WESTERN MELBOURNE GROUP DAN MACARTHUR SOUTH WEST SYDNEY KOMITED TERHADAP SAINGAN A-LEAGUE



Setelah pengumuman nama dua pemenang bidaan lesen A-League semalam, umum mengetahui bahawa Western Melbourne Group dan Macarthur South West Sydney akan mewujudkan dua buah kelab baharu di bahagian barat Melbourne dan barat daya Sydney.

Namun, apakah keisitimewaan yang dimiliki oleh kedua-dua pihak terbabit sehingga berjaya menarik minat dan kepercayaan Federasi Bolasepak Australia (FFA) dan menolak dua calon pilihan utama iaitu South Melbourne FC dan Team 11, selain wakil dari Canberra dan satu lagi wakil daripada Sydney?
Umum mengetahui bahawa sejak revolusi liga Australia pada 2005, FFA amat cerewet dalam mengeluarkan lesen A-League. Beberapa tahun lalu, FFA pernah menarik balik lesen yang telah diberikan kepada sebuah kelab dan menafikan penyertaan kelab tersebut.
Menurut CEO FFA, David Gallop antara sebab utama Western Melbourne Group dan Macarthur South West Sydney dipilih ialah FFA tertarik akan pelan pembangunan yang disajikan oleh kedua-dua pihak.
Kedua-dua pihak menyajikan idea pemasaran kelab dan pembinaan fasiliti yang menakjubkan di samping fakta bahawa kedua-dua kawasan tersebut mempunyai komuniti penyokong bola sepak yang besar. Kedua-dua komuniti menyatakan keinginan mereka untuk mempunyai kelab bola sepak sendiri di dalam A League.
Komuniti setempat memberikan sokongan penuh terhadap idea penyertaan kelab mereka di A-League


WESTERN MELBOURNE GROUP
Kelab milik Western Melbourne Group akan memulakan saingan pada musim hadapan (2019/2020). Mereka merancang untuk membina sebuah stadium bola sepak yang lengkap dengan padang latihan dan bangunan khas untuk pengurusan kelab. 
Stadium baharu milik West Melbourne Group yang lengkap dengan fasiliti latihan dijangka siap pada tahun 2022
Stadium kelab tersebut dijangka akan dapat diunakan menjelang 2022. Untuk tempoh dua tahun pertama, kelab baharu ini akan menggunakan Kardinia Park (Stadium Simonds) di Geelong sebagai stadium utama mereka. 
Kardinia Park merupakan sebuah stadium berkapasiti 36000 tempat duduk yang masih digunakan untuk kejohanan AFL.
Western Melbourne Group berjanji bahawa mereka akan membawa pemain marque berserta dengan beberapa nama pemain terkemuka Eropah ke kelab Barat Melbourne tersebut.  
Antara nama yang disebut-sebut ialah Scott Brown yang beraksi dengan Celtic FC. Selebihnya, peluang akan dibuka kepada para pemain NSL untuk menyertai kelab tersebut. Penyertaan West Melbourne Group dalam saingan A-League akan mewujudkan rivalri kepada dua kelab A-League dari Melbourne iaitu Melbourne Victory FC dan Melbourne City FC.
Scott Brown disasarkan untuk menyertai kelab A-League tersebut pada musim hadapan.
Western Melbourne Group akan membuka peluang kepada para penyokong untuk memberikan nama kelab dan logo pasukan dengan waran merah dijangka menjadi warna rasmi kelab.

MACATHUR SOUTH WEST SYDNEY
Bagi Macarthur South West Sydney pula, projek gabungan bilionair Australia dan kelab South-West FC itu akan mula bersaing setahun kemudian (2020/2021). Mereka diberikan tempoh dua musim untuk persediaan menyertai A-League. 
Macarthur bekerjasama dengan South West FC bagi meralisasikan impian komuniti barat daya Sydney untuk mempunyai kelab A-League.
Pembidaan yang mendapat sokongan bekas pemain Australia iaitu Brett Emerton. Brett Emerton yang bertindak sebagai duta  kelab, berkata mereka akan berusaha membawa pemain terbaik untuk projek tersebut dengan bekas kapten Socceroos di Piala Dunia 2018, Mile Jedinak dikatakan mungkin akan terlibat sama. 
Jedinak yang kini di Aston Villa dikatakan menunjukkan minat untuk kembali ke Australia dan bersama kelab baharu tersebut.

Mile Jedinak kini dirisik oleh kelab Sydney tersebut.
Pihak FFA menjelaskan bahawa faktor utama kawasan di barat daya Sydney itu dipilih sebagai destinasi baharu A-League adalah berdasarkan potensi besar yang dimiliki oleh kawasan tersebut untuk berkembang sebagai pusat bola sepak seperti Melbourne dan Sydney. 
Menurut FFA, selain fakta bahawa populasi penduduk di bahagian barat daya Sydney yang semakin bertambah tahun, di kawasan tersebut terdapat kira-kira 50 program akar umbi bola sepak dan banyak kelab bola sepak di kawasan tersebut bersaing di NSL. Maka FFA melihat kawasan tersebut mempunyai potensi yang cukup besar untuk A-League berkembang. 


Berbekalkan statistik yang menunjukkan bahawa bola sepak merupakan sukan paling berkembang pesat di Australia, FFA yakin Macarthur South West Sydney mampu mewujudkan sebuah kelab bola sepak elit yang mampu mencabar wakil New South Wales yang lain iaitu Sydney FC, Newcastle Jets dan West Sydney Wanderes.
West Sydney Wanderes merupakan kelab dari Sydney yang paling berjaya di pentas Asia.

Baca juga: DUA KELAB BAHARU SYDNEY DAN MELBOURNE BAKAL MEWARNAI A-LEAGUE

Post a Comment

0 Comments