PERSOALAN: ADAKAH FALSAFAH 'ZAINALBALL' AKAN DITERUSKAN DI MELAKA UNITED?



Sebagai penyokong bola sepak Malaysia, kita sering mengharapkan yang terbaik daripada pasukan kesayangan kita terutamanya gaya permainan menghiburkan dan taktikal berkesan yang dipraktikkan oleh jurulatih kelab kita.

Pelbagai pendekatan dan pembaharuan dilakukan oleh para jurulatih selaras dengan pemodenan yang berlaku dalam sukan bola sepak. Bola sepak kini demainkan dengan lebih pantas dan kompleks berbanding dahulu.

Dalam dunia bola sepak moden ini, gaya permainan bola sepak ala 'British' atau bahasa mudahnya ‘long ball’ dengan formasi asas 4-4-2 boleh dikatakan sudah ketinggalan zaman dan kurang mampu bersaing dengan pasukan yang mempraktikkan gaya permainan moden di peringkat antarabangsa berserta  pelbagai taktikal aneh.

Sesebuah kelab bola sepak harus mempunyai identiti bola sepak mereka. Kelab bola sepak perlulah mempunyai DNA tersendiri agar pembangunan pasukan dapat diwarisi pasukan walaupun pemain dan jurulatih pasukan silih berganti.

Baru-baru ini, Melaka United telah memperkenalkan jurulatih terbaharu mereka iatu Zainal Abidin Hassan. Beliau merupakan jurulatih ke-5 Melaka United yang dibawa masuk oleh MUSA sejak Melaka United memenangi Liga FAM pada tahun 2015.



ZAINAL ABIDIN HASSAN SINONIM DENGAN PERMAINAN ‘LONG BALL’


Bagi musim 2019, Melaka United telah  memperkenalkan jurulatih baharu mereka iaitu Zainal Abidin Hassan. Zainal Abidin Hassan pernah mengecap pelbagai kejayaan bersama Pahang iaitu beliau telah memenangi Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih pada tahun 2014. 

'ZAINALBALL'

Kejayaan-kejayaan yang dinikmati oleh Zainal Abidin Hassan adalah dengan berbekalkan falsafah ‘long ball’ beliau, iaitu cara permainan bola sepak yang tidak lagi digemari oleh kebanyakan penyokong era ini tapi kekal menjadi identiti Zainal Abidin Hassan sepanjang beliau menjadi ketua jurulatih di Pahang, Selangor dan Pulau Pinang. 

Maka, tidak salah jika kita menggelarkan taktikal yang beliau dengan nama 'Zainalball'. 



Kebanyakan jurulatih tidak lagi menggemari taktikal asas 4-4-2 dan 4-4-1-1 yang mewajibkan para pemain sayap menjamu ‘target man’ mereka dengan bola-bola lintang berbahaya. Namun, 
Persoalannya, adakah jurulatih Zainal Abidin Hassan akan terpengaruh dengan perubahan dunia bola sepak di sekitarnya atau tetap berpegang kepada gaya permainan ‘long ball' yang telah sebati dengan corak latihan beliau?

PERSOALAN-PERSOALAN TENTANG MELAKA 2019

Berdasarkan senarai pemain yang dibawa masuk ke Melaka United baru-baru ini, pelbagai persoalan muncul di benak para penyokong:

CORAK PERMAINAN PASUKAN

Zainal Abidin Hassan pernah mengatakan sebelum ini bahawa sesetengah pemain ada menghubungi beliau dan menunjukkan minat untuk berkhidmat kepada beliau di Melaka United. 
  • Maka, berdasarkan senarai pemain yang dibawa masuk baru-baru ini, adakah Melaka United akan berubah wajah daripada sebuah pasukan bermain hantara-hantaran rendah kepada falsafah 'long ball' iaitu sebuah pasukan yang mementingkan hantaran-hantaran bola tinggi dan pasukan yang menyerang dari arah kedua-dua belah sayap?

PENJAGA GOL
  • Adakah penjaga gol baharu Melaka United dari Hong Kong iaitu Oscar Wong Tse Yang berjaya memberikan saingan kepada penjaga gol senior, Khairul Fahmi Che Mat atau hanya akan memanaskan bangku simpanan?

SERANGAN
  • Adakah kemasukan pemain sayap tulen seperti Nazrin Nawi dan kekalnya R. Gopinathan di Melaka United, bermaksud Zainal Abidin Hassan akan menghidupkan semula corak permainan ‘long ball’ di Melaka United?
  • Adakah ini bermakna Zainal Abidin Hassan akan bergantung kepada dua orang pemain import bertubuh sasa dan tinggi lampai untuk dijadikan sebagai ‘target man’ sama seperti yang dilakukannya di Pahang FA (Dickson Nwakame), Selangor FA (Patrick Wleh) dan Chidi Edeh (Pulau Pinang)?

