LA'VERE CORBIN-ONG ORANG MALAYSIA

Antara pemain berdarah kacukan Malaysia yang beraksi di liga Malaysia namun masih belum merasai ‘cap’ pertama bersama skuad kebangsaan iailah La’vere Corbin-Ong. Corbin Ong merupakan  pertahanan kiri Johor DT berusia 27 tahun yang layak mewakili Malaysia walaupun beliau pernah mewakili Kanada dalam perlawanan persahabatan menentang Scotland pada tahun 2017. 

Corbin-Ong dikenali dengan gaya rambut yang unik. Foto: Johor Southern Tiger 

Walaupun dilahirkan di England dan berdarah Barbados-Malaysia, namun Corbin-Ong telah memilih untuk memulakan aksi antarabangsanya bersama Kanada kerana keluarganya pernah berhijrah ke Kanada semasa beliau berusia setahun.
Pernah juga terbit prasangka atau desas-desus sesetengah pihak yang mempersoalkan status kerakyatan Corbon-Ong dan meragui sama ada beliau benar-benar layak untuk mengecapi status pemain tempatan. Terdapat juga peminat yang mengesyaki bahawa Corbin-Ong tidak ‘pass’ untuk  melalui proses naturalisasi.

Tidak kurang juga beberapa kumpulan peminat yang mendakwa Johor DT (JDT), FAM dan FML bersekongkol untuk membenarkan Corbin-Ong menyarung jersi JDT sebagai pemain tempatan. 
Namun, selain bukti-bukti kelahiran sebenarnya ada fakta-fakta yang dapat menafikan tuduhan tersebut dan Corbin-Ong layak mendapat status pemain tempatan.

BUKTI CORBIN-ONG ORANG MALAYSIA
Hal ini dikatakan demikian kerana, berdasarkan peraturan FIFA yang telah dikemaskinikan iaitu Artikel 5 hingga 8 dalam 'Regulasi Berkaitan Permohonan Pertukaran Status Pemain' ada menghuraikan bahawa seseorang pemain itu dibenarkan untuk menukar pasukan kebangsaannya selagi beliau tidak menyarung jersi pasukan kebangsaan senior sesebuah negara lain dalam sesebuah perlawanan.

Corbin Ong memainkan peranan penting dalam memastikan kejayan JDT mengekalkan kejuaraan liga Super. Foto: Eizairi Shamsudin.

Perlawanan yang dimaksudkan ialah perlawanan antarabangsa berstatus 'A' iaitu kejohanan negara bertaraf antarabangsa dan kejohanan di peringkat dunia. 
Menurut artikel 8.1 seseorang pemain boleh menukar pasukan negaranya sekiranya beliau tidak beraksi dalam perlawanan antrabangsa kategori 'A'.

Antara perlawanan yang termasuk dalam kategori 'A' tersebut ialah perlawanan kelayakan Piala Dunia. Menurut artikel 8.1 juga, perlawanan persahabatan adalah tidak cukup kukuh untuk menghalang seseorang pemain untuk menukar pasukan kebangsaannya. 
Secara ringkasnya, Corbin-Ong layak untuk mewakili Malaysia kerana beliau hanya bermain dalam perlawanan persahabatan antarabangsa buat pasukan kebangsaan Kanada. Tambahan pula, beliau hanya bermain satu kali sahaja buat Kanada.

Kesimpulannya, pada pendapat saya, berdasarkan artikel 8.1 Regulasi tersebut, La'vere Corbin Ong layak untuk bermain buat pasukan kebangsaan Malaysia.
Corbin-Ong pernah mendapat panggilan semasa kempen perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Mongolia sekitar Mac lalu, namun diketepikan atas alasan kecederaan. Corbin-Ong juga tidak terpilih untuk mewakili skuad negara. 
Nama beliau dan pemain berdarah kacukan lain seperti Naxtxo Insa, Brendan Gan dan pemain lain yang beraksi baik di pentas liga Malaysia tidak mampu menarik perhatian jurulatih negara Tan Cheng Hoe. Hanya kudrat Mohamadou Sumareh sahaja yang dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan dalam kempen Piala AFF Suzuki 2018 lalu.

Corbin-Ong perlu meningkatkan performanya agar dipanggil kembali untuk menyertai skuad negara berserta dengan pemain berdarah kacukan yang lain.
Semoga Corbin berupaya membawa ‘ONG’ kepada skuad negara dan kelabnya (Johor DT) pada masa hadapan

Post a Comment

0 Comments