12 NEGARA BAKAL BEKERJASAMA MENGANJURKAN EURO 2020

Kejohanan Eropah (UEFA Euro 2020) julung-julung kalinya bakal dianjurkan oleh 12 buah bandar raya daripada 12 buah negara berbeza. Kejohanan akan disertai oleh 24 buah negara terbaik Eropah. Kejohanan Euro 2020 telah dijadualkan bakal berlangsung selama sebulan iaitu dari 12 Jun hingga 12 Julai 2020. 

UEFA melancarkan logo rasmi Kejohanan Euro 2020.


12 BUAH BANDAR RAYA (NEGARA) DINAMAKAN SEBAGAI TUAN RUMAH
Semasa pencalonan awal, sebanyak 19 buah bandar raya telah mencalonkan bandar raya masing-masing, namun hanya 12 buah bandar raya berjaya mendapat undi untuk menjadi tuan rumah menewaskan 7 buah bandar raya lain.

12 buah bandar raya yang dipilih sebagai tuan rumah Euro 2020 ialah Rome (Itali), Baku (Azerbaijan), Copenhagen (Denmark), St. Petersburg (Russia). Amsterdam (Belanda). Bucharest (Romania), London (England), Glasgow (Scotland), Bilbao (Sepanyol), Dublin (Republik Ireland), Budapest (Hungary), Munich (Jerman). 

Bandar raya London telah memenangi hak untuk menganjurkan perlawanan separuh akhir dan akhir Kejohanan Euro 2020.

Senarai 12 buah bandar raya tuan rumah. Foto: AFP

Antara 7 buah bandar raya yang tersingkir daripada pencalonan awal sebagai tuan rumah Euro 2020 ialah Minsk (Belarus), Sofia (Bulgaria), Jerusalem (Israel), Skopje (Macedonia), Stockholm (Sweden), Cardiff (Wales) dan Brussels (Belgium). 


TIADA KELAYAKAN AUTOMATIK UNTUK TUAN RUMAH

Kelainan yang ada pada kejohanan kali ini ialah tuan rumah Kejohanan Euro 2020 tidak akan mendapat hak kelayakan automatik ke Kejohanan Euro 2020.

Perubahan ini merupakan kali pertama dalam mana-mana kejohanan bola sepak, tuan rumah kemungkinan tidak akan bertanding.

Selain bertujuan untuk mengurangkan kos penganjuran Kejohanan Euro 2020, pemilihan 12 buah bandar raya untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Euro 2020 adalah dibuat sempena meraikan ulang tahun UEFA yang ke-60.


VENUE PERTANDINGAN

Peringkat Kumpulan ~ 12 Jun hingga 24 Jun 2020
Pasukan-pasukan yang layak menyertai kejohanan empat tahun sekali ini akan dibahagikan kepada enam buah kumpulan dan setiap kumpulan akan bermain di dua buah venue (bandar raya).

KUMPULAN A (Tuan rumah: Rome dan Baku)
Stadio Olimpico, Rome (Itali)
Olympic Stadium, Baku (Azerbaijan)

KUMPULAN B (Tuan Rumah: Copenhagen dan Saint Petersburg)
Parken Stadium, Copenhagen (Denmark)
Krestovsky Stadium, Saint Petersburg (Russia)

KUMPULAN C (Tuan rumah: Amsterdam dan Bucharest)
Johan Cruijff Arena, Amsterdam (Belanda)
Arena Națională, Bucharest (Romania)

KUMPULAN D (England dan Scotland)
Wembley Stadium, London (England)
Hampden Park, Glasgow (Scotland)

KUMPULAN E (Bilbao dan Dublin)
San Mamés, Bilbao (Sepanyol)
Aviva Stadium, Dublin (Rep. Ireland)

KUMPULAN F (Budapest dan Munich)
Ferenc Puskás Stadium, Budapest (Hungary)
Allianz Arena, Munich (Jerman)

Jarak perjalanan dari sebuah venue ke sebuah venue tuan rumah Euro 2020. Imej: BBC Sport


Pusingan 16 terbaik ~ 27 hingga 30 Jun 2020

Bagi pusingan 16 
terbaik, juara dan naib juara setiap kumpulan (2 x 6 kumpulan = 12 pasukan) akan mara secara automatik, manakala baki 4 pasukan akan ditentukan melalui penilaian 4 pasukan tempat ketiga terbaik daripada setiap kumpulan )A,B,C,D,E,F).

LAPAN buah bandar raya telah dipilih untuk menjadi venue bagi pusingan 16 terbaik iaitu Bucharest, Copenhagon, Bilbao, London, Glasgow, Budapest, Dublin dan Amsterdam.

Pusingan Suku Akhir (8 terbaik) ~ 3 hingga 4 Julai 2020.

Pusingan suku akhir pula akan dianjurkan oleh baki 4 daripada 12 buah Bandar raya tuan rumah iaitu Saint Petersburg, Munich, Rome dan Baku.

Separuh Akhir dan Perlawanan Akhir

Bandar raya London telah diberikan penghormatan bagi menganjurkan kedua-dua perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir Euro 2020. Kedua-dua buah perlawanan separuh akhir dijadualkan pada 7 dan 8 Julai 2020 manakala perlawanan akhir Euro 2020 akan dilangsungkan pada 12 Julai di Stadium Wembley, London.


 Stadium Wembley bakal menjadi pentas separuh akhir dan perlawanan akhir Euro 2020.


PIALA KONFEDERASI 2021

Juara Kejohanan Euro 2020 akan layak beraksi di Piala Konfederasi 2021 yang akan diadakan di sebuah negara yang bernaung di bawah bumbung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi menggantikan tuan rumah Piala Dunia 2022 Qatar.

Hak penganjuran tuan rumah Piala Konfederasi 2021 milik Qatar terpaksa diberikan kepada peganjur dari negara lain atas faktor cuaca yang tidak sesuai kerana Qatar akan mengalami cuaca panas melampau semasa kejohanan tersebut akan dianjurkan iaitu pada Jun/Julai 2021.

Sebagai ganti Qatar akan diberikan hak tuan rumah untuk menganjurkan Kejohanan Piala Kelab Dunia FIFA 2021 (FIFA Club World Cup) pada penghujung tahun 2021 sebagai langkah persediaan bagi menjadi tuan rumah kejohanan yang lebih besar iaitu Piala Dunia 2022.


Ringkasan Senarai Tuan Rumah Euro 2020:

Peringkat kumpulan:
Rome (Itali), Baku (Azerbaijan), Copenhagen (Denmark), St. Petersburg (Russia). Amsterdam (Belanda). Bucharest (Romania), London (England), Glasgow (Scotland), Bilbao (Sepanyol), Dublin (Republik Ireland), Budapest (Hungary), Munich (Jerman).

Pusingan 16 terbaik:
Bucharest, Copenhagon, Bilbao, London, Glasgow, Budapest, Dublin dan Amsterdam

Suku Akhir
Saint Petersburg, Munich, Rome dan Baku

Separuh Akhir : London

Perlawanan Akhir: London



Post a Comment

0 Comments