Oleh: Zan Mohd
Nama kelab Notts County FC mungkin
ada segelintir dari peminat bolasepak di Malaysia ada mengenali kelab ini dan
ada juga yang tidak pernah dengar nama kelab ini sebenarnya wujud.
Untuk pengetahuan kita semua, Notts
County merupakan kelab bola sepak pertama berstatus profesional yang tertua di
dunia diasaskan pada tahun 1862 yang diberi gelaran The Magpies. Mereka juga
menjadi ahli pengasas pada liga bola sepak di rantau mereka pada tahun 1888.
Pada musim pertama, mereka menempah
kedudukan di tempat ke-11. Tetapi, mereka berjaya menempatkan kelab mereka di
tempat ke-3 pada musim 1890 -1891 iaitu pencapaian tertinggi dalam sejarah
kelab mereka dan berjaya mengulangi kejayaan tersebut 10 tahun kemudian.
Pada tarikh 25 Mac 1891, Notts County
berjaya menempah slot ke final Piala FA buat pertama kali untuk The Magpies.
Walau bagaimanapun, mereka tewas kepada Blackburn Rovers 3-1 di Stadium The
Oval. Kedua-dua kelab pernah bertembung seminggu sebelum perlawanan final Piala
FA mereka dengan keputusan Blackburn Rovers menang 7-1 ke atas Notts County.
The Magpies tidah mudah mengalah
begitu sahaja apabila berjaya melangkah ke final sekali lagi pada 31 Mac 1894.
Mereka berjaya mengalahkan Bolton Wanderers 4-1 di Goodison Park, dan merangkul
Piala FA pertama dalam sejarah Notts County. Pemain The Magpies, Jimmy Logan
telah berjaya mencipta hatrik buat Notts County dan ianya hatrik kedua dalam
sejarah final Piala FA di rantau itu. Kejayaan ini juga mencipta nama The
Magpies sebagai kelab bolasepak pertama bukan dari liga teratas di rantau
tersebut.
Masalah kewangan melanda
Pada September 2003, Notts County
telah melanda krisis kewangan disebabkan hutang yang diperolehi oleh mereka
boleh melumpuhkan perkembangan kelab mereka. Situasi ini menyebabkan kerisauan
terhadap masa hadapan kelab tersebut. Oleh itu, penduduk setempat di sekitar
mereka seperti ahli perniagaan tempatan bersama penyokong kelab The Magpies
berusaha untuk menyelamatkan Notts County keluar dari krisis kewangan tersebut.
Walaupun telah bertukar pemilikan kelab, Notts County tidak dapat mengelak
tersingkir dari liga divisyen 3 ke divisyen 4.
Era Munto Finance
Pada tahun 2009, syarikat perniagaan
bernama Munto Finance iaitu syarikat milikan dari timur tengah iaitu Qadbak
Investments, ingin mengambil alih dan membantu kelab Notts County untuk bangkit
dari masalah kewangan. Pada 14 Julai 2009, pengambil alihan telah dimeterai dan
Peter Trambling dilantik sebagai eksekutif pengerusi kelab Notts County.
Seminggu selepas itu, mereka membawa masuk Sven-Goran Eriksson sebagai pengarah
bola sepak baharu untuk The Magpies.
Pada Oktober 2009, bekas pembantu
jurulatih Sven-Goran Eriksson ketika di Manchester City, telah diberikan
jawatan pengurus kelab tersebut selama 3 tahun untuk membantu menaikkan Notts
County ke persada liga yang lebih tinggi. Beliau tekad dan menyatakan niatnya
untuk menaikkan kelab ke divisyen 3, namun beliau meletak jawatan 2 bulan
selepas itu hanya mengendali 9 perlawanan.
Era Ray Trew
Pada February 2010, Ray Trew telah
membeli kelab tersebut. Tidak banyak perubahan ketara ketika di bawah era Ray
Trew yang boleh dibanggakan oleh penyokong Notts County. Dari tahun 2010 hingga
2016 terdapat 10 pengurus telah bertukar tempat demi menaikkan balik The
Magpies tetapi gagal. Akhirnya, 25 Februari 2016, Ray Trew meletak jawatan
sebagai pengerusi kelab tersebut.
Bermula era Alan Hardy
Pada 12 Januari 2017, giliran Alan
Hardy pula mengambil alih kelab The Magpies dari pegangan Ray Trew dan beliau
melantik Kevin Nolan sebagai pengurus kelab tersebut. Pada 30 Januari 2017,
Kevin Nolan bertindak untuk mendaftarkan diri beliau sebagai pemain untuk kelab
tersebut tetapi telah meninggalkan Notts County pada 26 Ogos 2018.
Pada 31 Ogos 2018, Harry Kewell telah
dilantik menjadi pengurus kelab. Beliau mengendali perlawanan pertama menentang
Grimsby Town dengan kekalahan 2-1 dalam saingan Piala EFL. Disebabkan prestasi
tidak memberangsangkan juga, beliau telah dipecat pada 13 November 2018.
Selepas itu, Neal Ardley pula dilantik sebagai pengurus menggantikan Harry
Kewell.
Baru-baru ini, mereka tewas kepada
Cambridge United 1-0 dan mereka menghuni di tangga paling bawah di liga
divisyen 4 dengan mencapai 4 kemenangan untuk musim ini.
Disebabkan itu mereka juga berpotensi
untuk jatuh liga dari divisyen 4 untuk pertama kali dalam sejarah kelab
tersebut. Peminat kelab tersebut telah meluahkan rasa kerisauan terhadap kelab
kesayangan mereka kerana peminat Notts County telah memberi segala sokongan
untuk menaikkan semangat pada kelab supaya kelab mereka kekal di liga. Jika
tidak, ianya akan menjatuhkan imej dan maruah kelab mereka.
Apa sudah terjadi pada kelab Notts
County? Adakah kelab mempunyai sejarah tersendiri akan lenyap begitu sahaja
jika gagal menyelamatkan diri mereka dari turun liga divisyen ke lebih bawah?
Kita mengharapkan Notts County dapat bangkit dari kegagalan ini dan dapat
mencapai kejayaan seperti zaman dulu kala.
https://thesefootballtimes.co/…/notts-county-and-the-bizar…/ (era
pengambil alih munto finance 2009)
https://www.theguardian.com/…/sven-goran-eriksson-notts-cou… (sven-goran
eriksson)
https://www.bbc.com/sport/football/46192363 (harry Kewell
sack)
0 Comments