Penyokong Malaysia memenuhi Stadium Nasional untuk memberikan sokongan kepada Harimau Malaya. Foto: Asyraf Hamzah.
Sudah tentu seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih
lagi warga bola sepak tempatan tidak sabar menunggu sepak mula perlawanan akhir
AFF SUZUKI CUP timbal balik yang akan berlangsung di Hanoi, Vietnam pada malam ini.
Saya rasa sedikit sedih sebab tidak dapat pergi ke
Hanoi memberi sokongan secara langsung kerana kehabisan tiket penerbangan Air
Asia. Tidak mengapa, sokongan saya tetap membara seperti sedia kala... tidak
pernah padam, tidak pernah luntur.
Semua rakyat Malaysia tentu mengharapkan pasukan
Harimau Malaya dapat mengatasi Vietnam, dan dinobatkan sebagai juara bolasepak
Asia Tenggara!!!
Bukankah itu satu perkara yang manis? Hmmm... mana tahu
Perdana Menteri kita akan isytiharkan hari cuti am untuk hari Isnin? Tiada apa
yang mustahil dalam era ini.
Andaikan kita menjadi juara AFF Suzuki Cup pada hari
ini, apakah perasaan kita semua? Adakah menjadi juara itu adalah
segala-galanya, sedangkan kita diselubungi banyak masalah dalam bab bolasepak
pertandingan AFF Suzuki Cup ini?
Penyokong hadir ke stadium dengan pelbagai gaya. Foto: NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Dari penjualan tiket yang tidak mematuhi masa kepada
ulat tiket, dan akhir sekali, 'overcrowded' stadium dipercayai disebabkan para
pegawai yang bertugas di pintu masuk stadium yang tidak amanah sehingga
dilaporkan ramai yang memiliki tiket yang sah tidak dapat tempat duduk serta
ribuan penyokong Vietnam tidak dibenarkan masuk ke stadium pada malam tersebut.
Andaikan kita menjadi juara AFF Suzuki Cup malam ini,
persoalan yang penting kita mesti tanya diri sendiri, 'Ada apa dengan kejuaraan
ini...?' bila nilai-nilai murni kemanusiaan kita digadaikan demi perlawanan
bolasepak???
Pemain Malaysia menunjukkan karakter tidak kenal erti kekalahan dalam perlawanan akhir pertama. Foto: The Star/Faihan Ghani
Sifat tamak haloba, sifat tidak beretika dan tidak
amanah menjadi santapan sebilangan warga bolasepak, dan para pegawai. Kalau
tidak, kenapa terjadi masalah 'overcrowded?'
Nasib baik tiada kemalangan yang tidak diingini
berlaku.
Betul, hanya sebilangan kecil yang terlibat dalam perkara
yang terkutuk ini, tetapi ia sudah mencukupi membawa aib dan malu kepada negara
tercinta ini bak peibahasa Melayu, 'kerana nila setitik, rosak susu
sebelanga.'
Dunia luar tidak peduli satu, dua atau tiga orang yang terlibat
dalam isu yang memalukan ini, yang pasti kejadian itu sudah berlaku.
Ya, kita boleh salahkan FAM, sistem penjualan tiket,
sistem masuk ke stadium dan sebagainya. Tetapi kalau kita beretika dan amanah
serta memiliki nilai-nilai murni yang kita pelajari dari mata pelajaran sivik
dan agama, sudah tentu perkara ini tidak akan berlaku.
Hal ini membawa kepada isu
yang lain, yakni, betapa keberkesanannya sistem pembelajaran kita, ya?
Kita masih kontang dalam aspek nilai-nilai ini.
Ya, seandainya kita juarai AFF Suzuki Cup malam ini,
sudah tentu kita boleh berbangga dengan mutu dan ketangkasan skil bolasepak
kita; tetapi pada masa yang sama, bolehkah kita berbangga dengan nilai-nilai
murni yang ada pada kita...?
Ada apa dengan AFF Suzuki Cup?
Jawapannya... seluruh aspek yang menjadikan kita
insan yang mulia, bukan sahaja di atas padang, malah di luar padang juga.
Penulis: Kenneth Chew





0 Comments