TUJUH PEMAIN MUDA PAHANG FC MUSIM 2016 BERKEMBANG SUBUR BERSAMA PAHANG FA



Tahun 2019 bakal menjadi musim ke-3 Pahang FA Pahang beraksi dalam Liga Super Malaysia selepas mengalami rombakan besar-besaran pada tahun 2016. Pada tahun 2016 Pahang melakukan rombakan besar-besaran dengan menukar logo dan nama pasukan kepada Pahang FC. 

Selain itu, Pahang FC juga bereksperimentasi dengan meletakkan hampir keseluruhan barisan pemain muda dalam kesebelasan utama mereka. Namun pertaruhan pengurusan Pahang FC tersebut hanya menyaksikan Pahang FC hampir tersingkir daripada saingan Liga Super Malaysia 2016.

Pahang FC terselamat daripada penyingkiran apabila dianugerahkan 3 mata daripada perlawanan menentang Kedah FA.

Ekspremintasi PFC 2016 menemui kegagalan apabila hampir tersingkir ke Liga Premier 2017. 

Pahang FC mempelajari daripada kesilapan, lalu mereka melakukan rombakan kembali menjelang musim 2017. Antara langkah awal ialah mengembalikan Pahang FC kepada Pahang FA.


Walaupun pihak pengurusan Pahang melakukan rombakan pada musim 2017 dengan membawa nama-nama baharu iaitu pemain berpengalaman dari pasukan lain, namun Pahang tetap mengekalkan TUJUH pemain muda yang menonjolkan potensi besar sepanjang bersama Pahang pada musim 2016 dan sebelumnya. 

TUJUH pemain tersebut KEKAL bersama Pahang FA hingga ke musim ini dan membantu perjuangan skuad Tok Gajah bagi musim 2017 dan 2018. Tujuh pemain tersebut ialah:
  • Matthew Davies
  • Nor Azam Azih
  • Faisal Rosli
  • R. Kogileswaran
  • R.  Dinesh
  • Faisal Halim
  • Salomon Raj

Matthew Davies datang pada pertengahan musim 2015 dan kekal dalam skuad eksprimen Pahang FC musim 2016. Matthew kekal menonjolkan perkembangan positif walaupun prestasi Pahang FC ketika itu berada dalam keadaan antara yang terapuh dalam sejarah bola sepak mereka. 

Matthew Davies menunjukkan karakter permainan berbeza sehingga melayakkan beliau dipanggil menyertai skuad senior Malaysia dan memakai lilitan kapten Pahang FA.

Matthew Davies berjaya mempertahankan posisi pertahanan kanan Pahang sejak berhirah ke Pahang pada musim 2015. Foto:Goal.com

Nor Azam Azih pula yang menonjol mulai Liga Super Malaysia 2017 sudah mula mendapat tempat dalam skuad beberapa tahun sebelum itu dan terus menjadi aset paling bernilai Pahang sejak beberapa musim belakangan ini. 

Selepas terselamat daripada penyingkiran Liga Super Malaysia 2016, TIGA permata ini (Davies, Nur Azam dan Faisal Rosli kekal menjadi nadi pasukan walaupun dengan kemasukan banyak pemain-pemain bernama besar ke dalam skuad Pahang FA selepas itu.

Bagi EMPAT orang pemain muda yang lain iaitu R. Kogileswaran, R. Dinesh, Faisal Halim dan Salomon Raj, mereka berkembang agak perlahan berbanding TIGA nama di atas, namun di bawah asuhan jurulatih  Dollah Salleh, mereka mula mendapat tempat dalam skuad sedikit demi sedikit.

Ketujuh-tujuh pemain ini mempunyai masa depan yang cukup cerah untuk terus berkembang sebagai PEMAIN UTAMA  bagi Pahang FA kerana atas faktor usia yang masih muda.

Pada tahun 2016, Kogileswaran, Faisal Halim dan Dinesh baru sahaja berusia 18 tahun manakala Solomon Raj menjangkau ke usia 22 tahun. Matthew Davies dan Nur Azam menonjolkan proses kematangan yang baik dalam permainan walaupun pada ketika itu masing-masing baru berusia 21 tahun.

Namun begitu, tatkala TUJUH pemain ini terus berkembang dan mencipta nama dengan PAHANG FA sehingga kini, terdapat juga beberapa nama yang tidak mampu untuk meletakkan nama mereka bersama dengan mana-mana pasukan di Liga Super selepas musim 2016.

Antara pemain yang kerap bermain seperti Hilmi Husaini, Rizua Shafiqi, Shah Amirul Zamri, Faizal Rani dan Amirul Kasmuri kini, tidak kelihatan lagi dalam saingan kasta tertinggi liga Malaysia. D. Saarvindran pula gagal bersinar di peringkat tertinggi liga Malaysia selepas berhirah ke kelab selatan negara.

Selepas musim 2016, pemain senior seperti Nasril Nourdin bermain di liga bawahan manakala Saiful Nizam dan Shahrizan mengambil keputusan untuk  bersara. 

D.Saarvindran gagal menyinar di peringkat senior. Foto: The Star Online

Daripada perkembangan skuad Pahang 2016, terdapat TIGA buah kumpulan pemain tercipta. Kumpulan tersebut ialah:

  • Tujuh orang pemain muda berjaya meneruskan karier bersama dengan Pahang FA dalam peringkat tertinggi.
  • Sekurang-kurangnya lima orang pemain muda gagal mendapat tempat dalam pasukan liga atasan.
  • Beberapa pemain mengambil keputusan untuk  bersara dan selebihnya gagal bersinar dan hilang daripada radar.

Inilah lumrah bola sepak, setiap musim pasti ada pemain yang datang dan pergi meninggalkan kelab dan saingan domestik peringkat tertinggi. 

Setiap pemain bertanggungjawab untuk menjaga prestasi diri mereka akan terus kekal relevan untuk menjadi pilihan para jurulatih manakala pemain yang mengalami kejatuhan perlu bangkit untuk memulihakn prestasi agar dapat kembali merebut tempat mereka. 

Helmi Eliza merupakan salah satu contoh pemain yang mampu kembali ke arena tertinggi liga Malaysia walaupun pernah mengalami kejatuhan sebelumnya. Helmi yang mendapat kepercayaan Dollah Salleh untuk mewakili Pahang FA kekela relevan dan cemerlang pada musim 2018. 

Pada masa yang sama, pemain yang pernah menempaq nama bersama Pahang FA iaitu Fauzi Roslan mula memudar namanya.

Penulis: Omar Khayyam

Post a Comment

0 Comments