MALAYSIA & AHMED AL-KAF: IBARAT JODOH YANG BERTAUT SEMULA



Tanggal 1 Disember 2018, merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat bola sepak Asia Tenggara kerana pada tanggal tersebut (esok) akan berlangsungnya perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki peringkat pertama antara dua buah negara yang mempunyai sejarah bola sepak tersendiri iaitu Malaysia dan Thailand. Di atas kertas kertas, Thailand dianggap sebagai pilihan pertama berdasarkan ranking negara dan pencapaian cemerlang skuad ‘Gajah Perang’ tersebut dalam perlawanan peringkat kumpulan, di samping persembahan menakjubkan penyerang mereka iaitu Adisak Kraisorn yang sehingga kini telah berjaya mendahului senarai penjaring terbanyak kejohanan setelah unggul dengan cetakan lapan gol. 


Penyerang Adisak Kraisorn, bersedia untuk sekali lagi mencetak gol ke dalam gawang Malaysia. Foto: goal.com

Penyerang Muanthong United berusia 27 tahun itu juga merupakan ‘duri dalam daging’ kepada skuad Malaysia kerana jaringan dua gol beliau menyaksikan Malaysia tewas 2-3 kepada Thailand dalam perlawanan peringkat kumpulan kejohanan AFF Suzuki 2014. Dalam perlawanan pada malam esok, jurulatih kedua-dua pasukan juga pastinya sibuk merencana strategi mujarab dalam usaha menjerat lawan masing-masing. Thailand pastinya mahu mara ke perlawanan akhir dan mencatat rekod selaku juara kali ke-3 berturut-turut dan ke-6 keseluruhan setelah berjaya melakukannya pada tahun 1996, 2000, 2002, 2014 dan 2016. 

Walau bagaimanapun, selain para pemain dan jurulatih, pengadil perlawanan juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan perlawanan berlangsung dengan lancar. Sebarang keputusan pengadilan yang boleh mencetuskan  kontroversi perlu dielakkan agar sebarang malapetaka semasa perlawanan berlangsung tidak akan berlaku.

AHMED AL-KAF vs 80,000 PENYOKONG MALAYSIA
Bagi perlawanan antara skuad Harimau Malaya menentang skuad Gajah Perang pada malam esok, pihak penganjur kejohanan telah melantik pengadil berpengalaman dari Oman iaitu Ahmed Abu Bakar Said Al-Kaf untuk mengadili perlawanan yang berskala Mega pada malam esok. Apatah lagi, dengan kehadiran 80,000 orang penyokong dengan diketuai oleh Ultras Malaya yang akan membanjiri Stadium Bukit Jalil, pastinya seorang pengadil yang berstatus elit perlu diberikan tugas untuk mengadili perlawanan sebesar ini.


AHMED AL-KAF, PENGADIL BERPENGALAMAN LUAS
Ahmed Abu Bakar Said Al-Kaf (Ahmed Al-Kaf) yang telah menerima pelantikan sebagai pengadil FIFA sejak 2010 mempunyai pengalaman luas dalam mengadili perlawanan-perlawanan di peringkat Asia dan antarabangsa. Pengadil berusia 35 tahun ini berpengalaman mengadili perlawanan-perlawanan peringkat Asia seperti kelayakan Piala Dunia peringkat Asia, kelayakan Piala Asia, Liga Juara-Juara Asia, Piala AFC dan Kejohanan AFF Suzuki. Beliau juga dilantik untuk mengadili kejohanan antarabangsa iaitu Piala Dunia bawah 20 (U20).

Ahmed Al-KAf berpengalaman luas mengendalikan perlawanan di peringkat antarabangsa. Foto: zimbio.com

MALAYSIA VS KOREA UTARA
Ahmed Al-Kaf sebenarnya tidak asing terhadap perlawanan yang melibatkan skuad kebangsaan kerana beliau pernah mengendalikan beberapa perlawanan yang melibatkan Malaysia. Antaranya adalah perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dengan Korea Utara. Dalam Perlawanan yang berlangsung pada 13 November 2017, Malaysia yang bermain selaku tuan rumah, tunduk 1-4 kepada pasukan negara komunis di bawah pentadbiran Kim Jong Un tersebut.

Pemain Malaysia, Kiko Insa cuba menghalang gerakan pemain lawan. Foto: FAM



MALAYSIA VS SINGAPURA
Ahmed Al-Kaf juga tidak asing terhadap perlawanan yang melibatkan Malaysia dalam kejohanan Piala AFF Suzuki. Antara perlawanan yang pasti akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia ialah perlawanan antara Malaysia menentang Singapura dalam peringkat kumpulan B. Dalam perlawanan tersebut, Malaysia yang hanya mengumpul 1 mata dari 2 perlawanan, memerlukan kemenangan ke atas Singapura untuk mengiringi Thailand ke peringkat separuh akhir.

Ahmed Al-KAf menanugerahkan penalti kepada skuad negara ketika menentang Singapura.

Dalam perlawanan yang tegang tersebut, Ahmed Al-KAf telah menghadiahkan sepakan penalti kepada skuad Harimau Malaya pada minit-minit terakhir, dan jaringan penalti Safiq Rahim pada minit ke-93 telah membangkitkan meruntuhkan ego Singapura sebelum jaringan Indra Putra Mahyuddin melalui serangan balas yang pantas pada minit ke-95 berjaya memalukan tuan rumah di hadapan penyokong mereka sendiri di Stadium Nasional, Singapura. Kemenangan 3-1 tersebut membantu Malaysia membalas dendam ke atas juara Piala AFF Suzuki edisi 2012 terhadap kekalahan 0-3 dalam kejohanan sebelumnya (Piala AFF Suzuki 2012) dan melangkah ke peringkat separuh akhir untuk bertemu juara kumpulan A, Vietnam.

Malaysia vs Singapura, perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Piala AFF Suzuki 2014

MALAYSIA VS THAILAND
Bagi perlawanan yang melibatkan Malaysia dengan Thailand pula, Ahmed Al-Kaf juga mempunyai rekod pengadilan terhadap perlawanan melibatkan kedua-dua buah negara dalam saingan Piala AFF Suzuki. Beliau merupakan pengadil yang bertanggungjawab mengadili perlawanan peringkat kumpulan B kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 yang melibatkan kedua-dua buah negara. Maka, perlawanan pada malam esok, ibarat tugasan ulangan buat Ahmad Al-Kaf setelah beliau telah menjadi saksi kekalahan skuad Malaysia bimbingan Dolah Salleh yang telah tewas kepada skuad muda Thailand dengan jaringan 2-3 hasil dua jaringan Adisak Kraisorn dan Charyl Chappuis.

Malaysia tewas kepada Thailand dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan, Piala AFF Suzuki 2014. Foto: .mstar

Post a Comment

0 Comments