
Foto: Kedah FA
Baru-baru ini laman media sosial facebook iaitu La Bola Malaya telah mengadakan temu bual ekslusif dengan pemain import Kedah FA iaitu Sandro da Silva dan pemain tempatan iaitu Khairul Helmi Johari atau dikenali sebagai Keon. Hasilnya suatu pendedahan yang mengejutkan terhadap perkara yang berlaku dalam kem Kedah FA telah terurai. Amat mendukacitakan apabila kita terpaksa menerima hakikat bahawa legasi yang dibentuk oleh jurulatih tempatan iaitu Tan Cheng Hoe sejak 2015 kini hampir berkubur begitu sahaja akibat sikap kurang profesional dan kurang bertanggugjawab sesetengah pemain.
Berdasarkan tragedi yang berlaku dapat kita rumuskan bahawa pihak pengurusan dan jurulatih merupakan nakhoda pasukan yang perlu menentukan hala tuju pasukan. Perancangan dan hala tuju pasukan perlu dirangka dengan jelas oleh pihak pentadbir dalam usaha memastikan pembangunan kelab terus berkembang manakala tindakan tegas jurulatih semasa memimpin anak buah amat perlu bagi mengukuhkan kestabilan dan keharmonian sesebuah pasukan.
Sesugguhnya setiap pemain harus faham bahawa tiada sesiapa yang lebih besar melainkan kelab itu sendiri.
Dalam hal ini, pentadbiran Johor Darul Takzim FC dan ketegasan pemilik kelab iaitu Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail dalam memimpin JDT wajar dijadikan contoh. Walaupun bergelar juara Liga Super Malaysia sejak 2014 hingga 2018 di samping memenangi pelbagai gelaran dalam dan luar negara, pasukan JDT tetap merupakan sbuah pasukan yang sama iaitu pengurusan dan para pemain tetap mendahagakan kejuaraan demi kejuaraan. Tiada pasukan yang bebas daripada kontroversim hal yang sama berlaku dalam kem JDT, namun ketegasan dan sikap profesional Tunku Mahkota Johor dalam menyelesaikan segala isu telah berjaya mengekal aura positif dalam kem JDT.
Sumber: La BOLA Malaya
0 Comments