat pasukan sehingga membantu Kedah dinobatkan sebagai juara Liga Premier, Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia.

Skil peribadi berkelas dunia, hantaran-hantaran berkualiti yang dilakukan serta penjana utama dalam gerakan pasukan banyak membantu dalam meraih kejuaraan bersama. Jika era sebelum ini, Marlon digelar legenda pemain bolasepak kerana kejayaan 'double treble' dan peledak terbanyak liga Malaysia. 

Maka, Liridon Krasniqi merupakan legenda pemain import alaf baharu yang membantu Kedah kembali sebagai pasukan elit.

Liridon sentiasa menjadi batu penghalang kepada gerakan yang cuba dicipta oleh  lawan.

SAFIQ RAHIM
Di kem JDT pula, Safiq Rahim merupakan general tengah tempatan yang amat berpengaruh di Liga Malaysia. Bersama JDT, beliau sudah membantu pasukan ini meraih pelbagai kejuaraan yang tidak boleh dipertikaikan lagi termasuk mencipta sejarah menjuarai Piala AFC selain dinobatkan sebagai MVP dalan kejohanan tersebut. 

Safiq Rahim menjadi pemain penting terhadap Lima kejuaraan liga milik JDT

Beliau juga merupakan antara watak utama dalam revolusi pasukan JDT dan antara pemain lama yang bertahan bersama pasukan.

Sepakan percuma yang tajam, hantaran 'killer pass' yang yang berkualiti serta banyak bergerak dalam menjana serangan menjadikan beliau antara pemain tempatan yang serba lengkap biarpun sudah semakin berusia.

Safiq Rahim bakal bermastautin di Melaka United bagi musim baharu 2019

MANTAN GENERAL BERTANDA LAPAN
Kedua-dua pemain menyarung jersi no.8 bagi pasukan. Kedua pemain ini merupakan jeneral bagi pasukan masing-masing. Mereka berdua juga merupakan anak nakal dalam pasukan. 

Kualiti mereka berdua antara yang terbaik dalam liga Malaysia. Keduanya juga menjadi pemain kesayangan kebanyakan peminat dalam pasukan masing-masing.

Kehilangan kedua-dua jeneral padang tersebut pasti dirinsui oleh para peminat. Foto: Mohamad Shahril Badri Saali

Kini, mereka berdua tidak lagi bersama pasukan masing-masing. Liridon Krasniqi masih menjadi tanda tanya dimana beliau akan beraksi musim ini. Safiq Rahim sudah pun semakin selesa bersama Melaka United dan sudah meledak 2 gol dalam kempen persahabatan pra-musim.

Diharap kedua pemain ini terus sukses dalam karier dan menjadi legenda baharu buat pasukan masing-masing!

Goodluck SR8 dan LK8!!!

Post a Comment

0 Comments