SYAHMI SAFARI BERKEMBANG SEPANTAS CAHAYA UNTUK MENJADI PERMATA NEGARA DAN SELANGOR FA



Skuad kebangsaan Malaysia menonjolkan suatu perkembangan positif apabila banyak menyenaraikan pemain muda yang rata-ratanya baru pertama kali menyarung jersi Malaysia dalam kejohanan AFF Suzuki 2018. 
Kebanyakan pemain tersebut Berjaya memainkan peranan mereka dalam kempen kejuaraan teragung Asia Tenggara ini. Antara pemain muda yang paling menimbulkan impak paling besar ialah Syahmi Safari. 
Nama Syahmi juga menjadi perhatian media massa dan media sosial seluruh Asia Tenggara terutama selepas meledakkan gola cantik dalam perlawanan separuh akhir kedua menentang Thailand.

SYAHMI SAFARI
Pada musim 2016, kelibat Syahmi Safari masih tiada dalam senarai skuad senior Selangor FA.
Azrif Nasrulhaq pada ketika itu yang berusia 25 tahun merupakan pemain pertahanan kanan utama. Beliau muncul sebanyak 18 kali daripada 20 kali perlawanan Selangor dalam 3 kejohanan iaitu Liga Super Malaysia, Piala FA dan Piala AFC.
Apabila Azrif berhijrah ke JDT, jurulatih Zainal Abidin membuat keputusan untuk menggunakan Razman Roslan dan Bunyamin Umar sebagai pemain ganti secara bergilir-gilir sehingga tamat musim.

Syahmi mula mendapat tempat dalam kesebelasan utama Selangor FA pada 2017

Namathevan ialah pemain muda pertama yang mendapat peluang bermain pada posisi ini pada perlawanan terakhir Liga Super.
Pada musim 2017 P.Maniam menggunakan Syahmi dalam skuad senior bersama dua orang pemain bawah 21 yang lain iaitu Daniel Lim dan Tamil Maran.
Namathevan, Adam, Faizzuddin, Kannan, Sakurnan, Zarif Irfan dan Amir Ashraf merupakan 6 orang pemain yang mula mendapat pengalaman pada musim sebelumnya.
Tiada pemain lain selain Syahmi Safari yang terus berjaya mendapat tempat sebagai pemain ‘regular’ kesebelasan utama. Beliau membuat penampilan sebanyak 15 kali daripada 15 perlawanan awal dan bermain dalam 90 minit masa perlawanan.

PERCATURAN BERANI SELANGOR FA
Selangor membuat percaturan yang berani apabila tidak membuat keputusan untuk membawa masuk pertahanan dari luar tetapi hanya menggunakan dua orang pemain mudanya. Syahmi dan Namathevan.
Penghijrahan Azrif memberi peluang besar kepada Syahmi dan pemain berusia19 tahun (pada ketika itu) membuatkan Selangor FA tidak begitu terasa kehilangan Azrif.
Pada usia ini, Syahmi muncul pemain ke-3 paling kerap bermain sepanjang musim dibelakang Razman Roslan dan Saiful Ridzuwan Selamat.
Syahmi mula kerap diberikan peranan sebagai pemain sayap kanan pada musim 2018 dibawah jurulatih P.Maniam dan Nazliazmi. Beliau berjaya mendapat 'topi' sebanyak 21 kali. Di samping itu, Namathevan juga mula menembusi skuad utama.

SELANGOR FA: KILANG BOLA SEPAK MALAYSIA
Semua pencinta bola sepak di Malaysia arif tentang kelab bola sepak  Selangor. Selangor dan pemain mudanya berpisah tiada. Selangor merupakan antara kilang utama bola sepak Malaysia selain Kedah dan Perak.

Selangor tetap Selangor......

TUJUH orang pemain muda  telah diberi peluang untuk bermain dalam kesebelasan utama (2018) berbanding dengan ENAM pada musim 2016 dan DUA pada  musim 2017.
K.Dugan menghampiri rekod Syahmi sebagai antara pemain muda yang mendapat banyak perlawanan dalam musim pertamanya.
Rumusan bagi musim 2018, Selangor sekurang-kurangnya mempunyai TIGA orang pemain dari skuad pelapis yang sudah mendapat peluang yang cukup untuk bermain dalam perlawanan kompetitif.

Selangor berbangga dengan penggunaan bakat-bakat muda mereka dalam saingan liga.

Pemain tersebut ialah Syahmi, Namathevan dan Dugan, namun Syahmi yang paling pantas menunjukkan kredibilitinya.
Syahmi tidak menunggu masa yang lama untuk menembusi skuad pasukan negara. Beliau berjaya tersenarai dalam kesebelasan utama skuad senior negara walaupun hanya baru DUA musim beraksi di kancah domestik, iaitu pada usianya yang baru sahaja 20 tahun, pemain sebaya dengannya masih terkial-kial untuk menembusi skuad utama kelab, apatah lagi skuad kebangsaan.
Pemain ini mungkin bakal menjadi produk terbaik Selangor dan menampilkan perkembangan karier yang paling pantas berkembang.

Syahmi Safari pasti 'dicintai' oleh banyak kelab bola sepak mahupun peminat bola sepak di Malaysia.

Walaupun masih muda, Syahmi menunjukkan kematangan dan semangat luar biasa dalam kesebelasan utama negara.

Penulis: Omar Khayyam


Post a Comment

0 Comments