Aidil yang kini berusia 31 tahun, mula mewakili pasukan senior Malaysia pada tahun 2008, manakala beliau mula beraksi dengan pasukan Negeri Sembilan pada tahun 2006.
SKUAD KEBANGSAAN
Bagi penyertaan bersama pasukan kebangsaan Malaysia, Aidil Zafuan terlibat dalam 7 perlawanan sesi kelayakan Piala Asia/Dunia dan menjadikan dirinya sebagai pemain pertahanan tengah ke-2 terbanyak mewakili negara selepas Shahrom Kalam.
JOHOR DARUL TAKZIM
Di peringkat kelab iaitu Johor Darul Takzim (JDT) Aidil Zafuan muncul menjadi pemain paling lama bertahan dalam skuad JDT, bersama Safiq Rahim.
Kedua-dua bekas kapten skuad kebangsaan tersebut menyertai kelab ini sejak 2013 iaitu selepas tamatnya saingan Malaysia dalam Kejohanan AFF Suzuki 2012.
Dengan pemergian Safiq Rahim ke Melaka United bagi saingan Liga Super 2019, Aidil Zafuan bakal menjadi pemain tunggal yang menyertai JDT sejak revolusi JDT pada penghujung tahun 2012. (Tidak dikira timeline pemain di JDT II)
Di peringkat kelab iaitu Johor Darul Takzim (JDT) Aidil Zafuan muncul menjadi pemain paling lama bertahan dalam skuad JDT, bersama Safiq Rahim.
Kedua-dua bekas kapten skuad kebangsaan tersebut menyertai kelab ini sejak 2013 iaitu selepas tamatnya saingan Malaysia dalam Kejohanan AFF Suzuki 2012.
Aidil Zafuan meruoakan tonggak utama pertahanan negara dalam kejohanan AFF Suzuki 2018
Aidil Zafuan pernah bergelut untuk mengembalikan prestasi terbaiknya semula sepanjang musim 2017 selepas mengalami kecederaan. Selepas beliau berjaya bangkit dan pulih daripada keceeraan, Aidil kerap menjadi pilihan jurulatih untuk mengemudi benteng pertahanan JDT bersama dengan Marcos Antonio (35 tahun).
Kehadiran Aidil semula berjaya mengetepikan seorang lagi pertahanan berbakat iaitu Fadhli Shas.
Aidil Zafuan, beraksi baik buat JDT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2017
Persoalannya, adakah usia seseorang pertahanan menganjak ke usia 32 tahun nanti, pemain tersebut mampu mencapai kekerapan bermain seperti ketika berusia 26-29 tahun?
Rakan gandingan Aidil Zafuan di benteng JDT, Marcos Antonio telah menunjukan bahawa pemain pertahanan tengah mampu kekal bersaing dengan pertahanan yang lebih muda apabila Marcos Antonio tetap menunjukkan permainan konsisten dan kerap diturunkan dalam jumlah perlawanan yang banyak sepanjang 3 musim ketika berusia 33,34 dan 35 tahun.
Manakala dalam saingan Liga Indonesia, pemain pertahanan paling senior ialah Vladimir Vujovic yang berusia 36 tahun. Bekas pemain kebangsaan Montenegro ini bermain untuk Persib Bandung selama 4 musim iaitu pada tahun 2014,2015 (Piala Presiden), 2016 dan 2017.
Vladimir Vujovic menjadi pertahanan terbaik Liga Super Indonesia (ISL 2014) pada usia 32 tahun. Beraksi dalam hampir kesemua perlawanan dan muncul sebagai antara penjaring terbanyak pasukan pada musim 2016 dan 2017 menyebabkan Vladimir Vujovic diburu oleh juara Liga 1 Indonesia biarpun menjangkau usia 36 tahun pada tahun 2018.
Jaringan Valdimir Vujovic dalam perlawanan terakhir Liga 1 2018 membantu Bhayangkara FC kekal di tangga ke-3 liga.
BARISAN PERTAHANAN NEGARA

Vladimir menjadi antara pertahanan yang ditakuti oleh penyerang tempatan asing dan tempatan dalam saingan liga Indonesia (2014 -2018).
Dalam kem skuad negara pula, Shahrul Saad (25 tahun) merupakan pemain lebih muda yang hampir pasti berpotensi mengisi posisi Aidil Zafuan sebagai pemain pertahanan tengah terbaik negara.
Shahrul Saad mempunyai segala kualiti bagi menggantikan Aidil sebagai 'the best defender'. Selepas menunjukkan permainan yang konsisten selama beberapa musim, Shahrul dijangka akan kekal menjadi pemain 'regular' jika beliau tidak menghadapi sebarang kecederaan yang serius.
Selain Shahrul Saad, Muslim Ahmad (29 tahun) dan Irfan Zakaria (23 tahun) juga menunjukkan potensi sebagai untuk menjadi benteng terakhir skuad negara.
Muslim Ahmad kembali mencapai prestasi terbaik dalam 2 musim terakhir setelah beraksi di bawah bimbingan Dollah Salleh di Pahang FA. Irfan Zakaria juga menunjukkan potensi yang baik setelah mengharungi 2 musim yang baik dalam saingan domestik.

Berdasarkan statistik, Aidil Zafuan dijangka akan mampu mengekalkan konsistensi beliau dalam saingan domestik sekurang-kurangnya 2 musim lagi sehingga beliau mencecah usia 33 tahun dan terus kekal menjadi pemain tunjang di bahagian pertahanan Malaysia sehingga 2020 sementara transisi pemain berlaku di posisi ini.
Penulis: Omar Khayyam
1 Comments
Piala Super UEFA 2019
ReplyDelete