ANTARA K.LUMPUR, PKNP, FELDA & PJ City SIAPA LEBIH KUAT.




Oleh: Omar Khayyam

KL perlu bermula dengan jadual lebih sukar pada musim yang lebih mencabar. Melihat kepada senarai pemain K.Lumpur berbanding musim lepas, pasukan ini tidak menurun kekuatannya.

Cuma 7 pasukan lain mengalami peningkatan selepas berjaya mendapatkan pemain baharu pada pra musim 2019.

1. Penjaga Gol setaraf dengan dengan musim lepas

K.Lumpur mengekalkan Sharbinee Alawee, membawa masuk Faridzuan Kamaruddin sehingga terpaksa meminjam keluar Khatul Anuar Jalil bagi memberi ruang permainan kepada penjaga gol itu.

Posisi penjaga gol tidak kurang atau masih menyamai kekuatan seperti musim lepas.

2.Pertahanan juga masih lagi setaraf

Firdaus Fauzi kekal sebagai pertahanan kanan pada musim ini, pemergian Syazwan Andik digantikan dengan seorang pemain yang cukup berpengalaman Fittri Omar.

Pemain popular b23 Malaysia masih kekal menjadi pertahanan tengah kecuali Bibirjan Akhbarov dingantikan dengan Zantua Woodland selepas Achmad Jufriyanto cedera.

Pertukaran import adalah sesuatu yang biasa, antara Akbarov dan Woodland kelihatan hampir setaraf. Dapat mengekalkan 1 pasangan baik kepada import sesuatu yang baik, dan dalam konteks ini Irfan bukanlah pemain yang biasa-biasa di lig super.

3. Masalah Ryutaro lebih kurang Juninho, yang lain kekal sama.

Jika isu Ryutaro Karube pernah diangkat sebagai bukan pemain pilihan yang mana sudah tentu merujuk kepada prestasi pemain ini tidak menepati kehendak jurulatih, pada musim lepas pasukan ini juga banyak menghadapi masalah dengan prestasi Juninho.

Zafri Yahya juga pemain yang terlibat sehingga 3/4 perlawanan seluruh musim pada 2018 dan terus kekal menjadi pemain tengah utama pasukan. Tidak lupa Indra Putra masih kekal dengan peranan sebagai pemain utama pasukan.

4. Guilherme de Paula dan Zaquan Adha merupakan penyerang utama pasukan musim lalu. Adakah kemasukan penjaring terbanyak liga Indonesia 2017 Sylvano Comvaius dilihat tidak menyamai jangkaan setaraf dengan Zaquan.

Guilherme kekal, Comvalius sepatutnya lebih baik berbanding Zaquan.

Rumusannya K.Lumpur masih mempunyai kekuatan hampir sama dengan musim lepas. Jadi kenapa catatan K.Lumpur begitu teruk pada 5 perlawanan awal.

Pada musim ini berlaku pergerakan masuk yang agak menarik sehingga berjaya menghasilkan 5 pasukan kuat yang setaraf. JDT dan Pahang merupakan 2 pasukan diletakkan mempunyai kelas tersendiri.

Terengganu dan Perak megekalkan kekuatannya pada musim lepas bersama jurulatihnya sementara itu PKNS, Melaka dan Kedah jelas berlaku peningkatan apabila senarai pemain 2018 dan 2019 dinilai.

K.Lumpur bukan semakin lemah pada musim ini tetapi 7 pasukan lain berjaya meningkatkan pasukan melebihi jangkaan awal. K.Lumpur berada di musim yang salah.

Bukan sahaja K.Lumpur bakal menghadapi cabaran ini malahan PJ City dan Felda Utd juga akan mengalami kesukaran. Dijangka akan bersaingan di zon penyingkiran.

Berbeza pada musim lepas, K.Lumpur mempunyai lebih pasukan lawan yang lemah dan sederhana untuk bersaing.

K.Lumpur memulakan liga dengan 2 pasukan yang amat kuat Pahang dan JDT. Sesuatu yang tidak ganjil apabila pasukan ini tewas kepada 2 lawan ini kecuali sebaliknya.

Kemudian tewas kepada Terengganu dan Melaka. Adakah K.Lumpur setaraf dengan 2 pasukan ini? Sudah semestinya tidak. Kemenangan ke atas pasukan ini dipanggil kejutan dan kejutan itu tidak berlaku.

Kemudiannya K.Lumpur bertemu dengan pasukan yang lebih kuat tetapi tidak terlalu jauh di depan iaitu Selangor, K.Lumpur berjaya memberi saingan dan hampir menang.

Yusri meletak jawatan...

K.Lumpur bakal bertemu lawan setaraf selepas cuti rehat 3 minggu nanti sebelum bertemu pasukan kecil di pusingan ke-2 Piala FA. Yusri sepatutnya membuat keputusan selepas 2 perlawanan itu.

Apabila dia diuji dengan pasukan yang sama kuat yang dimilikinya dan dimiliki pasukan lawan.

K.Lumpur tidak menang dengan 7 pasukan kuat liga super. Adakah PKNP dan PJ City sudah melakukan kejutan dengan menang dengan 7 pasukan kuat itu?

Tidak.

PJ City mampu bersaing dengan Selangor begitu juga K.Lumpur tetapi tewas kesemua 3 perlawanan menentang 'gergasi 7'.

PKNP juga tewas kesemua 3 perlawanan dengan 'gergasi 7' hanya mengutip mata ketika bertemu Felda Utd.

Yang membezakan 2 pasukan ini adalah PJ City menjadi pemenang ketika bertemu PKNP. Perlawanan setaraf.

Felda menjadi pemenang ketika bertemu PJ City dan seri dengan denga PKNP.

3 pasukan lemah banyak meraih mata ketika bertemu sesama mereka.

Ketika 3 pasukan lemah ini sudah bertemu 2 kali sesama mereka, K.Lumpur masih belum bertemu PKNP, PJ City dan Felda untuk dinilai pasukan mana paling kuat diantara 4 pasukan lemah ini.

Jadi adakah K.Lumpur itu pasukan terlemah pada musim dengan catatan 5 tewas dalam 5 perlawanan liga super.

Sukar dijawab sebelum K.Lumpur, PKNP, Felda Utd dan PJ City sudah bertemu sesama sendiri. Masih ada ruang untuk pasukan ini menjadi pasukan ke-9 terbaik liga super jika mampu menjadi lebih kuat dari 3 pasukan lemah itu.

Cuma jadual belum sampai untuk diuji. Mungkin seperti Newcastle Utd yang kelihatan sangat buruk pada 6 perlawanan liga perdana Inggeris apabila jadual.

Dan seterusnya mula mengutip mata apabila bertemu pasukan setaraf. Kini hampir menjadi pasukan terkuat antara yang terlemah.

Post a Comment

0 Comments