Malaysia mempamerkan suatu persembahan yang berbeza
berbanding dengan beberapa perlawanan sebelumnya. Permainan Malaysia khususnya
gandingan Syamer Kutty Abba dan Akram Mahinan menunjukkan perubahan yang cukup
ketara dan jelas keyakinan mereka bertambah setelah Malaysia berjaya menewaskan
Myanmar dengan jaringan 3-0 dalam perlawanan terakhir di peringkat kumpulan.
Sorakan 80,000 penonton berjaya memberikan tonik kekuatan dan menjadi azimat kepercayaan
kepada pasukan Malaysia untuk menafikan hasrat Thailand daripada menawan Bukit
Jalil.
Persembahan Malaysia di hadapan 80,000 penonton tidak mengewakan para peminat. Foto:foxsports
MALAYSIA PERLU MENJARINGKAN GOL DI BANGKOK
Prestasi konsisten seperti perlawanan malam tadi perlu dikekalkan oleh Harimau Malaya apabila bakal berhadapan dengan pasukan Thailand di Stadium Rajamangala, 5 Disember nanti. Berdasarkan keputusan perlawanan spearuh akhir pertama di Kuala Lumpur yang terikat 0-0 pada malam tadi, Malaysia perlu sekurang-kurangnya seri 1-1 di tempat lawan untuk menamatkan penguasaan Thailand yang mara ke pentas final Kejohanan tersebut sejak tahun 2012.

TAKTIKAL JURULATIH TAN CHENG HOE BERKESAN
Taktikal yang direncanakan oleh jurulatih Tan Cheng Hoe akhirnya menemui kesan mujarabnya apabila susunan formasi 4-2-3-1 yang direncanakan berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Thailand. Kecemerlangan Syamer dan Akram di bahagian tengah yang mengagalkan usaha Thailand merencanakan serangan dan mematikan langkah dan meneutralkan ‘bisa’ Adisak Kraisorn sebagai penyerang berbahaya Thailand pasti telah menggusarkan skuad ‘Gajah Perang’ tersebut malah kegagalan Adisak Kraisorn pada perlawanan malam tadi pasti akan menjadi bahan berita hangat media Thailand. Kegagalan unit serangan Thailand dan tindakan jurulatih Thailand, Milovan Rajevac yang memilih untuk bermain lebih defensif dan kurang agresif pasti menjadi perbualan para 'pundit' dalam program bual bicara bola sepak Thailand.

Gandingan unit serangan Malaysia iaitu Mohamadou Sumareh, Safawi
Rasid, Zaquan Adha dan Norshahrul Idlan Talaha menunjukkan konsentrasi yang baik dalam
mencipta peluang. Norshahrul Idlan Talaha memainkan peranan yang baik sebagai
penyerang jadian nombor Sembilan Malaysia manakala Safawi dan Sumareh menunjukkan
persembahan yang baik dalam membuka ruang untuk penyerang membuat percubaan,
namun mereka perlu menggandakan usaha dan memperkemaskan teknik permainan
mereka agar taktikal hebat yang digarap oleh jurulatih Tan Cheng Hoe tidak akan
menjadi sia-sia. Sumareh juga perlu menggandakan usaha, perlu lebih tenang
ketika menyerang dan mengerah seratus-peratus kudratnya untuk perlawanan penentuan
pada 5 Disember nanti. Sumareh perlu berusaha untuk membantu Harimau Malaya
merealisasikan impian Malaysia mara ke final akan tercapai lantas membuktikan
bahawa keputusan memberikan kerakyatan kepadanya untuk mewakili skuad Malaysia
ialah suatu keputusan yang tepat.
PIVOT KEMBAR YANG MENJADI
Gandingan pivot kembar Malaysia iaitu Syamer Kutty Abba dan Akram Mahinan menunjukkan keserasian yang jitu dan berjaya membayangi bahagian tengah pasukan Thailand. Pada perlawanan malam tadi, Syamer dianugerahkan sebagai ‘Pemain Terbaik Perlawanan" dan seterusnya berjaya menutup kritikan pelbahai pihak terhadap persembahanya bersama rakan gandingannya iaitu Akram Mahinan.

