ASIA TENGGARA MASIH JAUH DI BELAKANG



Oleh: Omar Khayyam

Timur Tengah membuktikan bahawa merekq merupakan negara rantau Asia yang paling subur menghasilkan pemain-pemain berkualiti. Hal ini dikatakan demikian kerana hampir keseluruhan negara di rantau Arab mampu menghasilkan sebuah pasukan kebangsaan yang berkualiti dan kelab bola sepak gergasi berbanding dengan saingan terdekat iaitu Asia Timur yang hanya berfokuskan Jepun dan Korea Selatan selain China. 

Jika tidak disebabkan oleh Kuwait yang digantung FIFA, kemungkinan besar Piala Asia pada kali ini (Piala Asia 2019)  akan disertai oleh kesemua negara di rantau Arab. Pada Piala Asia kali ini, Iran tidak lagi menyertai gabungan negara Teluk (West Asian Football Association) atau dikenali dengan nama WAFF. 

Iran telah beralih arah kepada gabungan negara Asia Tengah iaitu CAFA (Central Asian Football Association) dan menyertai UZbekistan, Kyrgyztan, Tajikstan, Turkmenistan dan Afghanistan pada tahun 2015.

 Asia tenggara pula seperti biasa, walaupun bola sepak di sini dikatakan  berkembang dengan pesat, namun Federasi bolasepak Asean (AFF) masih gagal menghantar wakil yang banyak di kejohanan ini. Setakat ini AFF hanya boleh berbangga menjadi perintis kepada kewujudan AFC sebelum ditingkatkan oleh negara-negara dari Federasi Bolasepak Asia Tmur (EAFF).

Pasukan kebangsaan India layak ke Piala Asia 2019


Wakil Asia Selatan dari SAFF (South Asia Football Federation) iaitu India menunjukkan sesuatu prestasi yang lebih menjanjikan dari beberapa negara Asean yang gagal layak walaupun pada suatu masa dahulu Asia Selatan merupakan rantau bola sepak yang cukup mundur.

Selepas era profesional melanda Asia pada pertengahan 90an termasuk di Asean, hanya Thailand dan Indonesia berjaya layak secara merit.  Kini, Vietnam dan Filipina mengikut jejak langkah mereka.

Post a Comment

0 Comments