PERTAHANAN
  • Adakah Razman Roslan akan dipasangkan dengan seorang pemain import bertubuh sasa seperti Ugo Ukah di Selangor?
  • Adakah Ugo Ukah akan mengikut jejak langkah Zainal Abidin Hassan ke Melaka United seperti yang dilakukannya semasa Zainal Abidin Hassan memegang jawatan ketua jurulatih Selangor FA (2016) dan Pulau Pinang FA(2018).
  • Adakah Ugo Ukah akan membentuk gandingan pertahan tengah bersama Razman Roslan semasa mereka bergandingan di Selangor FA (2016)?
  • Bagaimanakah peranan pemain tengah di bawah taktikal jurulatih Zainal Abidin Hassan?

Jurulatih Zainal Abidin Hassan dilihat menumpukan kekuatan bahagian pertahanan pasukannya apabila Melaka United membawa masuk beberapa orang lagi pemain pertahanan iaitu pemain pertahanan kiri, Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman, pemain pertahanan sayap, Mohd Raimi Md. Nor, di samping pilihan lain di bahagian tengah iaitu Saiful Ridzuan Selamat.

Melaka United juga mengekalkan pemain pertahanan, Mohd Faizal Muhammad serta menamakan pemain pertahanan, Ahmad Khuzaimi Piee sebagai pemain yang kembali bersama pasukan.

BAHAGIAN TENGAH
  • Bahagian tengah merupakan pusat kekuatan Melaka United pada musim ini, kejayaan menandatangani pemain 'bintang' berpengalaman seperti Safiq Rahim pastinya meupakan kejayaan terbesar Melaka United. Pengalaman dan kebolehan Saifiq Rahim bermain di pelbagai posisi tengah sama ada sebagai pemain tengah menyerang, pemain tengah bertahan atau pemain tengah klasik pasti memudahkan perancangan jurulatih. 

  • Dengan kehadiran Shukor Adan yang masih cergas, berkemungkinan juga Safiq Rahim akan diberikan peranan sebagai pemain tengah klasik atau pemain tengah menyerang, manakala Shukor Adan akan bertindak sebagai pemain tengah bertahan. 

Berdasarkan kecenderungan taktikal Zainal Abidin Hassan, Safiq Rahim mungkin tidak dibenarkan untuk cenderung masuk ke dalam kotak penalti, tetapi kemungkinan beliau akan lebih bertindak sebagai penghubung antara ‘target man’ Melaka United dengan dua pemain sayap mereka.

SIAPAKAH KAPTEN PASUKAN ‘OTAI’ INI?
  • Dengan kehadiran tiga bekas pemain kebangsaan yang merupakan bekas kapten pasukan negara dan kelab masing-masing siapakah yang akan menjadi pilihan jurulatih Zainal Abidin Hassan untuk menerajui Melaka United bagi musim 2019 ini? 

  • Adakah Zainal Abidin Hassan mampu memastikan kesemua pemain berprofil tinggi ini dan bekas kapten ini dapat memberikan kerjasama kepada kapten pasukan Melaka United?

FREE FLOWING FOOTBALL VS LONG BALL

Nizam Adzha Yusof dan Asri Ninggal dinamakan sebagai pembantu jurulatih kepada Zainal Abidin Hassan, selain Asri Ninggal yang pernah mengemudi Melaka selama empat bulan (2013), Nizam Adzha Yusof turut mempunyai reputasi tinggi apabila pernah membawa Kedah FA muncul juara Piala Malaysia 2016 dan Piala FA 2017. 

Nizam Adzha Yusof dan Asri Ninggal berperanan sebagai pembantu kepada Zainal di Melaka United. Foto: Melaka United 

Ironinya Nizam Adzha Yusof merupakan pembantu kepada Tan Cheng Hoe (Kedah FA 2015), manakala Zainal Abidin Hassan adalah pembantu kepada Dollah Salleh (Pahang FA 2013). Nizam Adha Yusof lebih cenderung kepada permainan ‘free flowing football’ manakala Zainal Abidin Hassan cenderung kepada permainan ‘long ball’. 

Maka apakah pendekatan yang akan wujud hasil daripada kerjasama dua orang jurulatih yang berbeza falsafah bola sepak ini? 

Post a Comment

0 Comments