Syamer Kutty Abba menunjukkan permainan yang cukup baik
pada malam tadi. Beliau memainkan peranan yang berkesan sebagai pivot yang baik dan bijak merencanakan gerakan dan hantaran untuk unit serangan
Malaysia. Sesekali Syamer berjaya membuat larian memasuki kotak penalti lawan di samping melorongkan bola untuk penyerang negara. Begitu juga, Akram Mahinan yang menunjukkan ketenangan sepanjang
perlawanan berlangsung. Akram Mahinan berani membuat lorongan-lorongan penting
kepada unit serangan terutamanya di sebelah kiri. Akram juga efektif sebagai pelindung kepada bahagian tengah negara dengan
sentiasa membaca rencana serangan melalui bahagian tengah yang cuba dijayakan
oleh para pemain tengah lantas berjaya mematikan gerakan lawan.
Akram Mahinan berjaya memainkan peranannya sebagai pemain tengah bertahan dalam mengekang gerakan yang cuba dicipta oleh pasukan Thailand Foto:AFF Suzuki Cup
BARISAN PERTAHANAN BERAKSI DENGAN BAIK
Barisan pertahanan juga menunjukkan persembahan terpuji walaupun sesekali hamper terperangkap dengan ancaman daripada serangan pantas yang dilakukan oleh barisan pemain Thailand. Pertahanan berpengalaman negara Adil Zafuan dan pemain pertahanan terbaik Liga Malaysia Shahrul Saad Berjaya menjadi pendinding kepada penjaga gol Farizal Marlias sepanjang 90 minit perlawanan. Manakala Syazwan Andik dan Syahmi Safari bertindak cemerlang sebagai pertahanan kiri dan kanan negara. Syahmi Safari berjaya meletakkan dirinya sebagai antara pemain muda terbaik kejohanan dengan persembahan kemas beliau yang sering naik membantu serangan terutamanya semasa melakukan gandingan 1-2 bersama Sumareh di bahagian kanan. Lorongan-lorongan bolanya yang cemerlang banyak melicinkan serangan negara dari sebelah kanan.

Pertahanan tengah negara, Shahrul Saad bekerja keras menafikan segala percubaan pasukan lawan.
Pasukan
Malaysia berjaya menampilkan permainan lebih kemas dan bervisi. Karakter tenang
jurulatih Tan Cheng Hoe berjaya diserap oleh para pemain melalui arahan dan
taktikal beliau apabila pemain Malaysia tampak lebih tenang semasa mengatur
gerakan melalui hantaran-hantaran pendek yang kemas dan tersusun. Semoga
pasukan Malaysia akan berjaya mengekalkan fokus hingga minit terakhir permainan
dalam perlawanan kedua nanti dan tidak akan terganggu dengan sorakan puluhan
ribu penyokong tuan rumah.
THAILAND BERMAIN DI BAWAH PRESTASI SEBENAR
Walau bagaimanapun, pasukan Malaysia tidak harus terbuai dengan prestasi mereka sendiri pada malam semalam. Apa yang pelu diingati ialah perlawanan pada malam semalam, bukanlah mencerminkan prestasi dan corak permainan sebenar pasukan Thailand. Jurulatih Thailand, Milovan Rajeva Thailand menegaskan bahawa pasukannya tidak bermain pada prestasi sebenar mereka. Thailand pasti akan muncul dengan corak permainan yang lebih agresif di hadapan penyokong sendiri seperti yang diragakan oleh mereka sewaktu menentang Singapura dan juga Indonesia. Pasukan Malaysia harus berhati-hati dan membuat percaturan yang lebih sesuai apabila berhadapan dengan Sang Gajah Perang di Bangkok nanti.

Thailand membelasah Singapura, 3-0 di Bangkok.
WAKTU UNTUK MENAMATKAN REKOD BURUK MALAYSIA DI THAILAND
Pasukan kebangsaan Malaysia mahupun kelab Malaysia mempunyai rekod yang agak buruk di Thailand dan ini adalah masa yang terbaik untuk memadamkannya. Semoga skuad wajah baharu Harimau Malaysia yang dibentuk oleh Tan Cheng Hoe ini yang rata-ratanya baru pertama kali beraksi dalam Kejohanan Piala AFF Suzuki akan berjaya mengubah wajah skuad kebangsaan kita yang mengalami kemerosotan prestasi sejak kali terakhir layak ke perlawanan akhir Kejohanan AFF Suzuki 2014.

Semoga pemain-pemain yang mula menunjukkan kematangan
dalam permainan seperti Syazwan Andik, Syahmi Safari, Akram Mahinan, Safawi
Rashid akan mengekalkan momentum mereka dan meningkatkan keyakinan mereka untuk
aksi Liga Super Malaysia bersama kelab masing-masing.
Bagi Syamel Kutty Abba pula, semoga momentum prestasi
semasa beliau dapat diteruskan agar beliau berjaya mengetuk pintu Johor DT dan menembusi
ruang kesebelasan utama kelab Johor DT pada musim hadapan. Syamer Kutty Abba memberikan
isyarat bahawa beliau mampu memberikan persaingan kepada pemain senior di Johor
DT khususnya kepada Harris Harun, seterusnya merampas posisi bahagian tengah
bertahan Johor DT yang dikuasai sepenuhnya oleh pemain Singapura tersebut sejak
beberapa musim lalu.
0 Comments