PERBEZAAN ANTARA PEMAIN NATURALISASI, BERDARAH KACUKAN DAN PROSES NATURALISASI



Foto: Foxsport.com

Baru-baru ini dikhabarkan pemain tengah Terengganu FC, Lee Tuck akan dinaturalisasikan sebagai pemain tempatan. Terdapat sesetengah penyokong keliru dengan istilah 'dinaturalisasikan' dan 'pemain naturalisasi'.

Terdapat juga sesetengah laman media sukan yang menggunakan tajuk ' Lee Tuck akan Menjadi Pemain Naturalisasi Malaysia' hingga menambah kekeliruan semua.


Jelaslah, dalam kalangan kita masih terdapat kekeliruan terhadap penggunaan istilah ' pemain naturalisasi' dan 'pemain berdarah kacukan' semasa merujuk kepada seseorang pemain asing yang menjalani proses naturalisasi (naturalization).

Oleh itu, sebelum kita menilai perbezaan status antara pemain naturalisasi dan pemain berdarah kacukan (berdarah campuran antara rakyat tempatan dengan warga asing), marilah kita memahami proses naturalisasi terlebih dahulu.

PROSES NATURALISASI
Proses naturalisasi (naturalization) bermaksud suatu proses untuk menukar kerakyatan seseorang dari negara asal (negara induk) kepada negara baharu.
Dalam bola sepak proses naturalisi diperlukan tatkala seseorang pemain mahu mewakili negara lain iaitu negara tempat asal keluarganya. 
Walau bagaimanapun terdapat beberapa peraturan dan garis panduan khusus yang perlu dipatuhi oleh pemain (pemohon) sebelum mereka dibenarkan untuk memohon kerakyataan negara baharu seterusnya menjalani proses naturalisasi untuk bergelar pemain naturalisasi.    

Berdasarkan peraturan FIFA yang telah dikemaskinikan iaitu Artikel 5 hingga 8 dalam 'Regulasi Berkaitan Permohonan Pertukaran Status Pemain' menghuraikan bahawa seseorang pemain itu dibenarkan untuk melalui proses naturalisasi iaitu menukar pasukan kebangsaannya selagi beliau tidak menyarung jersi pasukan kebangsaan senior sesebuah negara lain dalam sesebuah perlawanan antarabangsa berstatus ‘A’.
Perlawanan berstatus 'A' ialah kejohanan bola sepak bertaraf antarabangsa dan kejohanan di peringkat dunia. Bagi pemain berdarah kacukan pula mereka boleh melalui proses naturalisasi untuk mewakili negara asal induk mereka (ibu bapa, datuk dan nenek).

PEMAIN NATURALISASI
Pemain naturalisasi ialah pemain asing yang mengalami proses naturalisasi (naturalization) yang tinggal sekurang - kurangnya 5 tahun di negara tempat beliau bermain (hanya bermastautin dan tiada hubungan darah dengan negara tersebut). 


 Mohamadou Sumareh mencipta rekod sebagai pemain naturalisasi pertama Malaysia. Foto:  AFF/Lagardere

Pemain berhak untuk menukar taraf kepada pemain naturalisasi jika mendapat sokongan daripada federasi bola sepak dan dan kerajaan negara tersebut (negara baharu pemain) selagi mereka belum pernah mewakili pasukan kebangsaan negara asal. 
Di Malaysia, Mohamadou Sumareh merupakan pemain naturalisasi pertama Malaysia dan telah beraksi buat Malaysia dalam kejohanan AFF Suzuki 2018 yang lalu. Contoh pemain naturalisasi negara serantau ialah Cristian Gonzalés @ El Loco di Indonesia dan Aleksandar Duric di Singapura. 
Pemain asing yang hampir mencapai tahap naturalisasi sebelum ini ialah Paulo Rangel (sebutan Haan-Gel) dan Vincent Bikana yang bermain di Malaysia sekitar tahun 2013 hingga 2016 namun mereka telah meninggalkan Malaysia sebelum mencapai usia 5 tahun tinggal di negara ini.


PEMAIN BERDARAH KACUKAN (HALF BLOOD)
Pemain berdarah kacukan ialah pemain-pemain yang ibu bapa/ ibu atau bapa/ keturunan salah satu orang tuanya berasal dari Malaysia tetapi pemain tersebut dilahirkan di luar Malaysia. Kebanyakan pemain berdarah kacukan memulakan karier bola sepak di luar negara asal induk (keluarga) mereka.


Natxo Insa hadir ke Malaysia sebagai pemain berdarah kacukan untuk menyertai JDT dari Levante. Foto: JohorSouthernTigers 
Pemain berdarah kacukan boleh mewakili negara kita melalui dua cara iaitu secara langsung atau perlu melalui proses naturalisasi yang agak rumit.
Sesetengah pemain berdarah kacukan dilahirkan di negara induk mereka manakala selebihnya dilahirkan di negara luar. Bagi pemain berdarah kacukan yang dilahirkan di negara induk mereka mempunyai sijil kelahiran tempatan dan pasport negara kedua. 
Bagi pemain berdarah kacukan yang lahir di negara luar dan mempunyai pasport di negara kelahiran, mereka perlu memohon pasport kedua (passport negara asal induk mereka.
Namun di Malaysia, bukan mudah bagi pemain berdarah kacukan untuk membuat keputusan menjalani proses naturalisasi kerana  mereka perlu melepaskan passport negara asal dan memohon pasport baharu (Malaysia).
Hal ini dikatakan demikian kerana Kerajaan Malaysia tidak mengizinkan pemegang passport Malaysia memiliki pasport selain pasport Malaysia. Ringkasnya, jika anda memiliki pasport Jerman, anda perlu melepaskan passport Jerman dan memilih passport Malaysia sebagai negara baharu anda.
Hal ini berbeza dengan sesetengah lain yang membenarkan rakyatnya memilik lebih daripada satu pasport. Maka tidak menjalani masalah besar bagi pemain bola sepak untuk menerima proses naturalisasi dan menjadi pemain naturalisasi di negara baharu.

PEMAIN BERDARAH KACUKAN DI MALAYSIA
Pemain berdarah kacukan semakin mendapat tempat di kelab-kelab Malaysia. Antara nama pemain berdarah kacukan yang terkenal di Malaysia ialah Natxo Insa di JDT, Matthew Davies di Pahang dan Brendan Gan di Perak FA.
Pemain berdarah kacukan Malaysia yang tidak perlu melalui proses memohon pasport Malaysia ialah Junior Eldstal. Eldstal dikhabarkan memang mempunyai bukti pengenalan kerakyatan Malaysia dan oleh sebab itu Eldstal mudah untuk dibawa ke dalam skuad Malaysia suatu masa dahulu.
Manakala pemain-pemain berdarah kacukan lain seperti bintang JDT iaitu Natxo Insa dan Kiko Inso, pemain JDTII, Darren Lok, Samuel Somerville, bekas pemain JDTII, Sabah dan kini Felda United iaitu Stuart Wark, Curran Sigh Ferns di Sukhothai FC , Brendan Gan di Perak FA, Khair JonesNick Swirad di PKNS FC dan Matthew Davies di Pahang.
Contoh pemain berdarah kacukan di negara serantau ialah Raphael Maitimo di Indonesia, Charyl Chappuis di Thailand dan Dang Van Lam di Vietnam manakala pemain naturalisasi pertama Indonesia ialah Cristian 'El Loco' Gonzalés dan Aleksandar Duric di Singapura.


Post a Comment

0 Comments